Mengapa Perlu Agama?

KEPADA sesiapa yang sudah terlalu selesa berada dalam agama yang diwarisi, persoalan mengapa perlu agama tidak berbangkit. Cukuplah menjadi pentaklid buta. Tulisan ini bukan kepada sesiapa yang mempunyai agama secara warisan, tetapi ianya untuk mereka yang memilih agama.
Yang sudi mengembara untuk mencari kebenaran.
Lebih dua pertiga penduduk bumi yang telah mencapai tahap enam bilion kini mempunyai agama sama ada agama yang dianggap turun dari langit seperti agama Yahudi, Kristian dan  Islam atau agama klasik seperti Hindu, Buddha, Shinto dan lain-lain.
Golongan yang tidak beragama langsung dalam dunia hari ini jumlahnya sangat sedikit. Mengapa?
Penjelasan yang paling mudah ialah kerana ibu bapa kita sudah mempunyai agama tertentu maka kita mewarisinya, seolah-olah agama sama dengan kaum. Kaum India seolah-olah mestilah agama Hindu.  Kaum Cina mestilah agama Buddha. Orang Melayu mestilah beragama Islam. Orang putih pula beragama Kristian.
Sedangkan, kaum atau bangsa tidak boleh diubah kerana ianya `ditakdirkan’. Anda tidak boleh memilih untuk menjadi orang putih jika telah dilahirkan dalam keluarga negro. Begitu juga seseorang Melayu tidak mungkin menjadi kaum lain.
Sejarah membuat catatan di alam nusantara ini termasuk datuk nenek kaum Melayu beragama Hindu, kemudian selepas Melaka di buka atau sebelum itu datanglah agama Islam yang dibawa saudagar atau mubaligh Islam Timur Tengah. Buktinya masih boleh disaksikan kini. Misalnya, di Indonesia termasuk di Pulau Bali, masih lagi banyak orang berbangsa Melayu beragama Hindu.
Begitulah juga kaum lain. Berlaku evolusi.
Ini bermakna kaum atau bangsa tidak boleh berubah kecuali dalam evolusi perkahwinan campur yang mengambil beberapa generasi, namun agama bersifat pilihan. Tentunya penganut agama Islam secara warisan tidak sama dengan penganut Islam juga yang memilih Islam dan berpuas hati dengan Islam, lalu seolah-olah memilih Islam sebagai kompas hidupnya.
Karen Armstrong telah menulis dengan terperinci berhubung tinjauan riwayat hidup Tuhan dalam bukunya ‘The History of God’.
Cendekiawan Islam, Syah Waliullah Ad-Dahlewi dalam magnum opusnya Hujjatul Al-Balighah telah menjelaskan mengapa manusia memerlukan agama, dengan penjelasan yang boleh diringkaskan begini:
Sifat semulajadi setiap diri manusia mempunyai dua kecenderungan iaitu pertamanya kecederungan kepada hal-hal spiritual atau diistilahkan sebagai roh kemalaikatan dan kedua roh kehaiwanan yang cenderung kepada hal-hal penyempurnaan fizikal dan biologikal manusia seperti makan, minum dan seks.
Kedua-dua roh berkenaan (ianya hanya satu seperti juga tubuh fizikal seseorang, cuma sifat berbeza-beza bergantung kepada keadaan) memerlukan makanan masing-masing.   Seekor harimau yang diberi makan rumput akan menyebabkan harimau berkenaan akan mati, begitu juga dengan lembu atau kambing yang diberi makan daging.
Fitrahnya begitu.
Agama, menurut Syah Waliullah, hadir untuk menyempurnakan kehendak semula jadi manusia. Manusia yang menolak agama seolah-olah menolak kehendak dirinya yang asal. Dalam bahasa beliau, ‘hak Tuhan ke atas manusia iatu secara hakikatnya hak individu itu terhadap dirinya’.
Kehendak spiritual secara umumnya disempurnakanmelalui amalan ibadah yang selalunya dalam istilah biasa disebut hal-hal ukhrawi, manakala kehendak haiwaniah itu diurus melalui peraturan atau undang-undang duniawi untuk memastikan keharmoniam hidup bermasyarakat.
Pemecahan itu dalam sudut pandang lain ianya hanyalah satu dan bersifat holistik, hanya untuk memudahkan analisis dibahagikan kepada dua.
Biar ada ulasan dari sesetengah pihak untuk menafikan perlunya agama dalam kehidupan, penduduk yang dianggap Orang Asli di atas planet bumi ini ada ritual tertentu untuk menyempurnakan ‘kelaparan’ spiritualnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.