Azam Aziz — Mencari Pemandu Demokratik Bar Council

azam11

PEMILIHAN Jawatankuasa Majlis Peguam (Bar Council) telah dilangsungkan beberapa hari lepas. Pada pemilihan kali ini Bar Council dikritik hebat kerana badan itu sendiri dikatakan tidak mengamalkan ketelusan seperti yang sering mereka tuntut pihak lain mengamalkannya. Sekali pandang ia suatu berita yang agak sukar dipercaya. Media Penyusakti berkesempatan mewawancara seorang calon yang bertanding, Saudara Azam Aziz yang telah mendedahkan beberapa perkara mengejutkan yang selama ini terselindung dari pengetahuan umum.  Azam ialah pengamal undang-undang di Azam Aziz n Co.
Penyusakti:  Bolehkah saudara ceritakan serba sedikit mengenai  mengenai  AGM Badan Peguam yang telah diadakan baru-baru ini?
Azam:   Menurut seksyen 64 (1) Akta Profesion Undang-undang 1976, AGM Badan Peguam  hendaklah diadakan oleh Majlis Peguam sebelum bulan April pada setiap tahun.  Bermaksud sebelum bulan April 2013 nanti,  akan diadakan AGM Badan Peguam Malaysia kali ke 67.
Menurut seksyen 64 (2) Akta Profesion Undang-undang 1976, agenda AGM badan Peguam adalah untuk membentangkan laporan aktiviti dan laporan akaun tahunan Badan Peguam.
Korum untuk AGM tersebut adalah 500 orang sahaja daripada 14,189 orang ahli berdaftar menurut seksyen 64 (4) Akta Profesion Undang-undang 1976.
Pada pandangan saya,  korum 500 orang peguam untuk AGM Badan Peguam ini terlalu kecil iaitu kira-kira 3.5% daripada jumlah ahli. Atas faktor logistik, saya merasakan jumlah yang wajar untuk AGM Badan Peguam adalah 2000 orang iaitu kira-kira 14% dari jumlah ahli dan jumlah itu adalah kapasiti maksimum saiz dewan yang terdapat di Negara kita selain dari stadium. Ini adalah bagi menunjukkan komitmen dan kredibiliti Badan Peguam dalam satu-satu perhimpunan untuk meluluskan apa jua resolusi yang bersifat nasional. Untuk itu, mungkin Majlis Peguam boleh mencadangkan kepada Kerajaan untuk meminda seksyen 64 (4) tersebut dan menaikkan jumlah korum sebanyak 2000 orang.
Penyusakti:  Apa perbezaan antara Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) dengan Majlis Peguam (Bar Council) ?
Azam:   Badan Peguam Malaysia ditubuhkan di bawah seksyen 41 Akta Profesion Undang-undang 1976 dan wajib dianggotai oleh kesemua 14,189 orang Peguam di Semenanjung Malaysia menurut seksyen 43 Akta Profesion Undang-undang 1976.
Majlis Peguam pula di tubuhkan di bawah seksyen 47 Akta Profesion Undang-undang 1976 hanya dianggotai oleh 36 orang ahli Badan Peguam yang dipilih secara pengundian menurut seksyen 50 dan seksyen 70 (7) Akta Profesion Undang-undang 1976.
Ini menunjukkan Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam adalah dua entiti yang berbeza dan keahlian Badan Peguam adalah lebih ramai berbanding Majlis Peguam. Namun begitu, Badan Peguam Malaysia ini secara analoginya, adalah seumpama sebuah kereta tanpa pemandu. Majlis Peguam bertindak sebagai pemandunya. Destinasi kereta tersebut telah di tetapkan di dalam  Akta Profesion Undang-undang 1976 namun bergantunglah kepada pemandu kereta tersebut samada untuk mengikut arahan destinasi ataupun menyimpang dari destinasi yang telah ditetapkan dalam akta.
