Untuk Ahli Akar Umbi

KALAU tulis surat pasal kepentingan parti, biasa orang tulis pada pemimpin, terutamanya presiden parti. Ana tak nak tulis pada presiden. Ana nak tulis pada ahli-ahli parti, lebih-lebih lagi ahli di akar umbi. Ana nak berkongsi dengan mereka senario sebenar hari ini.
(Tuan editor, tolong siarkan surat ini, ia sangat penting)
Ana percaya ramai yang sedar, semua mengakui parti Pas kita sebuah parti yang sudah lama. Oleh kerana ia sudah lama, sudah lebih setengah abad, tentulah berbagai-bagai cerita sama ada pahit atau manis telah parti kita lalui. Dari penyelidikan ana selama lebih 20 tahun, hari ini parti kesayangan kita betul-betul berada di persimpangan. Ana, anta dan semua boleh bertanya: kita sekarang nak ke mana? Kita nak bersama dengan orang yang terang-terangan menolak Islam (Dap dan Pkr) atau nak bersama-sama dengan orang yang sentiasa membuka pintu pada kita (Umno)?
Itulah persimpangan kita. Kalau kita bersama Dap… kita tahu Dap ialah parti dominasi Cina. Kalau Cina tak sokong Dap, tak ada calon Dap yang boleh jadi wakil rakyat. Dap pun bungkus. Cuma sekarang senario ada berbeza sedikit (itu pun sedikit saja) kerana parti kita sudi berpakat dengan mereka. Bayangkan kalau kita tak sudi?
Kalau kita bersama Pkr pula, kita juga tahu parti nama Pkr ini tidak ada idealisme macam parti kita. Hampir seluruh rakyat Malaysia tahu, Pkr ini berjuang untuk siapa, untuk angkat siapa? Kalau kata Pkr ada perjuangan untuk Islam, ini jauh sekali akan berlaku bila kita dengar kata-kata yang selalu keluar dari mulut pemimpin mereka.
Walaupun parti kita dalam pakatan yang sama, dan hampir mustahil dalam PRU 13 ini kita akan tinggalkan pakatan, namun kita boleh ambil satu ‘langkah strategik’ demi kelangsungan parti kita. Dan yang paling besar, demi Islam.
Ahli-ahli parti akar umbi (termasuk diri ana juga) yang ana hormati dan sayangi, hanya dengan langkah strategik ini kita akan dapat mengukuhkan lagi parti kita. Kita juga dapat menyumbang kepada Islam dalam erti kata yang lebih luas.
Mari sama-sama kita lihat parti Umno. Orang Umno ialah orang Islam sama macam kita. Ahli parti mereka lebih besar dari ahli parti kita. Bukan seperti Pkr, ahli parti mereka sikit. Yang jadi heboh-heboh itu ialah kerana ada sokongan anak-anak muda tengah nak naik, teruja nak berpolitik. Jadinya, tidak ada langsung jaminan jika kita semua memberi undi pada calon Pkr, maka Pkr akan bersama-sama kita mengangkat Islam.
Kenapa ana cakap begitu? Jawapannya mudah saja. Pertama, mereka tidak ada ahli akar umbi yang kuat. Kedua, mereka ialah kumpulan anak muda yang masih setahun jagung dalam politik. Mereka tidak ada pandangan jauh dalam politik, berbeza dengan parti kita dan Umno. Yang paling bahaya, mereka boleh berubah bila-bila masa kerana mereka tidak ada asas perjuangan. Mereka tidak ada idealism.
Jadi langkah strategik yang boleh kita buat macam ini. Bila calon Pkr dan calon Umno bertembung, kita bagi undi pada Umno. Jangan pangkah Pkr.
Bila kita pangkah Umno, kita dapat mewujudkan wakil rakyat Islam yang lebih memahami dan dekat dengan parti kita. Tapi ingat: jangan pula sesekali pangkah Umno bila wakil Umno bertembung dengan wakil kita. Walau macam mana pun parti kita mesti menang. Kita anggap Umno tidak lebih sebagai kenderaan nombor 2.
Yang paling penting di sini ialah demi mencapai cita-cita perjuangan Islam kita. Umno sentiasa membuka pintu pada kita. Kita juga tahu hati presiden Umno, Datuk Seri Najib itu orangnya lemah-lembut. Sentiasa boleh diajak berunding. Contohnya baru-baru ini dengan musuh tradisi mereka Dong Zhong, Najib masih sanggup berunding.
Ana yakin ahli-ahli parti kita sudah lama matang dalam politik. Ana juga percaya kita boleh buat pilihan yang bijaksana kali ini. Mari kita sama-sama laungkan takbir dengan semangat. Takbir! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hasni Ismail, Jitra.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.