Siapakah Pemimpin Dicucuk Hidung?

BAGI generasi muda yang tiada pengalaman dijajah secara fizikal seperti pernah berlaku kepada negara ini selama lebih 400 tahun, penjajahan bagaikan tidak mungkin akan berulang kerana berandaian manusia semakin bertamadun.
Kesan penjajahan tidak pernah dirasai kerana secara umumnya sehingga kini rakyat dapat mencari makan dengan mudah, berbanding beberapa negara lain yang rakyatnya terpaksa berhijrah ke negara luar untuk mencari makan.
Akan sampai masanya rakyat  negara ini akan mengalami nasib seperti itu apabila negara sudah tidak lagi mampu diurus secara merdeka oleh pemimpin negara, seperti pernah berlaku di Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.
Sebaliknya, kepada pengkaji ekonomi dan politik dunia menjelaskan penjajahan berlaku setiap masa melalui pelbagai kaedah yang asasnya untuk menguasai ekonomi negara berkenaan seperti mana Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) menjajah negara Asia dalam kurun ke-17 lalu.
Mike Billington, seorang penulis dalam kumpulan Laroche (www.larouchepub.com), telah menulis satu artikel bertajuk, British Empire Tool To Recolonize Malaysia, antara lain menjelaskan ada individu tertentu dalam negara digunakan oleh Soros, Paul Wolfowitz dan Al-Gore untuk menguasai pemerintahan Malaysia.
Mereka tidak lagi memilih kaedah penjajahan lama seperti dilakukan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan membawa armada perang, tetapi menggunakan kaedah lebih bijaksana dan bertamadun dengan menggunakan senjata duit.
Pada tahun 1997 dulu, serangan yang jelas telah berlaku dan meletakkan negara ini dalam keadaan sangat tertekan.  Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Michel Comesus dan Presiden bank Dunia, James Wolfensohn telah ‘memaksa’ negara  melaksanakan kehendak dan tulunjuknya.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pengalaman `berperang’ dengan kumpulan ini pada tahun 1997 yang menyaksikan negara hampir bersujud kepada IMF/Bank Dunia/spekulator mata wang yang rata-ratanya Yahudi.
“Mereka mahukan dasar negara ditetapkan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis.
 “….(tujuannya)  bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.”
Jika negara mengikut telunjuk mereka seperti mana yang juga dikendaki oleh beberapa pemmpin negara ini, penjajahan telah berlaku secara sempurna.
Namun begitu ada berhujah apa salahnya berkawan dengan Barat dan pemodal Yahudi jika mereka boleh membantu ekonomi negara dan dalam masa sama dapat menjelaskan mengenai pendirian umat Islam kepada mereka?
Jawapannya ialah apakah pendirian kita sama ada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh atau tidak menerima hadiah pemberian pakej haji ke Mekah, sedangkan pemberian hadiah berkenaan dikatakan pernah mendapat tawaran kontrak balak di Kelantan?
Mungkin kita boleh berhujah pemberian itu ikhlas!
Kumpulan yang dikenali sebagai neocon seperti Wolfowitz bukan tidak memahami pendirian dan hati budi masyarakat Islam, tetapi kerana kepentingan tertentu yang menyebabkan beliau memilih untuk berkawan dengan individu tertentu di negara ini.
Gorbachev dan Boris Yiltzen di Rusia juga pernah memberi kepercayaan kepada Barat dan Amerika Syarikat serta diberikan bantuan sehingga mereka bergantung kepada puak pemodal Barat, akhirnya negara Rusia menjadi seperti anai-anai mengigit tongkat Nabi Sulaiman, sehingga kerajaannya reput dari dalam, sebaik sahaja tongkat itu hancur.
Pengkaji seperti Laroche dengan penuh yakin mendapati penjajahan dibuat melalui penguasaan kepada pemimpin tertentu, dan menidakkan pemimpin tertentu.
Pemimpin  yang kehendaki diberi imej positif oleh Barat melalui media yang juga mereka kuasai di seluruh dunia.
Malah, menurut Laroche yayasan atau NGO yang ditaja juga diberikan nama berimejkan putih seperti demokrasi, yayasan untuk masa depan dan pejuang hak asasi manusia.
Sesiapa yang mudah terpukau dengan nama dan imej barangkali sukar untuk melihat liciknya permainan ini, seperti mana masyarakat mudah terpukau dengan seseorang berjubah dan berserban sehingga ada yang sanggup menyerahkan anak baru berusia 10 tahun untuk dikahwini!
Inilah agaknya Baginda Sultan Kedah yang juga Canselor UUM mengingatkan generasi muda betapa perlunya berwaspada dan mengkaji bagaimana sesebuah negara dijajah melalui penguasaan minda pemimpin negara, yang akhirnya meletakkan negara dalam keadaan pergantungan.
 Implikasi kepada generasi muda adalah mereka tiada lagi pilihan dan kebebasan memilih dalam hidup.
“Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain. Jika kita menjadi pemimpin negara, atau mahu memilih pemimpin negara, lebih baik memilih pemimpin yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain.
“Pemimpin yang ditaja oleh dana luar atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) luar, ada kemungkinan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri pemimpin itu.  Keadaan seperti ini mendedahkan negara kepada penjajahan.
“Banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau boleh diperas ugut. Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya. Polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat terbanyak. Polisi dibuat hanya menyenangkan kuasa di belakang pemimpin berkenaan.”
Seorang pemerhati politik negara berpendapat negara ini sudah diambang penjajahan  kerana bukan sedikit pemimpin negara ini bukan sahaja meminta bantuan dari negara Barat, tetapi juga dengan bangga turut mengutuk negara ini, seolah-olah beliau merupakan warga global.
“Gobachev hanya berminat untuk berkawan dan meniru model ekonomi dan politik Barat, tetapi tidak pernah mengutuk Rusia, sedangkan pemimpin kita meminta bantuan kekuatan untuk menyelesaikan masalah peribadi yang mendedahkan negara kepada peras ugut,” kata pemerhati politik negara.
Sesungguhnya dibahu setiap kita ada tanggungjawab kepada generasi anak-anak kita yang merupakan pewaris masa depan, dan sekali membiarkan negara dijajah mungkinkah akan menggelapkan masa depan mereka selama lebih 400 tahun lagi!
Kori Ariff ialah penulis di Suaris.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.