Penyusakti:  Benarkah pandangan sesetengah kumpulan yang mengatakan pemilihan ajk majlis peguam dibuat dengan cara yang tidak demokratik? Boleh saudara berikan contoh cara sedemikian?
Azam:   Benar. Mengikut statistik, setiap tahun hanya sekitar 20% daripada 14, 189 orang peguam di Malaysia yang membuang undi. Pengundian dilakukan secara undi pos 100%. Tiada daftar pemilih, tiada kotak lut sinar, tiada dakwat kekal, manakala proses pengiraan undi juga tidak di benarkan untuk dilihat oleh calon itu sendiri.
Sememangnya ini adalah cara pemilihan yang amat tidak demokratik. Saya percaya pemilihan ketua darjah di sekolah rendah adalah lebih demokratik berbanding pemilihan Bar Council.
Penyusakti:  AGM kali ini sepertimana AGM sebelumnya melibatkan pemilihan Presiden dan Ajk Majlis Peguam.  Selaku salah seorang calon yang menawarkan diri bertanding, apa pandangan saudara mengenai pemilihan kali ini?
Azam:   Saya bertanding untuk jawatan Bar Council untuk sesi 2013/14. Saya bertanding kali pertama untuk merasai sendiri pengalaman meraikan pesta demokrasi di dalam Bar Council. Saya percaya pemilihan kali ini tidak akan memberikan banyak kelebihan kepada saya. Mereka dah ada “line-up” mereka sendiri. Kebiasaannya, Setiausaha Bar Council sesi yang lalu akan mengambil alih jawatan Presiden. Mereka  pasti akan mengekalkan tradisi tersebut dan pastinya tiada tempat untuk saya. Tapi tak mengapa, jika tewas, Insyaallah saya akan mencuba lagi untuk tahun-tahun mendatang.  Saya berpegang kepada falsafah Robin Hood “Rise and rise again, until lamb becomes lion”.
Penyusakti:  Majlis Peguam seringkali dilihat tidak bersama pandangan kerajaan. Adakah situasi sedemikian sihat kepada perkembangan sistem keadilan di negara kita? Selaku seorang peguam yang juga menjadi ahli kepada badan itu, apa pandangan anda?
Azam:   Saya tiada masalah jika Bar Council tidak bersama pandangan kerajaan dalam isu undang-undang dan hak asasi manusia. Cuma jika “seringkali” Bar Council bersikap demikian dan “seringkali” juga dilihat seolah-olah menjadi seperti “Biro Undang-undang” kepada parti-parti politik pembangkang di Malaysia, maka saya melihat situasi ini amat tidak professional serta akan memburukkan imej peguam keseluruhannya di mata masyarakat.
Bar Council tidak sewajarnya berperanan sebagai jurucakap parti pembangkang menghentam kerajaan dalam semua isu berkaitan undang-undang.  Jika ini terus berlaku maka sistem keadilan di negara kita pastinya terganggu kerana Parlimen menggubal undang-undang untuk kebaikan majoriti rakyat, bukannya untuk melayan segelintir penjenayah atas nama hak asasi.
Penyusakti:  Majlis peguam dalam motonya menyebut  badan mereka sebagai ‘an independent bar’. Dalam beberapa peristiwa melibatkan majlis peguam, kelihatannya mereka bersama-sama  kumpulan pembangkang malah dilihat berganding dengan pimpinan Pakatan Rakyat.  Bagaimana saudara melihat keadaan ini dari kaca mata peguam berdaftar?
