Hapuskan Rasuah Demi Kejayaan Agenda Melayu – Bakri Musa

bakrimusa13

MELAKSANAKAN Agenda Melayu senang sahaja. Hapuskan rasuah dan jangan bertolak ansur dengan mereka yang menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan amanah, majulah bangsa Melayu…

Suaris  Sekali lagi kita sentuh PRU 13, adakah Dr melihat pembangkang (Pakatan Rakyat) mampu melakukan perubahan pada kali ini? Sekiranya mereka berjaya, apakah mereka mampu melaksanakan agenda untuk Melayu lebih baik dari apa yang dilakukan kerajaan semasa.
Dr Bakri  Untuk permulaan, kerajaan semasa tidak melaksanakan “Agenda Melayu.” Jauh sekali! Mereka hanya pandai dan hebat menghebohkan sahaja. Kita jangan keliru, atau lebih tepat lagi jangan menjadikan diri kita senang dikelirukan, antara “Agenda Melayu” dengan “Agenda UMNO.”  Ternyata dari tsunami PRU- 12, tahun 2008 terutamanya di Terengganu dan Kedah, serta perarakan KL112 yang baru lalu, anggapan “UMNO Melayu, dan Melayu UMNO” sudah jauh dari keadaan yang sebenar.
Pilihan raya yang akan datang ialah peluang terakhir untuk rakyat memutuskan rasuah dan salah guna kuasa yang tidak terbendung lagi di negara kita. Tanpa berbuat demikian, kita tidak ada harapan langsung untuk mara ke hadapan. Malaysia sekarang adalah seperti Nigeria dan Zimbabwe pada tahun lapan puluhan. Pada masa itu mereka sempat lagi memulihkan negara mereka. Tetapi sekarang, mereka tidak ada harapan langsung. Kalau kita tidak putuskan rasuah dan salah guna kuasa pada PRU-13 ini, maknanya peluang negara kita memulih akan juga langsung hilang. Kita akan terus bersama Nigeria dan Zimbabwe. Tempohnya sahaja yang belum tertentu.
Hanya satu jalan sahaja untuk memutuskan rasuah dan salah guna kuasa, iaitu dengan memecat kerajaan UMNO. Kalau UMNO menang, pemimpin mereka akan menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah atau dorongan untuk melakukan dengan lebih lagi apa yang mereka buat sekarang, iaitu rasuah dan salah guna kuasa yang tidak terhingga.  Jika UMNO dipecat, pihak mana pun yang mengambil alih kuasa selepas PRU13 akan sedar bahawa rasuah dan salah guna kuasa ada akibatnya.
Mereka akan tentu sedar diri dan lebih khuatir lagi untuk berbuat demikian. Sama ada Pakatan (Rakyat) lebih berkebolehan daripada Barisan (Nasional) untuk memerintah, itu perkara kedua, jauh kedua daripada perkara pertama:  memutuskan rasuah dan salah guna kuasa.
Ini yang patut diutamakan. Tidak guna berheboh dengan “transformasi,” “Visi 2020” dan istilah indah lain jika negara dipekongi rasuah and penyelewangan kuasa dan amanah.
Melaksanakan Agenda Melayu senang sahaja. Hapuskan rasuah dan jangan bertolak ansur dengan mereka yang menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan amanah, majulah bangsa Melayu. Kalau RM250 juta yang dipinjamkan kepada suami Shahrizat digunakan bukan untuk membeli kondo mewah tetapi membina rumah pekerja di ladang lembu, itu akan memajukan bangsa Melayu sebab pekerja itu semuanya Melayu.
Kalau FELDA tidak heboh memasarkan ladang kelapa sawit dan getah peneroka mereka, dan gunakan keuntungan FELDA untuk membaiki dan meninggikan taraf sekolah di ladang FELDA, itu akan memajukan Melayu dengan meninggikan nilai insan bangsa kita. Sekarang saya hiba hati bila melawat sekolah FELDA.
Saya tidak tahu sama ada pihak Pakatan lebih mampu daripada Barisan untuk melakukan perubahan. Tetapi apa yang saya sedar ialah selagi pemerintahan dibanjiri oleh pemimpin yang tamak, tidak beramanah, dan melakukan rasuah tidak terhad, negara dan bangsa tidak boleh mara.
Saya kagum dengan tunas baru dalam Pakatan, khasnya Keadilan (PKR). Saya lebih senang hati dan berasa lapang jika masa depan negara dipimpin oleh Rafizi Ramli, Nik Nazmi dan Nurul Izzah daripada Khairy Jamaluddin, Reezal Merican atau Azim Zabidi.
Kalau tidak oleh keberanian Rafizi, dakwaan salah guna pinjaman RM 250 juta kepada suami Shahrizat masih terpendam dan Shahrizat mungkin terus jadi menteri. Khairy Jamaluddin dikatakan salah guna “wang politik” oleh orang UMNO sendiri, tetapi tidak dihukum seperti Isa Samad (maklum lah mentuanya masa itu Perdana Menteri).  Azim Zabidi pula ialah bekas bendahari UMNO yang sekarang disaman pelabur British atas tuduhan menipu berjuta wang pelabur mereka.
Kalau UMNO menang sudah tentunya perangai seperti Azim Zabidi dan Reezal Merican akan meloncat ke atas. Yang Khairy ini pandai sedikit; dia sudah menolakkkan dirinya dari PRU-13.
PR-13 ialah peluang terakhir untuk rakyat memulihkan negara kita dari ancaman rasuah dan salah guna kuasa. Kalau kita gagal, tunggu saja lah, kita akan menjadi Nigeria atau Zimbabwe.

