Ramalan dan Analisis PRU 13 – Faktor Cina (Bahagian II)

2jalan1
PILIHAN RAYA UMUM KE-12 (PRU Ke-12) pada Mac 2008  dengan PRU Ke-3 pada Mei 1969 menyaksikan Perdana Menteri ketika itu terpaksa melepaskan jawatan ekoran desakan dalaman  kerana kekalahan parti pemerintah yang agak luar biasa di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tunku Abdul Rahman digantikan dengan Tun Razak manakala Abdullah Ahmad Badawi digantikan oleh anak Tun Razak, Najib.
PRU 2008 dianggap sesetengah orang sebagai tsunami politik menyaksikan penguasaan Barisan Pakatan (BP) terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan manakala penguasaan di peringkat Dewan Rakyat pula menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN).
BN bertanding di kesemua daripada 222 kerusi dan hanya mendapat 139 kerusi. BP termasuk Bebas pula menghantar wakil seramai 256 kerusi, dan memenangi sebanyak 83 kerusi.

Image

JADUAL 1: Keputusan PRU ke-12
Jadual 1 menunjukkan UMNO bertanding melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dan memenangi 78 kerusi atau 67 peratus, manakala MCA memperoleh 15 kerusi (38 peratus), Gerakan 12 kerusi (17 peratus) dan MIC 3 kerusi (33 peratus).
PBB terus menyumbang dengan cemerlang kepada BN dengan memenangi 14 kerusi daripada 14 kerusi yang dipertandingkan oleh mereka.
Walaupun PAS bertanding banyak kerusi berbanding dengan parti lain dalam BP, tetapi secara umumnya mereka bertanding melawan UMNO dan akhirnya mengalami luka yang berdarah.  Kedua-dua parti ini sudah boleh dianggap menjadi musuh tradisi sejak pilihan raya pertama pada 1955, tetapi bercantum atas kebijaksanaan Tun Razak pada pilihan raya 1974.
Dalam formula kerusi BP seperti dalam Jadual 2, PKR dapat memenangi 32 peratus daripada 97 kerusi yang dipertandingkan, berbanding PAS 34 peratus dan  DAP 60 peratus.  Ini menunjukkan walaupun DAP bertanding sedikit tetapi nisbah jumlah kerusi yang dimenangi melebihi PKR dan PAS.

Image

JADUAL 2: Keputusan PRU Ke-12
Jika dilihat keputusan  di beberapa negeri dalam PRU Ke-3 pada 1969, kelihatan nisbah kemenangan di kawasan Parlimen dan DUN agak berkorelasi, seperti diperlihatkan dalam Jadual 3 seperti di bawah.

