KAJIAN TOKOH: DATO’ DR ZAINUDDIN IBRAHIM, BEKAS SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN

Oleh Mohd Shahlan Sidi Ahmad
mohdshahlan_sidiahmad@yahoo.com
Dato’ Dr Haji Zainuddin Hj Ibrahim berumur 62 tahun. Beliau dilahirkan tanggal 7 Disember 1953 di Kampung Tendong, Pasir Mas. Sejak kecil beliau tinggal bersama 10 beradik yang lain di Taman Guru, Kota Bharu. Beliau mendirikan rumahtanggan dengan Datin Hjh Maimunah bt Hj Ahmad yang sekarang bergelar seorang pasara guru dan suri rumah sepenuh masa. Beliau dikurniakan lima orang cahayamata dan buat masa ini mempunyai seramai 8 orang cucu. Empat putera mereka bernama Mohamad Faisal, Mohamad Farid, Mohamad Faiz, Mohamad Fakry manakala puteri bongsu beliau bernama Siti Fatihah.
Nama bapa beliau ialah Haji Ibrahim Bin Ismail dan sebagai seorang pelayan hospital (atendan). Manakala, Ibu beliau bernama Wan Meriam Binti Wan Ibrahim dan lebih terkenal sebagai seorang Bidan Kampung. Beliau mula bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kota, Kota Bharu, Kelantan. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Dato’ Mahmud Paduka Raja di Tanah Merah, Kelantan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Mara, Petaling Jaya dan Shah Alam pada peringkat Pra-siswazah.
Semasa kecil, hidup sebagai budak kampung, beliau membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Peluang akademik yang ditawarkan oleh kerajaan pada masa itu dimanfaatkan sebaiknya. Setelah tamat SPM, beliau berada di tingkatan enam untuk satu tempoh yang tidak lama. Kemudiannya, beliau mendapat tawaran dan melanjutkan pengajian ke Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya dalam program Pra Sisiwazah. Setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perancangan Bandar dan Desa, beliau menerima jawatan sebagai A.D.O.

Beliau kemudiannya meneruskan pengajian diperingkat Sarjana dalam bidang Sains Perancangan Bandar dan Desa di UiTM Shah Alam pada tahun 1983. Usai Graduasi pada tahun 1985, beliau bercadang untuk mengembangkan potensinya dalam bidang ini. Minatnya dalam bidang perancangan alam sekitar tidak terhalang walaupun sedang bekerja. Setelah mendapat peluang yang sesuai, beliau meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang perancangan alam sekitar pada tahun 2001 di UPM secara separuh masa selama tujuh tahun. Beliau merupakan kakitangan pertama dalam organisasinya yang memiliki P.H.D pada tahun 2008.
B. LATAR BELAKANG KERJAYA
Sejak kecil beliau bercita-cinta untuk bergelar sebagai seorang peguam. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita ketahui, hasrat beliau tidak kesampaian. Namun, beliau sama sekali menganggap beliau berjaya mengejar cita-citanya kerana cita-cita beliau yang paling besar adalah untuk berjaya dalam hidup. Minat beliau yang gemar berbakti kepada masyarakat menjurus beliau untuk menceburi sektor awam. Beliau membetulkan semula tetapan mindanya (mindset) yang walaupun cita-citanya untuk bergelar sebagai seorang peguam tidak tercapai, namun kejayaan yang diangankan menjadi kenyataan.
Faktor pendorong yang dilihat memotivasikan beliau untuk memilih bidang yang diceburi ialah peluang yang disediakan oleh kerajaan. Beliau melihat kerajaan Malaysia banyak menawarkan peluang kepada rakyatnya untuk melibatkan diri dan berjaya dalam pelbagai bidang. Apa yang tinggal ialah samada individu itu sendiri mahu merebut peluang yang terbuka luas atau tidak.
Faktor pendorong lain yang memacu beliau untuk melibatkan diri dalam sektor awam ialah beliau mempunyai sasaran dan matlamat untuk dicapai. Beliau menganggap peluang dalam sektor awam dapat membawa beliau kepada perkembangan kerjaya yang lebih baik. Pada masa yang sama beliau dapat berbakti kepada maysyarakat yang sememangnya menjadi minatnya sejak kecil.
Beliau melihat kedua ibu bapa dan isteri merupakan insan pendorong yang memberi sokongan kuat sepanjang kerjayanya. Tanpa mereka beliau yakin yang dirinya tidak mungkin sampai ketahap ini. Segala pengorbanan dan jasa insan-insan inilah yang membawa beliau ketahap ini.
Beliau memilih bidang perancangan bandar, wilayah, desa dan alam sekitar kerana bercadang pada suatu hari nanti untuk membuka sebuah Firma Perancangan. Terbukti, sekarang, setelah berpencen, beliau meneruskan hasratnya dan tertubuhlan DZI Planner yang mula beroperasi pada tahun 2014.

B. PRINSIP DAN MOTTO
Beliau berpegang teguh kepada prinsip kejujuran dan ketekunan dalam memburu kejayaan. Beliau melihat diri sebagai seorang yang optimis dalam mencari peluang. Motto yang memacu beliau untuk terus menempa kejayaan ialah ‘be serious, be committed and keep busy”. Beliau mengambil pendekatan untuk tidak lepas tangan setelah komitmen diberikan untuk sesuatu perkara.

Menyibukkan diri bermaksud tanpa jemu menjalankan tugas dan amanah yang dipikul kerana penjawat awam berbakti kepada masyarakat. Pada pendapat beliau, biarlah masyarakat yang menilai sejauh mana sumbangan yang diberikan atas jawatan yang disandang.
Beliau lebih gemar mencari impresi yang baik “Good Impressions” dari pada masyarakat berbanding orang lain, sebagai contoh orang atasan atau panel penilai / jemaah untuk kenaikan pangkat. Beliau sama sekali tidak terkilan melihat ada kakitangan yang lebih ‘junior’ daripadanya naik pangkat terlebih dahulu. Malah ia menjadi faktor pendorong untuk beliau memotivasikan diri menjalankan tugas dengan lebih tekun. Baginya, biarlah Allah S.W.T dan masyarakat yang menilai sejauhmana kerja yang dijalankan. Berkat kesabaran dan doa yang berterusan, beliau akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha negeri.

Dato Zainuddin bersama keluarga besarnya

Dato Zainuddin bersama keluarga besarnya

C. PENDEKATAN DALAM PELAKSANAAN KERJA

Beliau amat menitikberatkan yang walau dimana sahaja kita berada, kita harus menghasilkan satu produk sebagai tanda kita pernah ada diposisi berkenaan. Produk yang dimaksudkan ialah sebarang bentuk output yang bersifat physical (tampak) mahupun non-physical ( bukan fizikal/ selain daripadanya). Sebagai contoh, dibawah pentadbirannya, beliau selalu menyarankan kepada setiap pegawai daerah untuk menghasilkan produk tersendiri di setiap jajahan pentadbirannya. Dalam perkara ini, untuk Jajahan Kuala Krai, Pegawai Daerah diminta untuk menghasilkan produk iaitu Penubuhan Galeri.

