Pembaca Rindu Tulisan Astora Jabat

astora5
DALAM ramai-ramai kenalan, saya teringatkan seorang dari mereka atas sifatnya yang sungguh unik. Saya maksudkan dengan Astora Jabat. Nama sebenarnya Asae Toramae atau dalam bahasa Melayunya Hasan Abd Rahman, berasal dari daerah Jabat, Narathiwat. Beliau berkhidmat lama dengan Utusan, bermula sebagai seorang stringer Utusan di Kaherah, Mesir seterusnya diberi peranan sebagai pengarang khasnya isu agama.
Ramai pembaca yang menunggu-nunggu tulisan Astora melalui kolumnya, Bicara Agama setiap Ahad dalam Mingguan Malaysia. Malah, mau tidak mau diperakukan oleh siapa pun, Astora dengan ruangan Bicara Agamanya itu membantu melonjakkan rating pembaca Utusan. Saya masih ingat bagaimana Utusan/Mingguan pada tahun-tahun sebelumnya menggunakan pelbagai pendekatan meraih pembaca pada Ahad, termasuklah tulisan-tulisan berbaur seksi oleh Wahid Kasran atau pun ruangan ‘Dari Mahkamah Syariah’. Itu era sebelum kemunculan ruangan Astora.
Populariti Astora berkait rapat dengan keberanian Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada waktu itu berhujah menentang PAS dalam isu agama. Astora sosok penting dan menjadi salah satu tulang belakang yang menyokong pendirian Tun M. Pada waktu itu, bukan sahaja ahli PAS, tetapi juga UMNO yang skeptical terhadap pendirian isu-isu Islam oleh Tun M. Astora menjadi pemecah kepada situasi berkenaan dengan serangan-serangan hujah yang dilihat sangat baru dengan corak berfikir agama orang Melayu.
Selaku seorang yang mempunyai latar belakang pengajian agama yang mendalam sehingga ke peringkat Sarjana, serta bahasa Arab yang fasih Astora dilihat paling ke depan sebelum namanya lama-kelamaan hampir tenggelam dan diganti oleh nama ulama dari angkatan yang lebih baru, misalnya Ustaz Prof Madya Dr.Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis.
Kehebatan beliau juga dilihat berkait dengan sifat terus terang dan kesanggupan beliau untuk hadir berceramah di tempat lawan. Dalam program-program PAS sekalipun, beliau akan hadir dan akan berhujah sekalipun disindir oleh penceramah dan peserta yang hadir. Sekalipun demikian, fotonya sering dilihat setiap tahun dalam muktamar PAS.
Secara peribadi, saya selalu minum dengan beliau dahulu sambil berbincang isu-isu agama kerana rumah sewanya berdekatan dengan rumah mertua saya. Saya sering dijemput bertandang ke rumah sewanya sambil dihidang makanan Tunisia masakan isterinya. Apabila beliau mula menghadapi sedikit masalah dengan pengurusan Utusan, iaitu sewaktu beliau dilantik sebagai pengarang majalah al-Islam, saya mula jarang bertemu dengannya.
Namun, sebelum beliau berhenti dari Utusan, beliau sempat menuliskan kata pengantar untuk buku saya yang sayangnya tidak dapat diterbitkan disebabkan kekurangan modal. Drafnya masih saya simpan dengan kemas sebagai menghargai persahabatan saya dengannya.
Perkembangan terkini, saya difahamkan beliau masih menulis namun jangkauan tulisannya di Malaysia agak terhad. Dengan berpusat di Selatan Thailand, beliau masih mengekalkan pendirian Islam ‘pembaharuan’ sebagaimana dulu, yang sekali sekala saya tatap di face book ataupun di blognya. Beliau juga diberitakan pernah dicalonkan oleh sebuah parti di sana dan bertanding, namun tewas.
Tulisan ini ditulis hampir spontan, namun dalam ingatan saya tidak ada ingatan yang negatif sepanjang mengenali beliau. Alangkah baiknya jika beliau (seandainya membaca tulisan ini) kembali berhubung dengan rakan-rakan Malaysia. Lagi baik jika beliau bersetuju untuk menulis di halaman Suaris yang sedang saya menulis ini.
Salam dan ingatan manis buat Astora.

One thought on “Pembaca Rindu Tulisan Astora Jabat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.