Azam:   Ya inilah masalahnya. Moto mereka melaungkan aspirasi kebebasan, menegakkan undang-undang tanpa rasa takut dan pilih kasih. Namun malangnya, mereka turut melanggar undang-undang negara serta memberikan mesej yang salah kepada rakyat. Rakyat yang berdemonstrasi merasa selamat untuk berdemonstrasi kerana ada barisan peguam yang melindungi mereka untuk terus melanggar undang-undang.
Majlis Peguam perlu kekal professional seperti badan-badan professional yang lain seperti Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysia Institut of Accountant dan lain-lain yang tidak turut sama turun ke jalanan untuk melaungkan idealisme mereka dengan cara yang tidak mengikut undang-undang. Majlis Peguam perlu kembali ke zaman kepimpinan lama seperti Allahyarham Raja Aziz Adruse yang tidak mempolitikkan organisasi.
Penyusakti:  Setakat pemerhatian saudara sejauh manakah bebasnya Majlis Peguam Malaysia di bawah pentadbiran AJK sekarang ini?
Azam:   Mereka di bawah kepimpinan sekarang, malah sejak zaman S. Ambiga menjadi Presiden sememangnya bebas menghentam Kerajaan dan menjadi jurucakap aktif pembangkang untuk memburukkan kerajaan. Seolah-olah tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengembalikan mereka ke landasan asal penubuhan mereka seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Profesion Undang-undang 1976. Ahli politik pembangkang juga membela Bar Council dan berselindung di sebalik satu gerakan terancang untuk mengubah lanskap politik negara dalam PRU-13 yang akan datang.
Penyusakti:  Beberapa kenyataan laman web antarabangsa  menyebut ejen-ejen asing mungkin menyelinap ke dalam politik sesebuah negara melalui badan-badan perundangan.  Adakah sebarang kemungkinan perkara ini terjadi di Malaysia?
Azam:   Sememangnya saya bersetuju dengan kenyataan tersebut dan saya percaya agen-agen asing ini telah menyusup masuk ke dalam Bar Council secara fizikal dan secara persamaan idealism.
Penyusakti:  Situasi di dalam Majlis Peguam yang lebih banyak terlibat dalam politik mungkin kelihatan aneh di mata rakyat negara kita. Pada pandangan saudara apakah terdapat kaedah untuk memulihkan neutrality  dan sifat independent Majlis Peguam?
Azam:   Bar Council ditubuhkan oleh Akta Parlimen. Oleh itu, di Parlimenlah tempatnya Bar Council ini boleh diubah iaitu melalui pindaan undang-undang terhadap Akta Profesion Undang-undang 1976. Satu lagi cara adalah kelompok peguam profesional yang bukan boneka pembangkang perlu menguasai jawatan-jawatan utama dalam Bar Council. 80% daripada peguam di Malaysia yang tidak berminat dengan pengurusan Bar Council perlu disedarkan bahawa mereka tidak seharusnya membiarkan sekelompok kecil peguam merosakkan imej dan integrity Badan Peguam Malaysia keseluruhannya.
Penyusakti: Ke manakah arah sebenar Majlis Peguam dalam jangka panjang? Jika berterusan seperti sekarang, apakah ada sebarang alternative kepada Majlis Peguam sedia ada? Perlukah ditubuhkan sebuah badan lain sebagaimana cadangan yang pernah dibuat tidak lama dulu?
Azam:  Matlamat jangka panjang Bar Council akan ditentukan oleh pemegang jawatan utamanya.  Jika Presiden selepas ini adalah seorang perusuh jalanan, maka Bar Council akan terheret berkali-kali ke jalananlah selepas ini. Alternatif kepada Majlis Peguam saya rasa tidak perlu.  

