Tembak Maki Hamun

mun1

 TETAPI Wardanis teman kita yang ada di sebelah waktu kita membaca novel atau menonton filem yang ada babak tersebut tetap tidak akan mengalami apa-apa; kalau dia senyum dia akan masih boleh senyum – isi perutnya tidak ada yang terkeluar, malah darah setitik pun tidak jatuh menitik…

SETIAP perkataan yang diterima pakai membawa maksud. Perkataan-perkataan di bawah turut membawa maksud tertentu bila diselit dalam sebatang ayat yang merujuk/menuju kepada individu atau pihak tertentu. Ia juga boleh berdiri sendiri untuk dituju pada sesiapa atau pihak.
  1. Bangang
  2. Bodoh
  3. Celaka
  4. Bongok
  5. Anjing
  6. Mampus
  7. Dan lain-lain yang akan difahami oleh pendengar sebagai maki, hina, sumpah-seranah dsb (setara).
Di dalam fiksyen, penggunaan perkataan seperti ini hanyalah mengambil tempat lakonan. Lakonan bukan real. Seperti mana seorang bernama Wardanis ditikam berkali-kali dengan sadis sampai terburai isi perut, tetapi Wardanis teman kita yang ada di sebelah waktu kita membaca novel atau menonton filem yang ada babak tersebut tetap tidak akan mengalami apa-apa; kalau dia senyum dia akan masih boleh senyum – isi perutnya tidak ada yang terkeluar, malah darah setitik pun tidak jatuh menitik.
Bila masuk dalam dunia real, situasi harian, hubungan sesama manusia, jika perkataan-perkataan tadi dituju pada seseorang hanya kerana berselisih pandangan tentang sesuatu topik atau katakan sampai ke tahap bertentangan idea tentang hidup, pihak yang dituju perkataan itu mungkin boleh bertanya soalan seperti – ‘apa hal dengan kau ni? Atau, kau nak apa ni? Kau kena rasuk?
Yang bertanya tadi berada dalam posisi memang layak bertanyakan soalan-soalan tersebut atas dasar ‘apa saja pandangannya tentang sesuatu topik atau isu, atau apa saja idea yang dia pegang untuk hidup – itu mewakili kebebasan dirinya. Orang atau pihak-pihak lain tidak ada asas untuk campur. Apa lagi nak melontar kata-kata kesat tersebut.
II
Walaupun tanpa memaki-hamun orang lain dan menghina-menyumpah pihak lain, ia tidaklah menyebabkan anda lumpuh fizikal – tiba-tiba tidak boleh berjalan atau tiba-tiba jadi lupa ingatan. Jadi di belakangnya itu untuk apa, ya? Untuk kepuasan? Untuk menyatakan sokongan paling tinggi pada pihak yang kita suka? Untuk dapat pahala? Suatu simbol kekuatan?
Kalau dikatakan ia ialah kebebasan melontar suara, perkara itu berada di luar dari fahaman kebebasan. Asas kepada kebebasan ialah kita bebas melakukan sesuatu dalam sempadan hidup kita dan pada masa sama kita juga mengiktiraf kebebasan pihak lain melakukan sesuatu yang diingininya dalam sempadan hidup mereka. Jika kita mengeluarkan kata-kata kesat seperti maki-hamun, sumpah-seranah terhadap pandangan hidup berbeza yang diambil pihak lain atau disebabkan pihak lain itu menyokong pihak yang menjadi lawan kepada pihak yang kita sokong atau mereka tidak sefahaman dengan kita dalam bab mengurus tadbir negara – itu bermaksud kita tidak mengiktiraf kebebasan mereka untuk menentukan sendiri hal-ehwal hidup mereka. Kita bukan lagi mengamal kebebasan, sebaliknya kita sedang menafikannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.