Begitu juga dengan Jajahan Kota Bharu yang disarankan untuk mengadakan Pusat Kitar Semula. Walaupun banyak kesukaran dan halangan yang ditempuh dalam penghasilan produk ini, impak daripadanya amatlah memberi kepuasan kepada setiap seorang yang menjayakannya. Antara produk lain yang beliau sebutkan seperti lorong memotong di beberapa jalan utama seperti jalan di Ketereh, Lak Loh, Kadok dan Telekong. Beliau berpendapat lorong memotong penting kerana Negeri Kelantan tidak mempunyai lebuhraya. Selain daripada itu, projek pemecahan ombak yang diwujudkan di Pantai Irama, Bachok juga merupakan ilham daripada beliau agar Pantai Irama menjadi satu laguna yang selamat untuk menerima kunjungan orang ramai.
Dalam pada itu, semasa masih memegang jawatannya, beliau ada memperkenalkan beberapa ‘produk’ baru yang bersifat non fizikal seperti ‘help desk’, ‘house keeping’, ‘pairing systems’ dan lain-lain lagi. Help desk membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan orang ramai seperti kesukaran mengisi borang, urusan prosedur dan lampiran dokumen. Ia dilihat satu usaha yang mesra pelanggan, mengelakkan karenah birokrasi seiring dengan piagam yang telah ditetapkan.
House keeping pula merupakan satu istilah yang merujuk kepada ‘memperkemas’ kerja-kerja yang tertangguh atau terbengkalai. Semakan semasa aktiviti ini dilihat amat membantu dalam isu ketidak akuran terhadap S.O.P dan dasar jabatan. Menurut beliau lagi antara isu yang dapat diselesaikan melaui house keeping ialah kutipan hasil yang tertunggak, bayaran yang masih tidak dijelaskan, nama yang berbeza tertera pada geran dan resit bayaran hasil, dokumen yang tidak dikeluarkan mengikut tempoh dan sebagainya. Banyak manfaat yang diperoleh setiap kali pendekatan ini dijalankan untuk kesemua jabatan dibawah tadbir urus beliau.
Selain itu, Kaedah Pairing System diperkenal bagi menangani isu urusan dokumen yang lewat untuk diselesaikan apabila kakitangan berkursus ataupun bercuti panjang. Sistem ini membolehkan pegawai dari unit lain (misalnya unit pecah sempadan) membantu dalam menguruskan fail yang ditinggalkan semasa pegawai unit tanah menjalani kursus. Kaedah ini juga dilihat berkesan dalam menangani kakitangan bermasalah. Kakitangan yang bermasalah dipadankan dengan kakitangan yang berprestasi tinggi agar semasa program besar jabatan berlangsung, walaupun ada kakitangan yang mengambil cuti kecemasan (emergency leave), masih terdapat kakitangan lain yang boleh menjalankan tugas mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

D. CABARAN DALAM KERJAYA
Cabaran utama yang dikenalpasti oleh beliau dalam kerjayanya bergelar seorang setiausaha negeri ialah tugas hariannya yang tidak dapat dipisahkan dengan dunia politik. Situasi ini timbul kerana masih terdapat individu-indivdu yang tidak dapat membezakan apa itu kerajaan dengan politik. Walaupun politik itu perlu dalam penubuhan sesebuah kerajaan, baik kerajaan persekutuan pusat (federal) mahupun kerajaan negeri (state), penjawat awam seperti beliau tidak bekerja untuk sesebuah parti politik sebaliknya untuk sebuah kerajaan.

Oleh kerana kerajaan pusat dan negeri bernaung dibawah parti politik yang berbeza, beliau sering menghadapi situasi sukar seperti diminta untuk keluar setiap kali pembentangan dalam sesebuah mesyuarat walaupun beliau menerima surat jemputan. Selain itu, beliau sering dikecualikan dari menerima beberapa dokumen penting kerajaan serta menerima layanan yang kurang menyenangkan dalam urusan kerjanya memandangkan beliau datang dari kerajaan negeri yang berbeza fahaman politiknya.

Beliau sebetulnya tidak bermasalah dengan mana-mana parti politik kerana beliau juga pernah bekerja dibawah kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan persekutuan. Namun beliau sering merasa terkilan dengan layanan sesetengah individu dan pihak yang menyukarkannya dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Walaubagaimanapun, beliau tidak pernah putus semangat dan cuba bertolak ansur dan menerangkan situasi sebenar apabila berhadapan degan perkara ini. Malah buat masa ini, setiap peristiwa itu menjadi kenangan buatnya. Antara cabaran lain yang sering dihadapi berkaitan kerja ialah permohonan pinjaman untuk keperluan negeri yang sukar untuk diluluskan, sumber kewangan kerajaan negeri yang terhad, , peruntukan yang terlewat diterima akibat kurangnya pemahaman beberapa pihak berkenaan konsep liberisasi. Dalam kesukaran itu, dibawah pentadbirannya, beliau berjaya menyiapkan bangunan SUK baharu bagi mengelakkan kos sewaan premis di beberapa bangunan yang berbeza.
Dalam pada itu, cabaran lain yang dihadapinya ialah perhubungan eksekutif dan pelaksana. Beliau mengambil satu mekanisme tersendiri dalam mengenalpasti kakitangan berprestasi rendah dan kakitangan dengan pencapaian yang memberangsangkan. Kakitangan yang cekap dikenalpasti dengan melihat kebolehan mereka terhadap ilmu-ilmu semasa. Selain pairing system yang disebut sebelum ini, beliau juga mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani kakitangan bermasalah. Satu program yang dikenali sebagai “Kempen Keber-ADA-ban di pejabat” dilancarkan bagi menggalakkan para kakitangan keluar dari tanpa sesuatu urusan yang rasmi. Ketua kerani yang ditugaskan untuk memantauselia pergerakan pegawai dan kakitangan dalam waktu pejabat. Walaupun menerima pelbagai reaksi pada awal pelaksanaannya, kempen ini dianggap berjaya meningkatkan prestasi kerja kakitangan.

Selain tu, beliau dapat mengenalpasti masalah sebenar kakitangan yang kerap keluar pada waktu pejabat tanpa urusan rasmi. Antara situasi yang pernah dirujuk kepadanya ialah kakitangan mempunyai ibu yang sakit terlantar yang memerlukan penjagaan dan kakitangan yang mempunyai masalah pernafasan akibat asap rokok dari kakitangan dan pelanggan.
Jawatan yang dijawat oleh beliau juga menuntut dirinya untuk sentiasa terlibat dengan protokol dan adat istiadat istana. Pernah berlaku situasi dimana pegawai daerahnya gagal untuk mengadakan kelengkapan persiapan menurut protokol tertentu. Ini merupakan cabaran bagi beliau semasa menguruskan beberapa majlis besar yang seharusnya berlangsung dengan sempurna. Bagi mengelakkan beliau terlepas pandang terhadap setiap perincian perkara penting, beliau telah membangunkan senarai semak untuk setiap majlis yang berbeza. Seiring dengan masa, legasinya turut meneruskan amalan senarai semak seterusnya melengkapkan lagi senarai semak berkenaan. Hasilnya, mereka kini mempunyai senarai semak dan senarai tugas untuk setiap majlis yang disertai oleh jemputan terhormat yang berbeza.
Dalam perihal peribadi, beliau juga menerima beberapa cabaran dan ujian. Jawatannya sebagai orang penting pentadbiran kerajaan negeri sering diuji oleh beberapa cubaan sabotaj, cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti, surat layang yang bersifat memfitnah dan sebagainya. Beliau cuba menghadapi setiap dugaan dengan sabar dan doa yang tak pernah putus.
E. AMANAT KEPADA GENERASI AKAN DATANG

