Siri Soal Jawab Nordin Kardi

zaaba15
Suaris   Za’ba lebih dikenali sebagai pejuang bahasa Melayu, sedangkan tulisan beliau berkenaan pemikiran agama kurang dikenali. Komen tuan?
Nordin Kardi   Saya berpendapat bagi soalan ini rakan saya Adnan Nawang (2007) telah menjawabnya dengan begitu bagus. Dalam buku “Za’ba dan Melayu” Adnan memetik beberapa pendapat orang lain juga tentang luasnya pemikiran Za’ba berbanding yang hanya dilihat sebagai ahli ilmu bahasa Melayu. Antara pengulas yang telah dipetik oleh Adnan ialah:
1.  Najib Rahman (hal xii)
“The grand oldman (merujuk Za’ba) of malay letters played a major role in moulding the language into an efficient and modern one and is also celebrated for his progressive writtings on education, economy, religion, culture and philosophy”.
2. Syed Muhammad Naguib al-Attas (hal xii)
“Ketahuilah bahawa lama sebelum pakar-pakar ekonomi muncul melaungkan peri kemiskinan Melayu, lama sebelum golongan-golongan sosialis memukul gendang anti-feudalisme, Zainal Abidin bin Ahmad yang bukan pakar ekonomi atau sosialis telah dengan beraninya mengulas, membidas dan melaberak punca-punca dan akar umbi masalah ini”.
3.  Hamka (hal xii)
“Di Malaysia beruntunglah perkembangan bahasa Melayu modern dengan timbulnya Pendeta Za’ba (1895-1973). Pendidikan agamanya yang mendalam sejak waktu kecilnya, bimbingan pengetahuan Islam dan Arab dari guru-guru ahli, di antara Syaikh Mohamad Thahir Jalaludin, ditambah lagi dengan pelajarannya yang tinggi dalam bahasa Inggeris, menyebabkan sebagai seeorang muslim sejati dia dapat menghadapi kehidupan modern yang diselubungi oleh penjajahan barat”.
4.  Ali Haji Ahmad (hal xiii)
“Bahawa sebelum terlibat dalam bidang bahasa Za’ba telah terlebih dahulu menjadi pemerhati yang tajam mengenai masyarakatnya”.
5.  Hamdan Hasan (hal xiv)
“Konsepsi politik Za’ba adalah konsepsi politik kebangsaan Melayu dan bangsa yang diperjuangkannya adalah bangsa Melayu di kawasan semenanjung Malaya. Cita-cita ini sangat berlainan dengan gurunya dan kaum muda aliran Mesir lainnya, yang konsep politiknya meliputi wilayah Malaya, Sumatera, Borneo dan Jawa”.
Daripada himpunan ulasan yang dikutipnya Adnan (hal xvi) membuat pendiriannya sendiri yang berbunyi:
“Za’ba terlibat secara langsung dalam perjuangan Islam. Za’ba adalah satu mata rantai yang menjadi tali penyambung kepada suatu gerakan Islam antarabangsa yang aktif menghadapi kolonialisme dan imperialisme dewasa itu, tetapi tumpuan Za’ba lebih banyak kepada masyarakatnya, Melayu dan muslim di Tanah Melayu”.
Semua perkara yang dinyatakan di atas merupakan ulasan terhadap pendapat dan pendirian Za’ba yang simpulkan oleh pengulas-pengulas tersebut berdasarkan tulisan-tulisannya. Jika demikian dapatlah dikatakan bahawa penulisan Za’ba merentasi pelbagai perkara dan bukan semata-mata mengenai bahasa Melayu.
Tentang mengapa tulisan-tulisan beliau dalam bidang yang lain tidak dikenali, jawapannya juga pelbagai mengikut perspektif. Dari perspektif  disiplin ilmu, saya telah huraikan dalam jawapan saya terdahulu bahawa para sarjana di Malaysia agak terikat dalam bidang masing-masing. Bahkan, dalam suatu ekstrem, peneliti dan pengamal ilmu yang membebaskan dirinya daripada ikatan disiplin bidang dianggap sebagai tidak akademik, tidak ilmiah dan lemah kesarjanaannya. Walaupun kalangan sarjana Melayu Islam selalu melaungkan kesyumulan ilmu namun mereka tidak cukup berani dengan birokrasi ilmu yang memagari mereka. Hasilnya mereka menjaga sempadan masing-masing dan sangat bersopan-santun pula dengan sempadan rakan-rakan lain.
Jika Za’ba dilihat dalam sempadan disiplin yang terpencil maka jumlah sumbangan Za’ba tentulah tidak besar kerana orang di dalam disiplin itu tidak mengetahui apa lagi yang telah diperkatakan oleh Za’ba secara jumlah yang menyeluruh. Yang dilihatnya hanyalah umpama serpihan tahi bintang yang jatuh ke bumi. Sedangkan, untuk memahami Za’ba hanya segelintir orang seperti Adnan Nawang sahaja yang melihat Za’ba secara keseluruhan. Dalam konteks bahasa, Za’ba tampil mengemukakan sistem dalam bahasa Melayu. Oleh kerana bahasa melayu itu ialah medium yang dipakai sebagai pengucap kepada pelbagai disiplin ilmu maka tidak dapat tidak semua orang menggunakan apa yang telah dikemukakan oleh Za’ba. Maksudnya sumbangan sistem Za’ba merupakan teknologi bahasa Melayu yang kegunaannya merentasi kotak-kotak disiplin ilmu. Sebab itulah Za’ba lebih dikenali sebagai pendeta bahasa. Sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu mengiktiraf apa yang mereka telah gunakan sebagai hasil sumbangan Za’ba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.