Sekular, Akhlak dan Kerajaan

DUA soalan telah dihantar ke  email Suaris. Keduanya berkisar tentang agama. Suaris telah cuba menjawabnya dengan perspektif tersendiri. Jawapan ini terbuka. Siapa saja bebas untuk berbincang lanjut.

1. Apa pandangan Suaris tentang pendidikan di Malaysia yang didakwa tidak seimbang antara pendidikan sekular  dan agama?

Banyak orang Islam keliru antara sekular dan agama. Orang agama juga banyak berfikir secara sekular tanpa disedarinya. Padahal, dalam Islam, semua perkara adalah bersangkut paut dengan agama. Hubungan dengan Allah itu agama, hubungan sesama manusia itu agama dan hubungan dengan alam juga agama.

Apakah pendidikan sekular di sekolah kita? Adakah ia bermaksud belajar sejarah itu sekular? Adakah belajar geografi itu sekular? Fizik, kimia, biolgi dan sebagainya itu sekularkah? Atau, adakah belajar bahasa sendiri (B Melayu) itu pun sekular? Inilah yang ada dalam pendidikan kita masa kini. Orang yang selalu membahagikan sekular dan tidak sekular itulah yang paling sekular kerana dia terus-menerus bercakap sesuatu yang dia tidak faham. Orang itu terikut-ikut mendengar cakap kumpulan orang yang kadang-kadang tidak faham apa yang dicakapnya.

2. Keruntuhan akhlak remaja adalah kesan daripada pembangunan negara. Bagaimana Suaris melihatnya?

Pembangunan lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan. Siapa dapat menafikan kenyataan ini. Melalui pembangunanlah kita dapat menghantar anak kita ke sekolah berbanding generasai terdahulu yang sukar mendapat pendidikan. Orang dahulu perlu berjalan berbatu-batu untuk mendapat pendidikan tetapi sekarang sekolah ada di sekitar rumah. Dahulu orang tua kita terpaksa memikul jenazah bergilir-gilir untuk perjalanan yang jauh ke kubur tetapi sekarang kemudahan jalan raya dan kereta jenazah boleh sampai ke tempat pengkebumian. Ini semua ialah nikmat pembangunan yang kita nikmati bermula dari lahir sehingga kita mati.

Soal akhlak rendah memang sentiasa berlaku. Bukan hanya sekarang. Oleh itu untuk mengatakan akhlak remaja runtuh kerana pembangunan adalah kesimpulan umum atau ‘over-generalization’. Kita tidak boleh kata apabila ada akhlak rendah kerana kelemahan pemerintah atau pembangunan. Jika begitu, kita nanti mungkin menggalakkan orang terlajak cakap dengan mengatakan:

“Pada zaman nabi ada umat Islam yang berakhlak buruk . Ini tandanya nabi Muhammad gagal menangani gejala akhlak buruk.”

Kata-kata ini sungguh biadap. Sebaliknya kalau kita  rasa akhlak remaja kita buruk, marilah kita cari jalan mengatasinya. Kerajaan telah berbelanja untuk sektor pendidikan mengatasi peruntukan sektor-sektor lain. Tentulah, ini bertujuan untuk membimbing akhlah remaja kita. Golongan pendidiklah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas ini. Bila kita menyebut kerajaan, ini termasuklah golongan cikgu-cikgu kerana mereka adalah anggota kerajaan. Mereka dibayar untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.