Cara Hidup Model Ayam: Ayam Ternak vs Ayam Hutan

choice
DALAM seni Kung Fu klasik seperti tersiar dalam filem Jet Li atau Jackie Chan, gurunya biasa berpedoman kepada aksi haiwan seperti ular tedung atau pepatung untuk mendapatkan kemahiran seni berkenaan.
Dalam kehidupan kita, kata seorang guru, boleh juga berpedoman kepada haiwan lain untuk dijadikan model hala tuju agar ianya menjadi kompas kepada perjalanan hidup yang mungkin panjang atau mungkin pendek.
Guru itu memberikan model ayam untuk dijadikan sebagai panduan kehidupan iaitu sama ada kita mahu menjadi seperti ayam ternak, ayam kampung atau ayam hutan, kerana ketiga-tiga jenis ayam ini terdiri dari satu spesies tetapi mempunyai gaya hidup yang berbeza.
Ayam Ternak
Ayam ternak ialah ayam yang dijual dikedai-kedai dengan harga yang agak murah berbanding dengan dua jenis ayam lagi.
Ianya dipelihara direban dengan ada sesetengahnya berpendingin hawa dengan makanan dibekalkan hampir 24 jam, tidak bergerak tetapi membesar dengan cepat dan memberikan manfaat yang sangat cepat kepada pembelanya. Dalam empat lima bulan, ayam itu sudah boleh disembelih atau dijual dikedai.
Dagingnya sangat lembut kerana habitatnya hanya di dalam reban, malah jika dilepaskan pun ayam berkenaan tidak pandai untuk mencari makanan sendiri, tidak mampu berdikari malah dalam beberapa hari akan mati.
Selalunya ada dua tujuan pemeliharaan ayam iaitu untuk tujuan telur atau tujuan daging tetapi cara hidup dan disiplin dirinya hampir sama. Ianya lebih mudah terdedah kepada penyakit tetapi rawatannya juga tidaklah sukar kerana industri berkenaan begitu meluas di mana-mana negara, termasuklah Malaysia.
Ada orang memilih untuk mendidik anak-anak mereka menggunakan model ini iaitu mendisiplinkan anak-anak seperti membela ayam daging atau ayam telor – mengurung anak di dalam rumah dan mengarahkan mereka melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai dengan anak.
Seperti juga ayam banyak manfaatnya dengan pembelaan cara ini bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi juga dari pelbagai segi – tidak menyusahkan ibu bapa kerana apabila dibiarkan sesuka hati bergerak ke mana sahaja akan menyebabkan anak-anak terdedah kepada pelbagai ancaman persekitaran.
Menariknya dunia ini kerana selain model ayam ternak ini ada lagi pilihan lain yang juga boleh dijadikan bahan perenungan dalam menentukan hala tuju hidup kita, iaitu ayam hutan
Ayam Hutan
Ayam ternak yang merupakan spesies ayam turut berasal daripada ayam hutan, iaitu ayam yang berada di dalam hutan yang habitatnya bersama-sama dengan pokok-pokok dan haiwan-haiwan lain.
Spesies ayam hutan semakin hari semakin kekurangan kerana pembangunan menyebabkan habitatnya menjadi kecil dan dengan itu kitaran hidupnya pun semakin sukar untuk survive kerana makanan seperti serangga juga kekurangan akibat hutan yang dibersihkan untuk pembangunan.
Kepada pemburu ayam hutan, mereka mengemari daging ayam hutan walaupun sedikit liat berbanding dengan daging ayam ternak dan mereka juga menjadi penyebab kepada semakin pupusnya ayam hutan.
Saiznya agak kecil berbanding dengan ayam daging kerana keaktifannya mencari pemangsa dan seterusnya keupayaan untuk bersaing dengan haiwan lain di dalam sesuatu hutan belantara.
Jika ayam ternak tidak boleh terbang, ayam hutan boleh terbang tinggi dan boleh bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain dengan jarak melebihi 20 meter.
Mata, telinga berwarna putih dan segala deria yang ada sangat sensitif dengan persekitaran kerana ayam berkenaan selalu menggunakan segala pancainderanya di dalam hutan belantara dan ini memungkinkan haiwan ini boleh survive,
Dengan demikian sukar untuk manusia menangkapnya melainkan dipasang perangkap atau menembaknya dari jarak jauh.
Berbanding dengan ayam ternak yang akan mati jika ditinggalkan di mana-mana tanpa makanan, ayam hutan boleh hidup dengan lebih lama kerana ayam berkenaan tahu bagaimana untuk mencari rezekinya sendiri dengan mengais pagi hingga ke petang, tanpa jemu.
Jarang sekali ayam hutan terkena penyakit obesiti kerana dia makan setakat yang perlu sahaja berbanding dengan ayam ternak yang kerja hanya makan dan makan kerana semakin gemuk ayam itu semakin tinggi nilainya di pasaran.
Antibodinya kuat kerana pemakanannya daripada serangga segar dalam hutan menjadikan daging dan tulang temulangnya sangat kuat.
Ayam hutan jika boleh dimiripkan lebih kurang seorang yatim piatu dari kecil yang tiada penjaganya atau seperti seorang dalam filem tarzan yang hidup bersama-sama dengan spesies haiwan lain.
Ayam Kampung
Yang berada di tengah-tengah antara ayam ternak dan ayam hutan ialah ayam kampung, iaitu ayam yang biasanya diternak di rumah kawasan kampung dengan membiarkan ianya bebas, tetapi ada ketikanya dikurung di dalam reban.
Ciri dan cara hidupnya tidak jauh berbeza dengan ayam hutan yang masih lagi boleh survuive jika dibiarkan tanpa makanan kerana ayam berkenaan pandai mencari rezekinya sendiri seperti mengais cacing dan ulat yang banyak terdapat dalam tanah di kampung,
Berbanding dengan ayam ternak komersil yang sudah hilang sifat asasi seekor ayam seperti kepandaian berkokok bagi ayam jantan, ayam kampung seperti juga ayam hutan masih mengekalkan ciri asasinya.
Cuma, saiznya agak besar berbanding dengan ayam hutan menyebabkan tahap keupayaan untuk terbang tidak sekuat ayam hutan.
Tahap berdikari mencari rezeki dan keupayaan melawan penyakit bagi ayam kampung lebih sedikit berbanding dengan ayam ternak tetapi kurang sedikit berbanding ayam hutan.
Ayam betina kampung boleh bertelur sehingga 15 biji berbanding dengan ayam hutan yang biasanya sekitar lima dan enam biji sahaja, sedangkan ayam telur ternak boleh mengeluarkan telur hampir setiap hari!
Begitupun, generasi akan datang mungkin sukar lagi mengenali ayam hutan mahupun ayam kampung kerana bilangannya semakin hari semakin sedikit, berbanding dengan ayam ternak. Ayam ternak hidup juga tidak dikenali kepada generasi anak-anak kerana mereka hanya mengenali ayam yang sudah siap sedia untuk dimakan, atau yang sudah siap disembelih atau dimatikan.
Pilihlah model yang mana hendak kita membawa diri dan mendidik anak-anak-anak sama ada cara ayam hutan, ayam kampung atau ayam ternak.

One thought on “Cara Hidup Model Ayam: Ayam Ternak vs Ayam Hutan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.