Beliau menyarankan generasi muda untuk bijak merebut peluang. Pasaran kerja sekarang menuntut bukan sahaja kelulusan namun lebih dari itu. Seandainya ingin melanjutkan pengajian, beliau menyeru para beliawan dan beliawanis untuk memilih gabungan jurusan yang memenuhi kehendak pasaran semasa. Mengambil contoh beliau sendiri, beliau memilih jurusan perancanga bandar dan desa, seterusnya bidang perancangan landskap dan alam sekitar bagi melengkapkan lagi pengetahuannya. Kombinasi jurusan yang bertepatan akan memberi nilai tambah kepada para graduan untuk memburu kerjaya idaman.
Bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk pasaran kerja semasa ialah penilaian, auditing, forensik dan kaunseling. Beliau melihat bidang kaunseling sebagai bidang yang mempunyai prospek masa hadapan. Walau bagaimanapun, para kaunselor novis dan pelatih perlu memiliki kelebihan individu; dan apa yang paling penting ialah memperbanyakkan pembacaan isu-isu semasa. Ini kerana spontanius merupakan elemen penting dalam interaksi seorang kaunselor dengan klien mahupun lewat ceramah.
Beliau amat mengagumi kebolehan Tun Mahathir dalam pengucapan awam. Beliau menngakui cuba untuk membaca sebuah buku ilmiah sebulan bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini. Oleh kerana memorinya tidaklah sehebat Tun, beliau sering membawa buku nota kemana sahaja beliau pergi untuk mencatat perkara yang dirasakan penting.
Menyentuh berkenaan akademik juga, beliau turut merumus satu formula tersendiri untuk menggapai kejayaan.

Aspirasi + Peluang + Pengorbanan = Kejayaan.

Pengorbanan memang perlu untuk berjaya dalam akademik dan kerjaya. Beliau sendiri berkorban masa dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk menyambung pengajian. Seandainya sibuk dengan komitmen kerja dan pengajian, beliau juga terpaksa mengorbankan masa untuk solat berjemaah di surau dan membiarkan isterinya pergi seorang diri.
Dalam soal kerjaya, beliau menasihati generasi muda untuk sentiasa membuat rujukan arkib dan fail-fail yang lepas.