Image

JADUAL 3: Keputusan PRU Ke-3
Dalam Jadual 3, Pulau Pinang, Selangor dan Perak iaitu kawasan bilangan orang Cina yang ramai menyaksikan kemenangan kepada DAP dan Gerakan yang waktu itu berada bersama dengan pembangkang (BP), sebelum bersetuju bersama dengan Tun Razak era selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, tiga hari selepas pilihan raya.
Di peringkat Parlimen sahaja, DAP memenangi 13 kerusi, PAS 12 kerusi, PPP 4 kerusi dan Gerakan 8 kerusi berbanding dengan MCA yang juga mendapat 13 kerusi sahaja, UMNO 52 kerusi dan MIC 2 kerusi.
Sentimen perkauman kecinaan dimainkan begitu rancak sekali sebelum tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sehinggakan selepas itu kerajaan menutup pintu untuk mempermain dan mempersendakan kontrak sosial yang terbina ketika merdeka.  Setiap kaum di negara ini berada dalam keadaan tidak puas hati antara satu sama lain, maka jika petrol dan api dinyalakan, akan cepatlah membakar rasaan tidak puas hati berkenaan.
Orang Melayu tidak berpuas hati dengan menamakan Malaysia daripada nama asal Semenanjung Tanah Melayu dan kedudukan ekonomi hanya dikuasai oleh kaum lain dan begitu juga kaum Cina tidak berpuas hati dengan kaum Melayu yang membuat dasar pemerintahan dikatakan tidak berpihak kepada kepentingan kapitalis Cina.
Wartawan Kanan Zainuddin Maidin dalam blognya zamkata di bawah tajuk ‘Negara Harmoni Bila Cina Serang Cina’ yang tersiar juga dalam Utusan Malaysia pada  31 Januari 2013 telah memetik Tun Dr Ismail ketika menjadi Menteri Dalam Negeri pada era pasca 13 Mei dalam bukunya The Reluctant Politician halaman 237 begini:
“Thus in the 1969 election the sensitive issues of National Language and Special Right handicapped the Alliance generally and caused the bloodshed of May 13th.  We therefore enshrined the issues in the Constitution as subjects that cannot be raised.”
Sekatan itu bagaimanapun menurut Zam, terhakis sebelum dan selepas pilihan raya 2008 dan juga kebangkitan dunia siber, maka semua halangan Perlembagaan telah dirempuh dan terlepas dari pemantauan atau tindakan, kerana kecekapan, kemahuan politik dan birokratik juga telah lemah dan runtuh.
Lihat catatan Zam: “Gerakan yang tidak pernah sebati dengan darah BN, telah turut bersaing dengan DAP, malah mahu untuk menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa mereka lebih radikal daripada DAP dalam kempen pilihan raya 2008.”
Tan Yao Sua dalam bukunya Politik Dong Jiao Zong – Dalam pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982) pada halaman 171, mencatatkan pada tahun Disember 1967, tidak sampai dua tahun sebelum peristiwa berdarah perwakilan Dong Jiao Zhong yang bersidang telah meminta kerajaan menubuhkan Universiti Merdeka – sebuah universiti yang menjadi kemuncak kepada permintaan kaum Cina yang mahukan sebuah universiti yang menggunakan bahasa pengantar Mandarin.
Oleh sebab kerajaan tidak begitu kelihatan bersungguh untuk menubuhkan Universiti Merdeka, pendidik Cina dalam persatuan berkenaan memobilisasi sokongan kaum Cina termasuk dengan menubuh tabung dan merayu semua pertubuhan Cina untuk menghulurkan bantuan kewangan.
Dalam masa sama, menurut Yao Sua, pertembungan sentimen juga berlaku dalam tempoh berkenaan kerana pada tahun 1967 baru sahaja terwujudnya Akta Bahasa Kebangsaan 1967dan banyak orang Cina sedang menyimpan marah terhadap kerajaan kerana mewujudnya Laporan Rahman Talib yang didakwa menjadi punca penghapusan sekolah menengah Cina
MCA pula dikatakan menjadi pengikut buta kepada UMNO menyebabkan sokongan kepada Gerakan dan DAP bertambah hebat kerana banyak pemimpin Dong Jia Zhong berada dalam DAP, Gerakan dan juga ada dalam MCA.
Perkara sama juga berlaku dalam pilihan raya pada 2008 menyebabkan sokongan kepada DAP memuncak dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan pada 1969 dan 2008 dan sehingga ke hari ini arah aliran pengundi Cina tidak kelihatan kembali berkiblat kepada BN.
Seorang tokoh korporat ketika ditanya corak pengundi kaum Cina dalam pilihan raya selepas 2008 sehingga ke hari ini berkata, ramai rakan-rakannya kaum Cina dan sedang disebarkan supaya: ‘vote only to one party’ (undi hanya kepada satu parti iaitu DAP).
Mengapa Tun Daim Zainuddin, tokoh politik dan korporat boleh menjangkakan dengan tepat kejatuhan Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah sebelum pengundian dalam pilihan raya ke-2008, sedangkan Pak Lah ketika itu untuk masih lagi berkhayal kemenangan luar biasa pada 2004?
Tun Daim merupakan seorang yang boleh merasai denyut nadi orang Cina di Malaysia kerana beliau juga banyak berkawan dengan kaum itu dalam mengurus perniagaannya dan kaum Cina memainkan peranan penting memenangkan parti – jika rata-rata orang Cina mengundi DAP, maka kemenangan kepada BP, manakala jika orang Cina mengundi Gerakan atau MCA, maka kemenangan kepada BN secara keseluruhan.
Justeru, jika pakatan ingin menguasai Putrajaya momentum sokongan orang Cina ini mesti diteruskan dan semangat kecinaan mesti terus dibakar.  MCA dan Gerakan pula perlu diwarnakan seburuk mungkin.
Barangkali inilah juga sebab pilihan raya kali ini tidak dibuat awal kerana BN seperti belum yakin sepenuhnya untuk mendapat kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ini, atau kerajaan Najib sengaja membiarkan Barisan Pakatan semakin keletihan sebelum bermulanya pilihan raya sebenar.
Nota: Bahagian pertama menghuraikan faktor Mahathir dalam mencorakkan pengundian dan menjadi antara penyebab kekalahan BN dan bahagian kedua pula menjelaskan faktor orang Cina.  Bahagian ketiga akan menghuraikan faktor Pak Lah, mengapa pilihan raya ke-11 pada Mac 2004 memperolehi kemenangan luar biasa manakala tersungkur pada pilihan raya pada 2008.

