Nama ‘Allah’ pun Dipolitikkan

bukit


WALAUPUAN Mahatma Ghandi pernah menyuarakan satu ayat menarik bahawa ‘Tuhan Tidak Beragama’, namun seperti kebiasaan ramai yang suka mengheret Tuhan berada bersama pihaknya, manakala Tuhan di pihak lain dianggap jahat, rasuah dan tidak berada di jalan benar.
Bukan sahaja berlainan agama dan berlainan Tuhan diperkotakkan sesuka hati, dalam satu agama pun versinya agak berbeza walaupun mengaku dalam satu akidah, dengan agama satu, rasul pun diutus oleh satu tetapi kerana kepentingan tertentu versi tuhan yang mampu menjanjikan syurga itu dibawa seolah-olah berada bersamanya.
Ditambah dengan adanya kepentingan politik dan pembicara agama turut mempunyai kepentingan dalam parti politik berkenaan, maka sekali lagi dibawanya Tuhan berada bersama-sama partinya, manakala tuhan murka kepada parti lawan.
‘Undi parti X, dijamin syurga’ dijadikan satu strategi untuk memikat pengundi agar mengundi partinya, berbanding parti lawan yang juga beragama sama dengan puak mereka. Atau, digunakan ayat yang semirip dengan itu seperti berkata, parti kita memperjuangkan akidah Islam dan maka mati kita akan syahid.
Justeru, cendekiawan Islam Indonesia Chak Nur atau Nurcholis Madjid menyelar sikap demikian lalu mengeluarkan kata-kata: ‘Islam Yes, Partai Islam No’.
Penulis kontemporari Indonesia yang menghasilkan buku ‘Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular’ ketika temu bual dengan Mingguan Malaysia hari ini (20 Januari 2013), Jahya Iskandar, seorang paderi berkata, penggiat politik tidak seharusnya mengheret agama dalam usaha menarik perhatian pengundi.
“Mengheret agama dalam kancah politik hanya akan menimbulkan ketegangan dan menjadikan keadaan semakin rumit sedangkan agama ialah kepercayaan setiap penganut. Kalau agama dijadikan modal politik, ia sangat bahaya dan hanya akan merugikan masyarakat dalam sesebuah negara.”
Riwayat hidup Tuhan memang begitu dengan pelbagai nama diberikan sejak tamadun awal di Babylon, Iraq dan Mesopatamia sejak 14,000 tahun lalu. Nama tuhan pun berbeza-bezaseperti diungkapkan dengan panjang lebar oleh Karen Armstrong dalam kitabnya A History of God (1993, Ballantine Books, New York).
Namanya bukan Allah pada awalnya. Nama Allah lebih mendekati kepada penggunaan kepada agama monotisme awal bermula oleh Nabi Ibrahim dengan agama yang berkiblatkan hanya satu Tuhan.
Sejarah awal Tuhan disebut Inana di Sumeria kuno, Isytar di Babylon, Annat di Kanaan, Isis di Mesir dan Aphrodite di Yunani.
Menurut Armstrong, Tuhan kepada kaum Israel dalam abad kelapan sebelum Masihi disebut Yahweh dan ini tercatat dalam bahasa Ibrani, malah perkataan Ibrahim itu sendiri berasal dari perkataan Abram (gelaran kepada bapa sejumlah bangsa besar) yang berhijrah dari dari Kanaan.
Begitupun apakah sama Tuhan sembahan Ibrahim dengan sembahan Musa? Menurut Armstong, nama Yahweh pun tidak dikenali kepada pengiukut nabi Musa kerana ketika Tuhan menampakkan dirinya di Gunung Sina, nama Tuhan waktu itu diperkenalkan sebagai ‘El Shaddai’
Walau pelbagai nama yang ada pada Tuhan, Allah dalam agama orang Islam merupakan nama dirinya dan nama zat yang tidak mungkin boleh diterjemahkan. Begitupun, nama bukanlah hakikat kerana walau bagaimana nama yang diberikan, secara sufiahnya ia dirasai dan diagungkan dalam hati.
Namanya boleh berbeza tetapi hakikatnya hanya dikenali oleh mereka yang merasai pengalaman berada dalam kelarutan dengan Tuhan. Yang berlaku kekecohan di negara ini, kerana apabila kepentingan politik dicampuradukkan dengan kepentingan agama, menyebabkan masing-masing kepentingan itu akan diperjuangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.