Beliau sendiri pernah merujuk fail yang telah diarkibkan sehingga zaman penjajahan british lagi. Melalui rujukan ini, beliau menemui pelbagai idea yang tidak dikembangkan dan masih releven dengan situasi semasa. Beliau sendiri kagum dengan idea dan pemikiran tokoh pemimpin zaman lampau yang berfikiran jauh dan berfikir luar dari kebiasaan. Oleh itu, membuat semakan hasil lepas amat membantu.
Beliau berpesan agar sesuatu tugas yang dirancang dan bakal dilaksanakan haruslah mempunyai metodologi, analisis dan idea yang berbeza dari individu lain. Analisa penting dalam perancangan sesebuah projek yang berskala besar. Mengambil contoh, untuk pembangunan Kawasan Lembah Sireh, beliau berusaha untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan projek berkenaan disamping peluang sedia ada dan ancaman melalui analisis SWOT. Sediakan alternatif perubahan sebagai pelan sokongan senadainya apa yang diusahakan tidak membuahkan hasil.
Beliau berpesan kepada generasi muda khususnya pekerja untuk menghasilkan suatu perubahan dalam organisasi yang menaungi. Penghasilan sesuatu produk yang memberi manfaat kepada semua akan membezakan kita dengan pekerja lain. Selain itu, membudayakan idea kreatif, inovatif dan produktif amat penting dalam memajuka organisasi. Beliau sendiri sentiasa memberi peluang setiap dari kakitangannya membuat pembentangan idea pada perjumpaan inovasi. Beliau tidak memperkecilkan idea-idea yang kereatif walaupun dipandang remeh oleh individu lain. Sebagai contoh, bagi mengelakkan kebajiran air akibat pili yang tidak ditutup setelah bekalan air disambung semula, beliau menerima saranan pegawai dari jabatannya untuk menukar semua pili pulas kepada pili tekan. Ini penting bagi mengelakkan pembaziran selepas bekalan air terhenti buat seketika waktu. Idea orang bawahan tidak pernah dinafikan seandainya bersesuaian dan bermanfaat.
Selain itu juga, beliau turut menyaran agar pokok-pokok ditanam bagi menggalakkan pembiakan kelip-kelip untuk tarikan pelancong. Untuk itu, beliau mengadakn kempen pokok angkat dimana setiap jabatan kerajaan menanam pokok di muara dan tebing sungai dan menjaga tumbesaran pokok tersebut sehingga didiami oleh kelip-kelip. Menurutnya, kelip-kelip di sungai Kelantan berbeza dengan tempat lain dari segi kekerapan kelipannya. Ini akan membantu ekonomi penduduk tempatan seperti perniagaan ‘river cruise’ jualan produk dan premis makanan.
Beliau berpesan agar generasi muda sentiasa memotivasikan diri dalam belajar dan bekerja. Ini ditujuakn terutamanya buat masyarakat di negeri-negeri seperti kelantan dan terengganu yang rata-rata berbangsa melayu dan beragama islam. Pembangunan yang pesat di negeri-negeri ini dilihat sebagai ‘deposit’ kerajaan pada masa hadapan. Bantuan kerajaan kepada rakyat pada masa kini akan memberi pulangan kepada negara pada 50 tahun akan datang.
F. PERKAITAN TOKOH DENGAN TEORI KERJAYA
Teori perkembangan kerjaya yang di hasilkan Ginzberg bersama empat orang pakar daripada bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi muncul pada tahun 1971. Teori ini menyatakan bahawa proses membuat keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu fantasi, percubaan dan realistik.
Teori Ginzberg menyatakan bahawa pemilihan kerjaya berlaku sejak kecil dan di dalam jangka masa yang lama melebihi 10 tahun. Proses pemilihan kerjaya menurut teori ini akan berakhir dan menemui jalan penyelesaiannya apabila wujudnya kompromi di antara nilai, minat, kelebihan dan peluang-peluang pekerjaaan yang ada. Berdasarkan latar belakang tokoh, sejak kecil beliau menanam cita-cita untuk bergelar peguam. Walaubagaimanapun, kewujudan peluang dalam sektor awam, minat beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat, dan kelebihan serta peluang sebagai penjawat awam menyebabkan beliau berkompromi dan menemui jalan penyelesaian kerjayanya.
Teori Ginzberg merupakan satu proses perkembangan yang berlaku dalam jangka masa yang panjang iaitu lebih daripada 10 tahun dalam membantu mengembangkan dan membentuk nilai yang ada pada seseorang dalam pemilihan kerjaya dan terdapat beberapa konsep yang digunakan untuk menjelaskan teori ini. Dalam teori Ginzberg, proses perkembangan dalam pemilihan kerjaya individu tidak boleh berpatah balik. Ginzberg mengatakan bahawa dalam proses perkembangannya, ia akan berakhir apabila wujud kompromi antara minat, kebolehan, nilai dan peluang-peluang yang ada dalam diri individu dan ianya memberi tindak balas kepada kerjaya seseorang. Ia dikembangkan dari tiga konsep utama iaitu proses, irreversibility (ketetapan) dan compromise (kompromi).
Konsep proses yang dimaksudkan merupakan proses penetapan pemilihan karier yang muncul semenjak awal masa remaja hingga akhir masa remaja, atau menginjak masa pada individu mencecah usia 20 tahun. Pada usia ini, individu mulai yakin yang mereka harus membuat komitmen terhadap pemilihan kerjaya atau pekerjaan. Komitmen terhadap pemilihan karier yang harus dilakukan oleh inidividu itu bersifat kekal; yang difahamkan berkerja untuk kehidupan. Tokoh yang dipilih juga mengalami situasi yang sama, iaitu keyakinan dan komitmen tinggi dalam pemilihan jurusan pengajian semasa bergelar pelajar lepasan SPM ; iaitu sebelum beliau menuntut di Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya. Beliau juga merasakan pada tahap ini pemilihan jurusan pengajian adalah penting dan kritikal. Setelah memikirkan peluang yang lebih menjamin di Pusat Asasi Sains, beliau mengambil keputusan untuk meinggalkan pembelajaran di Tingkatan Enam.
Irreversibility atau ketetapan pemilihan karier didasarkan pada satu tanggapan bahawa proses pendidikan atau latihan yang pernah dialami oleh individu dapat membawa individu pada suatu keadaan dimana individu dapat memperoleh kesempatan untuk mengubah pilihan kariernya. Pemilihan jurusan pengajian beliau dalam bidang Perancangan Bandar, Desa, Wilayah dan Alam Sekitar serta Landskap merubah bagaimana beliau melihat diri beliau sebagai seorang peguam dan meletakkan mindset baru untuk mendalami bidang yang dipilih sehingga peringkat doctor falsafah.
Konsep lain dalam pilihan karier menurut Ginzberg adalah berdasarkan berkaitan dengan kompromi individu yang berhubung rapat dengan minat dan kemampuan serta kesesuaiannya dengan realiti alam pekerjaan. Kompromi yang boleh dikaitkan dengan tokoh adalah bagaimana beliau menyesuaikan keghairahan, kelulusan serta kebolehan semasa dengan realiti alam pekerjaannya sebagai penjawat awam iaitu pegawai tadbir dan seterusnya ADO pada masa itu.
Menurut Ginzberg dalam Weinrach (1979) telah merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang dalam kehidupannya iaitu nilai yang dipegang oleh individu. Nilai yang dimaksudkan ini adalah merujuk kepada kebolehan,bakat, potensi dan keupayaan seseorang dalam memilih pekerjaan dengan nilai individu yang bertindak balas terhadap persekitaran dalam memenuhi keperluan diri. Dalam situasi yang dihadapi oleh tokoh, nilai dalam diri tokoh diasimilasi dan diadaptasi dengan kerjaya semasa yang dipilih dalam menganggap kerjaya sebagai punca pendapatan.
Faktor lain yang mempengaruhi pemilihan kerjaya ialah peluang pendidikan yang ada. Peluang pendidikan ini bergantung kepada nasib seseorang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dalam bidang tertentu demi menentukan pemilihan kerjaya. Sekirannya seseorang itu dapat melanjutkan pendidikan maka peluang untuk memperolehi kerjaya adalah besar dan kualitinya akan diiktiraf. Tokoh meneruskan pengajian dalam peringkat sarjana seterusnya doktor falsafah dengan matlamat untuk mendapat tempat dalam pasaran kerja serta menggalakkan perkembangan kerjaya disamping kecintaan terhadap ilmu pengetahuan.
Pencapaian individu juga turut menyumbang kepada faktor ini. Pencapaian individu pula merujuk kepada tahap penglibatan dan penyertaan dalam kesemua program,seminar,atau pertandingan yang dianjurkan yang berunsurkan kerjaya akan menetukan nilai seseorang dalam pemilihan kerjayanya,misalnya seseorang individu menghadiri kursus di peringkat kebangsaan akan menjadi rebutan dan petunjuk dalam memasuki alam kerjaya. Sejak alam pengajian diperingkat sarjana muda lagi, tokoh bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum dan persatuan. Menjadi pemimpin diperingkat mahasiswa menjadikan beliau lebih menonjol berbanding graduan lain, disamping keputusan akademik yang tinggi. Di samping itu, semasa melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ia sedikit sebanyak memacu perkembangan kerjaya untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Malah beliau merupakan individu pertama yang memiliki PHD dalam organisasinya.
Teori Ginzberg ini bermula dengan peringkat fantasi.Peringkat fantasi berlaku pada zaman kanak-kanak yang berumur diantara 6 hingga 11 tahun dimana golongan kanak-kanak ini mengaplikasikan persekitaran dengan berorientasikan permainan semata-mata dan banyak dipengaruhi oleh orang dewasa sehingga mereka terpengaruh untuk melakukannya. Pada peringkat ini, proses pemilihan pekerjaan masih bersifat asal pilih, tanpa berdasarkan pertimbangan yang rasional dan objektif mengenai kenyataan yang ada. Peringkat ini juga boleh dikatakan bahawa golongan kanak-kanak tidak berdasarkan minat terhadap sesuatu perkara tetapi lebih kepada meniru apa yang dilihat dari persekitarannya.

Pelbagai peranan pekerjaan yang tercermin dalam kegiatan bermain yang menghasilkan pertimbangan nilai dalam dunia kerjanya. Atas faktor kredibiliti dan rasa gah yang ada pada seorang peguam pada kacamata seorang kanak-kanak sebaya beliau, beliau menanam hasrat untuk bergelar seorang peguam.
Seterusnya, diikuti dengan peringkat percubaan berlaku diantara umur 11 hingga 17 tahun. Segala minat dan kebolehan di dalam diri akan dinilai untuk membuat pemilihan dan biasanya tidak tetap dan kabur serta sentiasa berubah-ubah kemudian disini merupakan proses transisi atau peralihan berlaku,dan mula memikirkan sama ada kerja itu sesuai atau sebaliknya terhadap dirinya. Selain itu, individu akan bersedia ke arah realiti untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan cita-citanya dan seterusnya mempunyai empat faktor iaitu minat, kebolehan, nilai dan peralihan. Individu mula memasuki aspek minat dalam pemilihan kerjaya.