6 thoughts on “Ramalan dan Analisis PRU 13 – Faktor Cina (Bahagian II)

  1. Sumber Utusan: SJKC DAPAT RM400,000

    KUALA SELANGOR 4 Feb. – Sebanyak lapan buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini masing-masing menerima bantuan RM50,000 daripada Kementerian Kewangan bagi menampung kos pembaikan bangunan sekolah-sekolah tersebut.

    Sekolah tersebut ialah SJKC Liat Choon, SJKC Liat Choon Cawangan dan SJKC Pui Teh, Jeram; SJKC Yuk Chih, Batang Berjuntai dan SJKC Chung Wah, Sasaran.

    Turut menerima bantuan tersebut ialah SJKC Ijok, SJKC Pui Chi, Assam Jawa dan SJKC Aik Thee, Kuala Selangor.

    Penyampaian bantuan itu disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd. Shafei Abdullah kepada wakil-wakil daripada Lembaga Pengurusan Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

    Mohd. Shafei yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu disalurkan selepas Najib menerima permohonan daripada MCA dan Barisan Nasional (BN) Kuala Selangor berhubung kerosakan di sekolah tersebut.

    “Bantuan ini menjadi bukti Perdana Menteri mementingkan pendidikan kerana beliau percaya untuk menuju ke arah negara maju, rakyatnya harus berpendidikan,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian bantuan tersebut di sini hari ini.

    Majlis penyerahan bantuan yang diadakan di SJKC Chun Hwa, Sasaran itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro dan Ketua MCA Cawangan Sasaran, Tan Chong Sen.

    Dalam majlis sama, Mohd. Shafei turut menyampaikan bantuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada kira-kira 50 fakir miskin masyarakat Tionghua di sekitar kawasan sasaran.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130205/pe_01/Lapan-SJKC-di-Kuala-Selangor-terima-bantuan-RM400000#ixzz2KjgHdEFB
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Like

  2. Sumber: Agenda Daily

    Menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi,Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyembunyikan azamnya untuk menawan balik hati pengundi kaum Cina yang didakwa lebih condong kepada pembangkang kerana hasutan dan mainan pelbagai sentimen.

    Bagi Perdana Menteri sokongan semua kaum sangat penting dalam usaha untuk membina sebuah negara yang utuh dan berjaya.

    Dan…pada sambutan Tahun Baru Cina tahun ini,buat pertama kali orang nombor satu dalam pentabiran negara muncul sendiri sebagai pelakon dalam sebuah iklan klip video sempena perayaan itu.

    Kisah disebalik kemunculan Najib dalam klip video itu timbul semasa beliau menghadiri majlis Tahun Baru Cina bersama petugas media Pulau Pinang di sebuah hotel di Georgetown Ahad malam.

    Asalnya Perdana Menteri tidak dijadualkan berucap di majlis itu.

    Sebelum itu klip video berdurasi kurang satu minit itu Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina ditayang semasa majlis berkenaan.