Cuma mungkin satu badan lain boleh ditubuhkan juga di bawah akta parlimen untuk melengkapkan fungsi dan peranan Majlis Peguam. Misalnya berkaitan dengan Badan Disiplin Peguam di Malaysia, perlu ada satu badan bebas yang tiada campurtangan Bar Council untuk membicarakan salah laku peguam di Malaysia. Sekarang ini, walaupun Badan Disiplin itu kelihatan bebas, namun pemilihan anggotanya masih atas rekomendasi Majlis Peguam. Ini perlu dihentikan.

Penyusakti:  Bagaimanakah cara urustadbir yang ideal bagi sesebuah badan seumpama majlis peguam pada kaca mata saudara?
Azam: Urustadbir yang ideal bagi Majlis Peguam ia perlulah berperanan mengikut batasan yang telah di peruntukkan di dalam akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu (sebagaimana yang saya lampirkan di sini);
Section 42. Object and powers of the Bar
(1) The purpose of the Malaysian Bar shall be –
(a) to uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;
(b) to maintain and improve the standards of conduct and learning of the legal profession in Malaysia;
(c) to facilitate the acquisition of legal knowledge by members of the legal profession and others;
(d) where requested so to do, to express its view on matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia;
[Subs. Act A567:s.23]
(e) to represent, protect and assist members or of the legal profession in Malaysia and to promote in any proper manner the interests of the legal profession in Malaysia;
(f) to establish libraries and to acquire or rent premises to house the libraries and offices of the Malaysian Bar or amenities for the use of members either alone or in conjunction with any other body or society;
(g) to protect and assist the public in all matters touching ancillary or incidental to the law;
(h) to make provision for or assist in the promotion of a scheme whereby impecunious persons may be represented by advocates and solicitors;
(i) to award prizes and scholarships and to establish and subsidise lecturership in educational institutions in subjects of study relating to law;
(j) to grant pecuniary or other assistance to any association, institute, board or society in Malaysia in the interest of the legal profession or of the law students;
(k) to afford pecuniary and other assistance to members or former members of the Malaysian Bar and to the wives, widows, children and other dependants, whether of members, former members or deceased members who are in need of any such assistance;
(l) to promote good relations and social intercourse amongst members and between members and other persons concerned in the administration of law and justice in Malaysia;
(m) to encourage, establish and maintain good relations with professional bodies of the legal profession in other countries and to participate in the activities of any local or international association and become a member thereof; and
(n) to establish a Compensation Fund.
(2) In addition to any other powers given by this Act, the Malaysian Bar may –
(a) purchase or lease any land or building required for any of the purpose of the Malaysian Bar;
(b) sell, surrender, grant, lease, exchange or alter any land or building as may be found most convenient or advantageous;
(c) borrow money whether by way of bank overdraft or otherwise for such of the purposes of the Malaysian Bar as the Malaysian Bar may from time to time consider desirable;
(d) make rules governing the manner of convening general meetings of the Malaysian Bar and the procedure thereat which rules shall be approved and may be amended by ordinary resolution at a general meeting of the Malaysian Bar; and
(e) do all such other things as are incidental or conducive to the achievement or betterment of the purposes of the Malaysian Bar.
Suaris:  Soalan terakhir, apakah mesej saudara kepada Majlis Peguam?
Azam:   Setakat ini, itu sahaja KPI yang diperuntukkan oleh Akta kepada Badan Peguam dan Majlis Peguam. Organisasi yang baik perlu diterajui oleh mereka yang memandu hanya dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang.  Jika mereka ingin keluar dari tujuan penubuhan, mereka perlu memandu “kereta” yang lain, bukannya “kereta” yang asalnya suci dan murni seperti Bar Council.
* Salinan surat Azam kepada Bar Council