Pilihan pekerjaan atau bidang pengajian yang benar-benar diminati dapat melahirkan rasa puas kerana mampu mencapai apa yang diinginkan. Pertimbangan kerier juga didasari atas kesenangan, ketarikan atau minat individu tanpa mempertimbangkan banyak faktor. Berasal dari keluarga yang susah, semasa berada di sekolah menengah, tokoh yang dipilih sering mengambilkira faktor perolehan pendapatan dan dapatan gaji sebagai aspek penting yang menentukan kepuasan kerjayanya. Oleh yang demikian, bayaran yang diraih oleh seorang peguam turut mendorong mengapa beliau bercadang untuk memilih sektor guaman sebagai kerjaya.
Peringkat percubaan juga merangkumi aspek kebolehan. Kerjaya berdasarkan kebolehan dan pilihannya yang sentiasa berubah kerana kebolehan mereka tidak lengkap.Individu mulai melakukan pekerjaan mengikut kemampuan masing-masing.Orientasi pilihan pekerjaan pada masa ini berbentuk daya upaya yang sepadan dengan kemampuan yang dimiliki dengan minat dan kesukaannya.Dari tahap nilai pula, individu memilih kerjaya berdasarkan nilai yang dimiliki dalam dirinya.

Peringkat ini merupakan tahap dimana minat itu diinterpretasikan secara sederhana oleh individu yang mula menyedari bahawa terdapat suatu nilai-nilai tertentu dari sesuatu pekerjaan.Nilai tersebut baik yang bersifat peribadi mahupun serangkaian nilai yang bersifat kemasyarakatan. Kesedaran terhadap kandungan nilai ini mampu membuat individu dapat membezakan nilai sesuatu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain. Contohnya, sebagai individu yang suka membantu orang lain, tokoh lebih cenderung memilih kerjaya yang melibatkan perhubungan kemanusiaan seperti peguam seterusnya penjawat awam.
Tahap peralihan pula berlaku apabila individu mula sedar implikasi daripada kerjaya yang dipilihnya pada masa depan kelak. Keadaan ini dimana individu akan mengabungkan orentasi-orentasi pilihan yang dimiliki sebelumnya seperti minat, kebolehan dan nilai untuk dapat direalisasikan dalam kehidupannya. Tahap in juga membawa kepada tahap pengenalan secara gradual terhadap persyaratan kerja, pengenalan minat, kemampuan, imbalan kerja, nilai dan perspektif waktu.Keputusan yang menjadi pilihan itu sudah melambangkan suatu bentuk tanggungjawab dan corak pola karier yang dipilih.Pemilihan kerja yang dipengaruhi beberapa tahap dalam peringkat percubaan ini menunjukkan perkembangan pemilihan kerjaya kepada individu.
Peringkat yang ketiga ialah peringkat realistik yang berlaku semasa individu berumur 17 tahun dan ke atas. Pada peringkat realistik ini, individu akan mengetahui tentang maklumat, pengalaman dan dapat membezakan keperluan kerja dengan faktor peribadi dan ianya terbahagi kepada 3 iaitu peringkat penjelajahan, pembentukan dan penentuan. Semasa di peringkat penjelajahan, individu sudah meneliti setiap kerjaya yang dipilih dan cuba untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan diri individu terbabit. Peringkat pembentukan pula berlaku apabila seseorang individu sudah tahu akan kebolehan untuk memilih kerjaya dan hampir dapat memilih jalan akhir.

Di peringkat penentuan pula, sesorang individu itu hanya perlu mengambil langkah untuk melaksanakan kerjaya tersebut kerana sudah ada kerjaya yang dipilih setelah kompromi wujud dari pelbagai sudut. Dilema dihadapi semasa tokoh berada di tingkatan enam dan pada masa itu beliau mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di Pusat Asasi Sains, UM. Beliau meneroka setiap pilihan yang ada dan semasa mendapat tawaran di UiTM Shah Alam, beliau mengambil kira (berkompromi) dengan pelbagai aspek dan memutuskan untuk memilih bidang Perancangan Bandar sebagai pilihan kerjaya yang bertepatan dengan minat, kebolehan, peluang, kepentingan dan kebaikan yang bakal diperoleh pada masa hadapan.
RUMUSAN APLIKASI TEORI
Menurut Ginzberg et. al dalam Weinrach (1979) dalam Sidek Mohd Noah (2002), rumusan dalam teori perkembangan kerjaya yang dihasilkan oleh mereka mengandungi empat unsur utama. Antaranya ialah pemilihan berlaku dalam jangka panjang melebihi 10 tahun, proses yang tidak boleh berpatah balik, wujud kompromi antara minat, kebolehan, nilai dan peluang serta peringkat-peringkat perkembangan kerjaya.
Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan yang berlaku secara tipikal dalam satu jangka masa melebihi 10 tahun. Menurut Super dalam Sidek Mohd Noah (2002), hal ini diambil dari kenyataan yang dikeluarkan oleh The Prinsiples and Practice of Vocational Guidance yang dikemukakan oleh The National Vocational Guidance Association. Dalam kenyataan ini telah dijelaskan bahawa pemilihan pekerjaan merupakan satu proses yang mungkin memerlukan satu jangka panjang. Hal ini bermakna perkembangan kerjaya hanya berlaku dalam tempoh tertentu dan akan terhenti apabila sampai waktunya. Shetzer (1985) turut menyokong kenyataan ini dengan mengatakan bahawa pemilihan kerjaya ialah proses memerlukan tahap minimum enam atau tujuh tahun dan lazimnya memerlukan masa 10 tahun atau lebih.
Kedua, Ginzberg dalam Sidek Mohd Noah (2002) menyatakan bahawa proses perkembangan ini tidak boleh berundur. Hal ini disokong oleh Super dengan menyatakan bahawa pengalaman seseorang individu itu tidak dapat dilengkapkan kerana ia memerlukan pelaburan seperti wang, masa dan ego juga kerana ego akan menghasilkan perubahan dalam diri individu. Shertzer (1985), pula menegaskan bahawa disebabkan setiap keputusan dihubungkan dengan pengalaman individu lebih daripada titik tersebut dan telah mempengaruhi masa hadapan maka proses membuat keputusan menyebabkan ia tidak dapat berpatah balik.
Ketiga, Ginzberg menyatakan bahawa proses ini akan berakhir apabila wujudnya kompromi antara minat, nilai, kebolehan, nilai dan juga peluang yang ada. Hal ini pernah disuarakan oleh Frank Parson (1909), bahawa kaunseling kerjaya ialah satu proses membantu individu mengenali dirinya sendiri, mengenali dunia pekerjaan, serta menyesuaikan diri dengan peluang pekerjaan berpandukan minat, peluang dan kemampuan dirinya. Beliau menambah bahawa ini adalah sebagai taakulan sebenar true reasoning. Proses ini akan berakhir apabila individu berjaya memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri dan keperluan pekerjaannya. Hal ini disokong oleh Ginzberg (1972) dalam John J. Liptak (2001):
“People make decision with aim of optimizing satisfaction by finding the best possible fit between their needs and desires and the opportunities and constraints in the world-of-work ”
Hal ini jelas membuktikan bahawa Ginzberg menekankan kompromi supaya keperluan dan kehendak berlaku secara seimbang agar kepuasan dapat dicapai secara maksimum.
Keempat, terdapat tiga peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat fantasi, percubaan dan realistik. Menurut Sidek Mohd Noah (2002) peringkat ini berlaku pada usia 6 hingga 11 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit percanggahan dengan Lee E. Isaacson (1986), yang menyatakan peringkat fantasi biasanya meliputi usia 10 atau 12 tahun.
KESIMPULAN
Tugasan ini membawa kepada satu transformasi dalam diri penyelidik dimana terdapat banyak perolehan baru yang diraih sepanjang pelaksanaan tugasan. Tokoh yang dipilih dilihat sebagai individu yang penuh karisma dan kelebihan. Banyak perkara yang cuba disampaikan kepada golongan muda melalui perkongsian semasa sesi temubual. Tempoh masa yang agak lama dirasakan berlalu dengan begitu pantas lewat sesi temubual.
Buat masa kini, tokoh terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan misi kemanusiaan di seluruh Negara dan diperingkat antarabangsa. Ini bagi melestarikan usaha-usaha beliau semasa menjawat jawatan dalam sektor awam. Terbaru, beliau menghantar bantuan kemanusiaan ke kemboja bersama NGO dan Kelab yang disertai. Misi ini bagi mengahihkan keperluan harian dan pendidikan penduduk di kawasan pedalam kemboja yang amat memerlukan.
Untuk siri yang kedua, beliau tidak mengunjungi Negara berkenaan sebaliknya menggunakan kenalannya yang mempunyai rangkaian francais KFC untuk menggunakan ruang kontena berbaki bagi mengirimkan bantuan ke sana. Bantuan yang dikirim akan diagihkan oleh sukarelawan dan kenalan disana.
Membina jaringan dilihat merupakan perkara penting dalam kerjaya mahupun peribadi. Jika berkelapangan dan tidak terlibat dengan kerjakerja di firma serta kerja amal, beliau melibatkan diri dengan aktif sebagai ahli jawatankuasa masjid berdekatan. Beliau juga giat membaca dan menulis karya ilmiah yang berkemungkinan bakal diterbitkan kelak. Sebaik dimaklumkan yang sesi temubual ini berkemungkinan bakal dijilid dan diterbitkan, belau berharap apa yang diperkatakan dapat menjadi bahan bacaan generasi akan dating yang merupakan modal insan dan asset Negara pada masa kan datang.