2 thoughts on “Hapuskan Rasuah Demi Kejayaan Agenda Melayu – Bakri Musa

  1. Sdr. Che Nik:

    Saya percaya atas kemampuan tiap tiap hamba Allah untuk bertukar kearah yang benar dan yang lurus. Saya percaya juga bahawa Anwar sekarang bukan saperti Anwar 15 tahun dahulu. Sila baca buku dan karangan saya berkenaan beliau 15 tahun dahulu; saya menghentam dia dengan lebih hebat lagi.

    Dia sudah mengalami pertukaran nasib yang agak menderam, di belasah oleh ketua polis, dan di jail enam tahun dalam keadaan terasingan dan dipulaukan, tetapi dia kelaur dengan marauh dan darjatnya melambong. Dia mesti sedar diri sekarang dan oleh sebab itu dia akan menjadi pemimpin yang akan lebih sedar diri.

    Pendek kata dia telah di duga dengan hebat-nya.

    sallam, Bakri Musa

    Like

  2. Macam mana ni Dr Bakri, nak bagi pada PR?

    1) Kerajaan negeri di bawah PR sudah ada sejak 2008. Takkan tak nak ukur sejauh mana kemampuan mereka sebelum bagi kerajaan pusat pula untuk mereka pegang? Malah ada kerajaan negeri yang mereka dah pegang selama 20 tahun. Itu tak cukup lagi kah untuk ukur kemampuan mereka?

    2) Pasal rasuah. Bab ini saya ingat Dr buka sebelah mata, sebelah mata lagi pejam. Kepala PR sekarang Anwar. Orang bernama Anwar ni suci dari rasuah ke Dr? Orang paling kanannya, Azmin. Apa Dr percayakah si Azmin ni bebas rasuah? Bukankah mereka yang akan duduk di tampuk pemerintahan jika PR menang PRU 13. Jadi Malaysia akan bebas rasuah kah nanti, atau mereka sudah takut nak buat rasuah macam Dr cakap. Cuma tengok macam mana pemilihan dalam PKR. Bukan kah berselirak dengan rasuah sampai ada orang-orang kuat pun keluar parti.

    3) Kagum dengan pemimpin muda macam Hafizi, Nik Nazmi, Nurul Izzah. Ada pernah Dr dengar idea-idea yang ori keluar dari mulut mereka?

    4) Petik kata Dr:

    “Jika UMNO dipecat, pihak mana pun yang mengambil alih kuasa selepas PRU13 akan sedar bahawa rasuah dan salah guna kuasa ada akibatnya.”

    – Minta maaf Dr, andaian itu sangat simplistik. Bila orang macam Anwar, orang yang setiap hari berniaga agama, Dinasti LKS yang akan menjerit sana-menjerit sini supaya DAP relevan untuk kaum keluarga dan pengikutnya; bila orang macam ini di tampuk kuasa mereka akan buat apa saja untuk mengekalkan kuasa termasuklah RASUAH. Tentulah orang yang mengembara jauh macam Dr sudah melihat perkara seperti ini sentiasa berlaku di wilayah-wilayah lain dalam dunia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.