surat123

—————————————————————————–

•  Lampiran tulisan Azam Aziz — ‘Menyingkap Pesta Demokrasi Bar Council yang BERSIH’.
imagesEE164
SEJAK lima tahun kebelakangan ini, Bar Council atau dikenali sebagai Majlis Peguam sering dilihat menjuarai isu-isu nasional yang melibatkan undang-undang dan hak asasi manusia. Masyarakat sering ternanti-nanti apakah pandangan Bar Council tentang sesuatu isu sebelum mereka memberikan apa-apa pandangan. Bar Council dianggap oleh masyarakat sebagai sebuah organisasi yang mewakili peguam-peguam di Malaysia dan sewajarnya pandangan yang dilontarkan oleh Majlis Peguam dipandang tinggi dan berprestij oleh masyarakat.
Terkini, Bar Council telah menyuarakan secara terbuka sokongan mereka terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH). Bar Council menyokong kesemua lapan tuntutan BERSIH yang mendesak untuk proses pilihanraya yang bersih dan adil. Bagi menggambarkan komitmen Majlis Peguam terhadap semua tuntutan BERSIH ini, Majlis Peguam telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantau di bawah Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam yang terdiri daripada 78 orang Peguam untuk memantau Demonstrasi BERSIH yang di adakan pada 28 April yang lalu.
Selepas itu, Majlis Peguam telah melengkapkan sokongan mereka terhadap BERSIH dengan menganjurkan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 11 Mei lalu bagi membincangkan usul “motion in relation to the events of and surrounding the BERSIH 3.0 public assembly on 28 April 2012, and matters in connection therewith, proposed by Lim Chee Wee (Chairman, Bar Council), on behalf of the Bar Council”.
Usul berkenaan telah di luluskan dalam EGM tersebut. Tanpa niat untuk menghina mahkamah, saya telah memfailkan satu saman sivil terhadap Majlis Peguam dan Badan Peguam berkaitan EGM tersebut.
Begitulah hebatnya reputasi Bar Council yang menggunakan seluruh pengaruh dan sumber mereka untuk memastikan Proses Pilihanraya Umum yang bersih, telus dan adil dapat dilaksanakan untuk kebaikan rakyat dan Negara. Perjuangan yang ideal ini sememangnya amat berpengaruh di kalangan masyarakat untuk menentukan kecenderungan mereka membuang undi dalam PRU-13 nanti.
Disebabkan oleh gelombang perubahan yang dicetuskan ini, kerajaan juga dilihat sedikit sebanyak terpaksa mendengar dan menuruti tuntutan daripada gerakan berkembar Majlis Peguam dan BERSIH ini dengan memperkenalkan peti undi lut sinar, menggunakan sistem dakwat kekal, membersihkan senarai daftar pengundi dan beberapa pembaharuan lain bagi penambahbaikan proses pilihan raya.
Namun, adakah ketam di zaman transformasi ini telah mula mengajar anaknya berjalan betul?
Sebenarnya, terdapat perbezaan di antara Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) dan Majlis Peguam (Bar Council). Badan Peguam Malaysia ditubuhkan di bawah seksyen 41 Akta Profesion Undang-undang 1976 dan wajib dianggotai oleh kesemua 14,902 orang Peguam di Semenanjung Malaysia menurut seksyen 43 Akta Profesion Undang-undang 1976.
Majlis Peguam pula ditubuhkan di bawah seksyen 47 Akta Profesion Undang-undang 1976 hanya dianggotai oleh 36 orang ahli Badan Peguam yang dipilih secara pengundian menurut seksyen 50 dan seksyen 70 (7) Akta Profesion Undang-undang 1976.
Ini menunjukkan Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam adalah dua entiti yang berbeza dan keahlian Badan Peguam adalah lebih ramai berbanding Majlis Peguam. Secara analoginya, Badan Peguam Malaysia ini adalah seumpama sebuah kereta tanpa pemandu. Majlis Peguam pula bertindak sebagai pemandunya. Destinasi kereta tersebut telah ditetapkan di dalam Akta Profesion Undang-undang 1976 namun bergantunglah kepada pemandu kereta tersebut samada untuk mengikut arahan untuk menuju ke destinasi ataupun menyimpang dari destinasi yang telah ditetapkan dalam akta.
Menurut seksyen 64 (1) Akta Profesion Undang-undang 1976, AGM Badan Peguam  hendaklah diadakan oleh Majlis Peguam sebelum bulan April pada setiap tahun. Bermaksud sebelum bulan April 2013 nanti, akan diadakan AGM Badan Peguam Malaysia kali ke 67.
Selama 67 tahun, tidak pernah ada sebarang diskusi terbuka diadakan oleh mana-mana pihak untuk membincangkan tentang proses demokrasi yang diamalkan oleh Bar Council. Saya mengambil peluang pada tahun ini untuk menyertai pesta demokrasi Bar Council yang pada ketika rencana ini ditulis, saya telah mengetahui keputusannya iaitu saya tidak berjaya memenangi salah satu daripada 12 kerusi anggota Majlis Peguam Malaysia.
Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menunjukkan rasa kecewa saya kerana tidak terpilih. Ini kerana saya berpeluang mencuba lagi pada tahun hadapan. Tetapi tujuan penulisan ini adalah semata-mata untuk membuka mata rakyat untuk turut melihat sendiri proses demokrasi yang diamalkan oleh Majlis Peguam untuk dibandingkan dengan proses Pilihanraya Umum Negara kita yang dianggap oleh Bar Council sebagai “kotor”.
Pertamanya, berkaitan dengan daftar pengundi. Bar Council bersama-sama kumpulan  BERSIH dalam tuntutan mereka menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan senarai daftar pengundi yang dikatakan masih menyenaraikan pengundi yang telah meninggal dunia atau alamat pengundi yang tidak dikemaskini dan wujud pengundi hantu. Bagaimana pula dengan senarai daftar pengundi Bar Council?
Setakat tarikh rencana ini ditulis, merujuk kepada statistik di laman web www.malaysianbar.org, terdapat seramai 14,899 orang Peguam berdaftar di Semenanjung Malaysia. Dan apabila saya merujuk kepada keputusan rasmi pemilihan Bar Council, sebanyak 14,902 kertas undi telah dikeluarkan. Angka ini menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang dikeluarkan adalah tidak sama dengan jumlah Peguam berdaftar.
Saya juga menerima laporan, ramai di kalangan peguam yang tidak menerima kertas undi mereka. Sebahagiannya telah berpindah firma guaman tetapi kertas undi mereka dihantar ke firma guaman lama. Kemungkinan juga wujud pengundi hantu dalam pemilihan Bar Council kerana kita tidak akan tahu siapa yang mengundi.
Ini menunjukkan bahawa daftar pengundi Bar Council juga tidak bersih dan tidak di kemaskini. Tetapi mereka beriya-iya mendesak agar SPR bekerja keras siang dan malam untuk membersihkan daftar pengundi yang jumlahnya jutaan orang tetapi pada masa yang sama, mungkin kerana sibuk mendesak SPR, Bar Council sendiri terleka dari membersihkan senarai pengundi mereka sendiri.
Kedua, berkaitan pengundian secara undi pos, Bar Council dan BERSIH sering mempersoalkan ketelusan dalam proses pengundian secara pos. Pada suatu ketika, mereka menentang proses undi pos ini yang menurut mereka hanya memberikan kelebihan kepada satu pihak sahaja. Ada juga tuduhan yang menyatakan bahawa kertas undi pos berkenaan tidak dipangkah oleh pengundi, sebaliknya dipangkah oleh pegawai atasan bagi pihak pengundi. Mereka juga meroyan, menyatakan bahawa proses undi pos ini tidak telus kerana wakil-wakil parti bertanding tidak dibenarkan memantau. Jadi atas alasan-alasan ini, mereka mendesak SPR mereformasikan sistem undi pos sebagai salah satu tuntutan BERSIH.
Namun begitu, ramai yang masih tidak tahu, bahawa sebenarnya proses mengundi jawatan kuasa Bar Council juga dibuat secara 100% undi pos. Bermula dari 1 hb November 2012 yang lalu, kertas-kertas undi diposkan kepada “semua” peguam dan kertas undi tersebut hendaklah dikembalikan kepada Bar Council pada atau sebelum jam 5.30 petang 30 hb November 2012 yang lalu.
Saya selaku calon pemilihan Bar Council telah menulis surat kepada CEO Majlis Peguam untuk bertanya berkaitan proses pengundian ini dan samada saya atau wakil saya boleh dibenarkan memantau proses pengiraan undi nanti. Namun malangnya, Presiden Majlis Peguam melalui surat bertarikh 26 November 2012, membalas surat saya dengan jawapan “…due to logistical and security concerns, the counting process is not open to observers”.
Melihatkan jawapan Presiden Majlis Peguam tersebut, saya tersenyum kerana mereka menuntut ketelusan SPR dalam proses pengiraan undi pos namun malangnya, mereka sendiri tidak memberikan ketelusan untuk saya selaku calon untuk memantau sendiri proses pengiraan undi tersebut.
Disebabkan saya telah dinafikan hak demokrasi saya untuk memantau proses pengiraan undi, saya tidak tahu siapa yang mengira undi tersebut. Saya juga tidak tahu bagaimana caranya Bar Council menganggap sesuatu undi itu sebagai undi rosak. Saya tidak tahu adakah selepas tarikh 30 hb November tersebut, adakah Bar Council masih menerima kertas-kertas undi. Atau mereka mungkin memangkah calon-calon kesukaan mereka dan mengira sekali dalam proses pengiraan yang tertutup dari pemantauan sesiapa termasuk calon. Yang saya tahu hanyalah keputusan dari laman web www.malaysianbar.org iaitu saya menerima 872 “undi” daripada 3442 “undi”. Betul atau tidak kiraan mereka, saya pun tidak pasti.