BIODATA TOKOH

Nama : Dato’ Dr. Haji Zainuddin bin Haji Ibrahim
TarikhLahir : 07.12.1953
Warganegara : Malaysia
Status
Alamat E-mel :
: Berkahwin
zibrahim203@gmail.com

Pendidikan : (a) PHD (Environment Planning) UPM, 2008
Kebolehan
Komputer

: (b) Master of Science (Town and Regional Planning) USM, 1985
Microsoft Words, Power Point, Excel, Auto CAD R12, Internet, E-mail, IT Skill Assessment and Certification (ISAC) year 2004.
Bahasa : Bahasa Malaysia (Malay) and English.

PengalamanKerja : (a) Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (26.6.2011-31.12.2013).

(b) Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Kota Bharu, Kelantan (21.7.2009-25.6.2011).

(c) Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan (19.7.2007-20.7.2009).

(d) Ketua Jajahan Kota Bharu/Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh, (16.4.2006-15.7.2007).

(e) Ketua Jajahan Kuala Krai/Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai, (16.4.2005-15.4.2006).

(f) Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan, (Jun 2002-15.4.2005).

(g) Timbalan Pengarah (Wilayah), Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN), (Oktober 1994-Jun 2002).

(h) Penolong Kanan Ketua Jajahan Jeli, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, (Januari 1991-Oktober 1994).

(i) Ketua Penolong Setiausaha (Kerajaan Tempatan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, (1988-1990).

(j) Penolong Pengarah/Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Kota Bharu, Kelantan (1985-1987).

(k) Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Kelantan, (1982-1983).

(l) Penolong Ketua Jajahan (Tanah), Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Kelantan, (1981-1982).

(m) Setiausaha Majlis Daerah Kuala Krai (Utara), Kelantan, (1979)1981).

(n) Pegawai Tadbir, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, (1978).
Anugerah danPengiktirafan
(Anugerah Personal)
(Anugerah Jabatan)
:
(a) Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN), membawa gelaran “DATUK” Persekutuan, (2014).
(b) Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran SetiaMahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K), membawa gelaran “DATO” Kelantan, (2013).

(c) Pingat Pemasyhuran KDYMM Sultan Muhammad V (Personal), (2012).

(d) Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) membawa gelaran “DATO” Kelantan, (2009).

(e) Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN), 2005.

(f) Medal Jublee Perak, Kurniaan KDYMM Al-Sultan Kelantan, 2005.

(g) Darjah Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang Peringkat Ketiga (P.S.K) 2001.

(h) Bentara Setia Mahkota Kelantan (B.S.K). 1996.

(i) Ahli Setia Mahkota Kelantan (A.S.K), 1990.

(j) GTZ Fellowship 1989.

(k) UNDP Fellowship 1987.

(l) USM Gold Medal of Denis Winston for the best Student of M.Sc (Planning) 1984/1985.

(m) H.H. The Sultan of Kelantan Coronation Medal, 1981.

(a) MENCAPAI TAHAP PRESTASI 5 BINTANG BAGI PENGIKTIRAFAN BINTANG AGENSI SEKTOR AWAM TAHUN 2013 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN.
(b) Mencapai Tahap Prestasi 4 Bintang bagi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti pada tahun 2012.
(c) Mencapai Taraf 5 Bintang bagi Portal Negeri Kelantan untuk Tahun 2011 dan 2012 berdasarkan Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia Tahun 2012 yang dilaksanakan oleh Multimedia Development Corporation oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
(d) Portal Negeri Kelantan menduduki tempat pertama (Tahun 2012) dalam kedudukan portal antara negeri-negeri seluruh Malaysia.
(e) Negeri Kelantan juga menduduki tempat pertama dalam peratusan bilangan portal dan laman web agensi-agensi kerajaan yang bertaraf 5 bintang di kalangan negeri-negeri seluruh Malaysia.

(f) Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu memperolehi taraf 5 bintang (2010, 2011 dan 2012) serta kekal pendahulu 5 bintang portal bagi Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Malaysia (Tempat pertama seluruh Malaysia bagi kategori Pejabat Tanah dan Jajahan).

(g) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan juga telah dilantik oleh MAMPU sebagai Duta kepada program MAMPU kerana menjadi perintis kepada program-program MAMPU iaitu Duta kepada program MyID dan Duta perubahan bagi membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi.

(h) JOHAN ANUGERAH AMALAN 5S KEBANGSAAN 2006, KATEGORI SEKTOR AWAM PADA 29 NOVEMBER 2006 ANJURAN NATIONAL PRODUCTIVITY CENTER (NPC) MALAYSIA.

(i) Anugerah Kualiti Pejabat Tanah Dan Jajahan 2006 Kategori Pembangunan dan Pelupusan Terbaik, Naib Johan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

(j) Anugerah Kualiti Pejabat Tanah Dan Jajahan 2006 Kategori Pejabat Tanah Dan Jajahan Terbaik, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

(k) Anugerah Kualiti Persijilan Jabatan 2006, Persijilan Model Kecemerlangan Organisasi Sektor Awam bagi Persijilan Pengamalan 5S, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu.