    Beliau yang kemudiannya naik ke pentas untuk berucap ringkas, antara lain menyentuh tentang penglibatannya dalam penghasilan klip video itu.

    Katanya beliau mahu membuat kelainan pada sambutan perayaan itu tahun ini.

    Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini.

    Oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.

    “Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.

    “Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India… kita juga harus menghormati budaya Cina,” katanya.

    Perdana Menteri juga secara berjenaka memberitahu ada berlatih sikit cara untuk palu gendang berkenaan.

    Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.

    “Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalu lintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati,” katanya.

    Pada majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang.

    Najib yang diiringi Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memulakan majlis dengan menggaul yee sang bersama wakil media.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan barisan pemimpin BN.

    Selepas majlis itu Najib telah membuat tinjuan mesra sekitar Persiaran Gurney yang terletak depan hotel berkenaan.

    Beliau meramah mesra khususnya dengan orangramai di kawasan gerai makan yang terletak di hujung persiaran itu.

    Kawasan berkenaan popular dikalangan rakyat tempatan dan pelancong.

    Perdana menteri yang dalam rangka lawatan dua hari ke Pulau Pinang, turut menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling, sebelum beredar ke kedai Nasi Kandar Beratur bagi menikmati nasi kandar popular di Pulau Pinang yang terletak bersebelah masjid berkenaan.

    Pada Isnin, beliau dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, disusuli dengan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 orang.

    Pelbagai acara diatur sepanjang majlis itu berlangsung termasuk persembahan penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan penyanyi popular Korea Psy.

    Like

  3. Satu lagi rencana Zam menarik dan menyokong hujah faktor Cina. Selepas Peristiwa 13 Mei, Zam menemui/interview Tun Dr Ismail yang mengakui bahawa terdapat kesilapan oleh pemimpin UMNO sebelumnya terhadap beberapa perkara termasuk tidak keras membela nasib Melayu dan juga pendidikan orang Melayu dengan lebih baik.

    Tun Ismail, berbeza dengan pandangan Dr Bakri Musa menegaskan bahawa – orang lain (bukan Melayu) tak usah masuk campur dalam hal bantuan kerajaan kepada orang melayu. Biar orang Melayu sendiri tentukan samada mereka masih perlukan bantuan mahupun sudah cukup dan tak perlu dibantu lagi oleh kerajaan.

    Ini persamaannya dengan apa yang berlaku hari ini di mana banyak pihak bukan Melayu asyik mempersoalkan bantuan kerajaan kepada orang Melayu. Kerajaan pula dilihat mengulangi amaran Tun Ismail dengan memberikan bantuan tanpa had kepada sekolah dan persatuan Cina yang tidak semestinya terjamin sokongannya.

    Apakah sejarah akan berulang sebab kita tak belajar darinya?

    Like

  4. SIN CHEW JIT POH, 4 FEb 2013

    Springtime for Chinese education — Lim Sue Goan

    When I was studying in a Chinese independent high school, my relatives told me that it was useless to study in Taiwan as
    the government did not recognise Taiwanese university degrees.
    Today, the situation has totally changed. The Malaysian Qualifications Agency (MQA) has formally recognised degrees of 157 Taiwan’s
    higher education institutions.

    Together with the degrees of 820 China’s institutions being recognised earlier, the liberalisation of education is indeed a positive development for students, Chinese education and the government.

    Chinese independent school students now have a wider way out. With the rise of China’s economy, no one will still say that there is no future to studying in Chinese independent schools.

    If parents can financially afford it and children’s academic performances are not bad, they should be sent to Chinese independent schools, not only because of the value of Unified Examination Certificate (UEC), but also because the Mathematics and Science standards of Chinese independent schools are higher than those of Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). With the influence of Chinese culture in Chinese independent schools, students can also learn how to become a good person.
    According to the Trends in International Mathematics and Science Study ( TIMSS) 2011, Malaysia encountered the greatest decline in Science and Mathematics among the participated 59 countries and regions.

    If your children wish to study in Science stream in the future, Chinese independent schools should be a better choice. Since Science and Mathematics are taught in Bahasa Malaysia in the SMK, the standards are expected to further decline.