Di sebalik semua pencabulan hak asasi dan hak demokrasi saya sebagai calon yang bertanding dalam pemilihan Bar Council ini, saya pasti Bar Council akan berlindung sepenuhnya di belakang Akta Profesion Undang-Undang 1976 kerana seksyen 49 dan seksyen 50 akta tersebutlah yang menghalalkan semua pencabulan hak saya ini di lakukan mereka dengan bermaharajalela.
Namun persoalannya, sekiranya benar Bar Council adalah pejuang di barisan hadapan berkaitan hak asasi dan hak demokrasi di negara kita, mengapakah Bar Council tidak mencadangkan pindaan untuk mereformasikan seksyen 49 dan seksyen 50 Akta Profesion Undang-Undang 1976 berkenaan?
Jangan pula dihujahkan akta tersebut sukar dipinda untuk direformasikan sistem demokrasi Bar Council kerana sebelum itu, iaitu pada 18 April 2012, Parlimen telah membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 tersebut bagi meliberalisasikan profesion undang-undang di Malaysia bagi membolehkan firma guaman asing beramal di Malaysia. Majlis Peguam adalah juara yang mendesak kepada pindaan ini dan mengapa mereka tidak boleh turut mendesak reformasi untuk menambahbaik sistem demokrasi dalam pemilihan Bar Council?
Mengapa Bar Council boleh terus memperjuangkan isu hak nasional tanpa sedikit rasa aib ibarat ayam berkokok berderai-derai namun ekor sendiri terpalit tahi? Ini adalah kerana lebih 80% daripada jumlah peguam berdaftar di Malaysia telah lama mengambil sikap tidak peduli dan tidak mahu mencampuri langsung urusan Bar Council asalkan Sijil Amalan Tahunan mereka ditandangan oleh Presiden Bar Council setiap tahun. Statistik selama 3 tahun menunjukkan, hanya 20% daripada peguam berdaftar yang mengundi memilih pemimpin Bar Council. Selanjutnya ini menunjukkan Bar Council hanyalah secara teknikalnya mewakili suara semua peguam di Malaysia sedangkan realitinya, pemilihan mereka hanya di buat oleh 20% daripada keseluruhan komuniti.
Saya pasti jika di kalangan 80% daripada Peguam yang tidak ambil peduli dengan urusan Bar Council ini terus bersikap demikian, maka selagi itulah Bar Council akan dilihat sebagai jurucakap isu perundangan dan hak asasi manusia bagi pihak parti politik pembangkang di Malaysia. Dan mereka akan terus bersikap demikian kerana mereka percaya bahawa majoriti peguam di Malaysia tidak kisah jika Presiden mereka turut bersesak di jalanan bersama para demonstran dan melanggar undang-undang negara.
Untuk menjadi perusuh jalanan, seseorang tidak perlu belajar tinggi dan menjadi Presiden Majlis Peguam. Majlis Peguam perlu kekal bebas dan berkecuali, bukannya di peralatkan seluruh organisasi ini sebagai boneka pihak-pihak yang rakus mengejar nafsu politik. Majlis Peguam perlu kekal professional sebagaimana peranan badan professional lain seperti Majlis Perubatan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia atau Malaysian Institute of Accountant. Jika mahu berdemonstrasi juga, berdemolah sebagai individu, bukan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.
Sekiranya tiada Peguam majoriti di luar sana yang berani untuk memulakan reformasi ini, biarlah saya yang memilih untuk memulakannya dan menghadapi segala risiko yang bakal mendatang tanpa rasa sesal dan gundah gulana.
—  Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ialah pengamal undang-undang di Azam Aziz n Co.

* Tulisan di atas adalah versi penuh yang terbit di Utusan Malaysia Selasa, 11 Disember 2012.

2 thoughts on “Azam Aziz — Mencari Pemandu Demokratik Bar Council

  1. Saya harus bicara apalagi …saya udah gak kuat melihat keaadan orang tua saya yg terpuruk oleh soal utang piutang bekas biaya hidup sehari2 dan biaya sekolah…saya sangat berharap sekali datuk mau menolong saya secepatnya…tlong bantu saya datuk…saya sangat mengharapkn sekali jikalau mau tolong saya…coba hubungi whatsaap saya 081224258285

    Like

  2. Tahniah Tuan…

    Sudah lama dengar cerita tidak baik perihal Majlis Peguam… Orang luar macam kami tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah kalian….

    Harapan yang tinggi kepada Semua Peguam Muslim untuk menjaga IslaM, Negara dan bangsa dari dalam Organisasi sebaik mungkin…

    Tanggungjawab di bahu kalian…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.