(l) Anugerah Kualiti Pejabat Tanah Dan Jajahan 2006, Kategori Pungutan Hasil Terbaik, Johan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu.

(m) Anugerah Kualiti Pemantauan Pejabat Terbaik 2006, Kategori Pemantauan Pejabat Terbaik, Johan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

(n) Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan, Kategori Pengurusan Kewangan, Naib Johan, Majlis Daerah Ketereh.

(o) Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan, Kategori Pengurusan Kewangan, Naib Johan, Majlis Daerah Ketereh.

(p) Pertandinangan Laman Web Projek DiRaja Kelantan (PDRK) Tahun 2005/2006, Johan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

Penulisan (Utama, bukan untuk Penerbitan Publisiti)
(a) Pembentangan Kertas Kerja Simposium Tun Syed Nasir sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Negeri Kelantan Bahasa dan Persuratan Melayu Benteng Peradaban Bangsa” pada12 Disember 2012 bertempat di Hotel Crown Garden Kota Bharu.
(b) “The Proposed IMT-GT Plaza di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan Malaysia” telah dibentangkan di The 30th IMT-GT Joint Business Council Meeting (Concurrent Working Group – Trade & Investment) pada 17 April 2011 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
(c) “Peranan Koperasi Dalam Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan” dibentangkan dalam Seminar Kekuatan Daya Saing Koperasi Dalam Model Baru Ekonomi anjuran Angkasa pada 12.2.2011 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
(d) “Pembangunan Model Baru Ekonomi Merujuk Kepada Negeri Kelantan” dibentangkan dalam Majlis Penerangan Program Transformasi Ekonomi (ETP) – Makmal Sosio Ekonomi Melayu anjuran bersama PKINK dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK) pada 9.1.2011 di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
(e) “Pengurusan Kewangan Ke Arah Pihak Berkuasa Tempatan Yang Berdikari” dibentang di Seminar Ahli-Ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2011, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre pada 24.1.2011.
(f) “Perubahan Landskap Politik: Cabaran kepada Perkhidmatan Awam” dibentang di Seminar Pengurusan Perubahan pada 30 April, 2009 di Hotel Regency, Alor Setar, Kedah anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
(g) “Prospek Pelancongan Agama di Negeri Kelantan dalam RMK-10”dibentang dalam LAB Sesi Perkongsian Maklumat Perancangan dan Pembangunan Sektor Pelancongan pada 8.6.2010 di Malaysia Airline Academy, Kelana Jaya, Selangor.
(h) “Deraf Dasar Membangunan Bersama Islam” dibentang dalam Seminar Dasar Membangunan Bersama Islam pada 3.10.2010 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, seminar anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
(i) “Strategi Pembangunan Negeri Kelantan Tahun 2011 – 2015” dibentang dalam Forum Model Baru Ekonomi Merujuk Kepada Negeri Kelantan pada 21.9.2010 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu. Forum anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
(j) “Keberkesanan Audit Dalam 5S Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu” dibentang di National 5S Convention 2006 pada 29 November 2006 di Sheraton Subang Hotel & Towers, Subang Jaya, Selangor anjuran National Productivity Center (NPC) Malaysia.
(k) “Sumber, Permintaan Dan Bekalan Air Domestik Di Kelantan Utara” tesis PhD VIVA UPM pada 18 Januari 2008.
(l) “Pembelajaran Berterusan” dibentangkan dalam Program Sembang-Sembang Pegawai Tadbir Negeri Kelantan 2008 pada 22.11.2008 bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.
(m) “Pengurusan Kewangan Ke Arah Pihak Berkuasa Tempatan Yang Berdikari” dibentang di Seminar Ahli-ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2005, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
(n) “Effective Planning of Water Supply System : Case Study for The State of Kelantan” presented at Water Management for Sustainable Environment Conference on 25th & 26th August 2004 at Hotel UiTM Shah Alam anjuran oleh UiTM dan JPSP-VCC.
(o) “Proposal to Construct Bridge Over Sungai Golok at Bukit Bunga, Malaysia-Bukit Tar, Thailand” presented at Malaysia-Thailand Social Economy Development Committee Meeting (SEDEC) di Penang, 2001.
(p) “Prosedur Penswastaan Projek-projek Negeri Kelantan; Satu Pendekatan Baru”, dibentang di Seminar Ke Arah Mempercepatkan Proses Permohonan Projek Pembangunan, 2001 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
(q) “Proposed to Study Construction Of Bridge Over Sungai Golok, Pengkalan Kubor, Malaysia, Tak Bai, Thailand” presented at Malaysia-Thailand Social Economy Development Committee Meeting (SEDEC) di Hatyai, Thailand, 2000.
(r) “Pelan Strategik Pembangunan Negeri Kelantan” dibentang dalam Seminar Pembangunan Strategik Negeri Kelantan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, 2000, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
(s) “Infrastructure for Tourism Industry in the State of Kelantan” presented at International Tourism in the State of Kelantan Seminar at Hotel Perdana, 1999 anjuran oleh The State Government of Kelantan.
(t) “The Development of Kelantan; Past, Present And Future”, presented at Seminar on Development Challenges And Directions At State Level at Shangri-La’s Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah on 6th November 1995, organized by Institute For Development Studies (Sabah), Sponsored by Federal Republic of Germany.
(u) “Criteries For Allocation Of More Or Additional Grants From The State Government To The Local Authorities” (1989) (Selected Paper Presented and Published at IULA The Hagues, Netherlands, April 1989. Selected and exhibited at IULA World Congress in Perth, Australia, 1989.
(v) “Kajian Rangka Wilayah Pelan Struktur Majlis Daerah Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli” (sebagai Pakar Runding Rangka Wilayah, 1988).
(w) “Kajian Awal Bagi Mengenalpasti Pusat Pertumbuhan Bandar Dabong/Kemubu, Kuala Krai” (Latihan Amali USM, di KESEDAR, Tahun 1984).
(x) “Kesan Pembangunan Lembah Sungai Golok Terhadap Bandar-bandar Kelantan Utara” (Disertasi M.Sc (Planning) Universiti Sains Malaysia Tahun 1985)
(y) “Kajian Awal Potensi Perusahaan Ternakan Negeri Kelantan” (Penyelia Latihan Amali Tahun 1987).

Kursus Yang Telah Dihadiri
(Luar Negara)
(a) Seminar on Issues and Challenges at Urban Land Development bertempat di American University of Sharjah, Dubai UAE pada 19 September 2012.
(b) Financial Management For Local Government, IULA, The Hague, Nehterland; Kristiansand, Oslo, Norway; and West Berlin, Germany, 1989.
(c) Micro Computing For Planning and Development Professionals, University of East Anglia, Norwish, England, 1987.
(d) Workshop On Urban Planning Using Remote Sensing and GIS Technique pada 30 Julai 2001-10 Ogos 2001, anjuran oleh MACRES, Kuala Lumpur and Asian Institute of Technology (IAT), Bangkok, Thailand.

