Menjadi Manusia, Malaikat dan Syaitan

images193
SEMAKIN positif cara berfikir seseorang itu semakin mudah untuk mereka membuat pilihan yang bakal memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara. Berfikir positif yang juga beriringan dengan bersikap positif memberi makna cara kita berfikir dan bertindak berdasarkan realiti atau fakta semasa yang akhirnya memberi peluang setiap kita membuat sesuatu keputusan dengan lebih bijaksana yang natijahnya menyumbang kepada keharmonian diri dan masyarakat. Cara ini juga meletakkan tanggungjawab diri dan kita bertanggungjawab terhadap nasib diri.
Berlawanan dengan cara berfikir dan bersikap positif adalah cara berfikir yang setiap masa meletakkan kesalahan kepada orang lain (blaming game) untuk tidak mahu bertanggungjawab terhadap nasib diri. Mengapa universiti memberi saya kursus ini sedangkan saya tidak memilih kursus ini? Mengapa saya dilahirkan miskin, sedangkan ramai juga kawan saya mewah? Mengapa ibu bapa saya tidak memberi pendidikan akhlak yang sempurna menyebabkan saya tidak mampu mengawal nafsu? Mengapa saya tidak berdisiplin dan rajin seperti rakan saya yang bermata sepet?
Persoalan mengapa selalunya tidak ada titik noktah. Terlalu melayan persoalan mengapa tidak akan membawa kita kemana-mana. Akhirnya, kita akan meletakkan kesalahan kepada Tuhan. Mengapa Tuhan melahirkan aku sebegini….
Persoalan mengapa tidak meletakkan diri kita berupaya mempunyai pelbagai menu pilihan. Sedangkan, dalam realiti kehidupan ini ada persoalan yang tidak berkesudahan seperti bertanyakan yang mana dulu antara ayam atau telor ayam. Perdebatan yang tidak berkesudahan.
Cara berfikir positif melihat sesuatu dalam kerangka belajar bertanggungjawab membuat pilihan. Mungkin pilihan yang dibuat salah. Mungkin pilihan yang dibuat tidak positif. Dalam kerangka belajar, tidak mungkin kita boleh menaiki basikal jika tidak jatuh atau mungkin berdarah lutut, sebelum mahir. Menariknya kehidupan ini kerana pelbagai pilihan yang ada. Menjadi Malaikat mungkin tidak ada pilihan kerana seolah-olah diprogramkan sentiasa menjadi baik. Menjadi syaitan juga mungkin tidak menarik kerana tidak berpeluang membuat pilihan menjadi baik.
Jika saya sudah dtempatkan dalam pekerjaan ini, mungkinkah lagi saya boleh tukar ke pekerjaan lain. Jika boleh, bagaimana cara untuk melaksanakannya. Pergi menghantar CV, hadiri temu duga dan membuat rangkaian persahabatan. Jika tidak boleh, bagaimana untuk memungkinkan pekerjaan ini dapat juga memenuhi cita-cita asal saya. Saya akan terus berusaha, berdisiplin dan memastikan falsafah hidup terus kekal.
Begitu juga jika ibu bapa kita tidak memberi pendidikan akhlak atau agama yang sempurna, masih ada masa untuk kita sendiri berusaha ke arah itu. Jika talian menyalahkan ibu bapa itu berterusan, esok anak-anak kita pula akan menyalahkan kita. Tidak berkesudahan.
Di manakah kita meletakkan niat kita? Adakah ianya bergerak tanpa ada langsung sentuhan niat dan hala tuju kehidupan?
Malaikat juga tidak mempunyai banyak pilihan dalam kehidupannya. Ianya hanya beribadah sepanjang saat, dan begitu juga disirahkan bahawa syaitan setiap saat hanya bertugas untuk memburukkan manusia. Adakah syaitan bercita-cita nak jadi malaikat dan sebaliknya? Ianya hampir tidak berlaku.
Manusia sebaliknya ada kelebihan kerana mempunyai pilihan untuk menjadi malaikat atau syaitan kerana ciri-ciri kedua-duanya sudah diketahui oleh kebanyakan manusia waras. Umumnya, manusia lebih cenderung untuk menggerakkan diri ke arah menjadi manusia baik.
Pilihan di tangan kita, marilah kita bertanggungjawab kepada diri kita. Meminjam kata-kata Rene Descartes (Tahun 1644):  “Cogito Ergo Sum dalam bahasa Latin, atau dalam bahasa Inggerisnya, I think, therefore I am”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.