    Disciplinary problems in the SMK have also become increasingly serious, including the invasion of secret societies.

    Chinese independent schools pay more attention to discipline and thus, students would not turn bad easily even if they are unable to score good
    results.

    The success of Chinese independent school’s education brings a positive impact to national education, just like the national primary schools need to learn from Chinese primary schools with higher Mathematics standard.

    Under such an excellent situation, Chinese independent schools should get more support, such as the introduction of Shanghai Zhabei Eighth Middle School’s “successful education” by Dong Zong to enhance the quality of teaching in Chinese independent schools.

    However, Chinese independent schools should maintain their existing educational philosophy of diversity, openness and focus on trilingual education, instead of shifting towards “Chinese nationalism”, so that students can further their studies in English-speaking countries.

    As pros and cons always come together, the recognition given to higher educational institutions in Taiwan and China, and the approval for building a Xiamen University campus in Malaysia have intensified the competition and it will certainly affect colleges founded by local Chinese community, namely the Southern University College, New Era College and Han Chiang College.

    Under such a new situation, these colleges should clarify their own positions. Academically, they might not be able to compete with institutions in Taiwan and China. Thus, they should strengthen their localisation to fight for survival and development.

    They can be a convergence point between Chinese independent schools and overseas institutions, such as organising twinning courses and courses for Chinese independent school teachers.

    As for the government, the country should closely follow the development momentum of China to further open up the education policy.

    More efforts should be made in conjunction with the visit of Chinese People’s Political Consultative Conference chairman Jia Qinglin to the country for the launching the Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) in Pahang early next month. The move will only bring benefits but no harm to the country.

    Firstly, the continuous liberalisation can retain talents studying in Taiwan and China and help the country’s transformation. The contacts and networks of these students can help in fighting for China’s financial and technical help.

    Secondly, the single-stream mindset of state administration system should be changed by absorbing more talents with Chinese education background, who can provide a new perspective and inject new working culture, making diversity a competitive advantage for the country.

    The historical opportunity can be grabbed only by moving forward and opening up. It now depends on the government to take actions.
    — mysinchew.com

    Like

  5. Najib says eager to extend more aid to Chinese

    BERNAMA: February 07, 2013

    KUALA LUMPUR, Feb 7 — Datuk Seri Najib Razak said he was looking forward to seeing how much more the government could help support the Chinese community as there was much more work to do this year.

    The prime minister said the Barisan National government recognised the importance of having open channels with the Chinese community to better understand their needs.

    “Through my Ah Jib Gor alone, we sifted through many suggestions which have formed part of the basis of Budget 2013.

    “One area of real importance is education where we have allocated RM100 million to national-type Chinese schools — money which will help refurbish school buildings and buy new school equipment,” he said in the message posted on his 1Malaysia.com.my blog.

    Through the National Education Blueprint, he said the government was also aiming to increase the number of Chinese language teachers in order to meet student demand.

    “And the top students of Chinese secondary schools have been given scholarship to ensure the most diligent minds can continue to serve our society once they have graduated,” he said.

    Thus, Najib said it was his hope that the Chinese community would continue to support the government towards this goal.

    As Chinese New Year was just around the corner and Malaysia has begun easing into the festive mood, Najib said he was also looking forward to having some Yee Sang, a truly marvellous dish.

    “Yee Sang is one such traditional dish which is symbolic of good luck, prosperity and health. To me, this also serves as a reminder of how important the Chinese community is to Malaysia.

    “My father, the late Tun Abdul Razak, was very clear on his stance towards the Chinese community, who have helped in the development of our country in many ways since we achieved independence — and I share his vision,” he said.

    Najib said he could not imagine a Malaysia lacking the Chinese culture that was so tightly interwoven into the society.

    “I think it’s fair to say this enthusiasm has passed on to another generation now that my son Ashman speaks fluent Mandarin!” he said.

    In the spirit of 1 Malaysia, Najib wished all Chinese Malaysians Gong Xi Fa Cai and a Happy Chinese New Year. — Bernama

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.