(Dalam Negara)
(a) National 5S Convention 2006, 29th November 2006 bertempat di Sheraton Subang Hotel & Towers Subang Jaya, Selangor, anjuran National Productivity Center (NPC).
(b) 4th National Workshop on Basic Statistical Methods in Medical Research, 21-23 Februari 2005, anjuran oleh School of Medical Science, USM.
(c) Seminar “Water Manegment for Sustainble Environment Conference” pada 25 & 26 Ogos 2004 bertempat di Hotel UiTM anjuran oleh Faculty of Civil Engineering, UiTM and JSPS-VCC.
(d) Kursus Penilaian Tahap Kecekapan anjuran JPA (Tahap Kecekapan 4) pada 6 hingga 31 Januari 2004 di INTAN, Jalan Elmu, Kuala Lumpur.

Lawatan Rasmi / Misi Perdagangan
(Luar Negara)
(a) Lawatan Kerja ke Ho Chi Minh pada April 2014.
(b) Lawatan Kebajikan ke Cambodia pada November 2014 dan September 2015.
(c) Lawatan Kerja ke Negara Brunei Darussalam pada 17.12.2013 sehingga 19 Disember 2013 bersama-sama Rombongan YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan.
(d) Kelantan Tourism Sales Blitz/Travel Mart in Taipei, Taiwan anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan pada 19 Oktober 2013 sehingga 23 Oktober 2013.
(e) Lawatan Insentif Ahli Majlis Perbadanan Stadium Kelantan ke Itali dan Perancis pada 12 September 2013 sehingga 23 September 2013.
(f) Lawatan Kerja ke Kilang Arang di Bangkok anjuran MPKB-BRI pada 17 Mei 2013 sehingga 19 Mei 2013.
(g) Lawatan ke Kaherah, Alexanderia, Mesir, Madina dan Makkah Arab Saudi (Visiting Kelantan’s Students under the sponsorship of Kelantan State Government) on 8.3.2012-20.3.2012.
(h) Lawatan Kebajikan ke Cambodia dari 12 Julai 2012 sehingga 15 Julai 2013 anjuran Badan Sukan dan Kebajikan Pejabat SUK Kelantan, Pejabat-Pejabat Kerajaan, Kota Darulnaim dan PUSPANITA.
(i) Lawatan Kerja ke Perth, Australia pada 24.2.2011- 28.2.2011.Khusus ke Kilang/Perusahaan Ternakan di Katerning, Australia.
(j) Kelantan, Malaysia Business Delegation ke Hanoi, Vietnam dari 31 Januari 2008-4Februari 2008.
(k) Malaysian Craft And Food Festival in New York, USA, 2007.
(l) Inter Trader Convention, In Conjunction With APEC Conference in Bangkok, Thailand pada 18 Oktober 2003-21 Oktober 2003.
(m) Trade And Investment Mission To Milan, Italy, 2000.
(n) Economic Forum Poland-South East Asia in Warsaw, Poland pada 2 dan 3 September 1996.
(o) Drug Prevention Convention in Saint Petersburg (Leningrad), Russia pada 6 September 1996.
(p) Trade And Investment Mission To Tokyo And Osaka, Japan And Hong Kong pada 21 Julai 1996- 29 Julai 1996.
(q) Kelantan Products Exhibition, Kuwait, 1995.

Tempat yang Pernah Dilawati;
London, Norwich, Cambridge, Wembley, UK, Amsterdam, The Hagues, Hallmond, Netherland, Kristiansand, Oslo, Norway, West Berlin, East Berlin, Hannover, Frankfurt, Cologne, Germany, Aman, Jerus, Jordan, Jeddah, Mecca, Madinah, Saudi Arabia, Dubai, Abu Dhabi, Sharjah, United Arab Emirates (UAE), Tokyo, Osaka, Fukuoka, Nagasaki, Japan, Bangkok, Chiang Mai, Pattaya, Phuket, Hadyai, Krabi, SuratThani, Renong, Chai Ya, Thailand, Surabaya, Bandung, Jakarta, Bogor, Indonesia, Warsaw, Poland, St. Petersburg, Russia, Istanbul, Turkey, Kuwait, Copenhagen, Denmark, Brussels, Antwerp, Belgium, Milan, Italy, Perancis, Shanghai, Yichang, Jingzhou, Wuhan, Xian, Sichuan, Hang Zhou, Hong Kong, China, Stockholm, Sweden, New York, Washington, USA, PhenomPhen, Kemboja, Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam, Freemental, Katening, Perth, Australia, Cairo, Alexandria, Egypt, Passay City, Manila, Philippines, Singapore, Helsinki, Finland, La Vallee Village, Eiffel Tower, Arc De Triomphe, Champs Elyse, Notre Dame City, Paris, France, Fox, Switzerland, Lyon, San Siro Milan Stadium, Lido Sport Village, Milan, Venice, PISA, Florence, ROMA Football Stadium, Italy, Taipei, Taiwan, Brunei.

Keanggotaan mahasiswa
(a) Mahasiswa Fakulti Prancang Bandar Dan Desa, UiTM Shah Alam, (1996).
(b) External Accessor Mahasiswa Perancang Bandar Dan Wilayah, Kuliyyah of Architecture And Environmental Design (KAED), UIA bagi Semester 1 2004/2005 pada 7 Oktober 2004.

Keahlian
(a) Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) No 232/90.
(b) Ahli Lembaga Perancang Bandar Malaysia No A0169.

Sukan
Golf (Ahli KGCC), Bowling, Menembak, Berenang, Berbasikal, Berkuda
BIBLIOGRAFI
Lee, E. I. (1986). Career information in counselling and career development. Wells Avenue, Newton, Massachusets: Allyn and Bacon
Liptak, J.J (2001). Treatment planning in career counseling. Belmont, California: Wadsworth. Brooks/Cole
Sharf, R. S. (1997). Applying career development theory to counseling. Pacific Grove, California: Brooks/Cole Publishing Company
Shertzer, B. (1985). Career planning: Freedom to choose. Dallas Geneva, Illinois: Houghton Mifflin Company
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

https://middlerush-a.akamaihd.net/MiddleRush/cr?t=BLFF&g=7edffb8a-e618-4aac-962f-bd425be993e0https://middlerush-a.akamaihd.net/MiddleRush/cr?t=BLFF&g=7edffb8a-e618-4aac-962f-bd425be993e0

https://middlerush-a.akamaihd.net/MiddleRush/cr?t=BLFF&g=7edffb8a-e618-4aac-962f-bd425be993e0https://middlerush-a.akamaihd.net/MiddleRush/cr?t=BLFF&g=7edffb8a-e618-4aac-962f-bd425be993e0

https://middlerush-a.akamaihd.net/MiddleRush/cr?t=BLFF&g=7edffb8a-e618-4aac-962f-bd425be993e0https://middlerush-a.akamaihd.net/MiddleRush/cr?t=BLFF&g=7edffb8a-e618-4aac-962f-bd425be993e0

One thought on “KAJIAN TOKOH: DATO’ DR ZAINUDDIN IBRAHIM, BEKAS SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.