DENGGI DI TERENGGANU: SEORANG LAGI MATI

KUALA TERENGGANU: Seorang budak perempuan berusia enam tahun menjadi mangsa terbaharu demam denggi di negeri ini apabila mangsa yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak lima hari lalu, meninggal dunia pagi semalam.

Kematian membabitkan Wah Ying Er pada jam 11 pagi itu, menjadikan empat kematian akibat denggi dicatatkan sejak awal tahun ini.

Ibu mangsa, Ong Kang Niu, 34, dari Kampung Gong Gemia berkata, Ying Er bersama empat adik-beradiknya, Wah Ying Haan,14; Wah Ying Shiang,12; Wah Ying Qi, 11 dan Wah Ying Jia, 8, menghidap demam denggi sejak lima hari lalu.

Ying Er dimasukkan ke wad pada Khamis minggu lalu dan sejak itu, dia kurang minum susu serta tidak berselera makan.

Suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah Celsius tiga hari lalu dan selepas itu, tubuhnya menjadi kejang serta tidak mampu lagi bertutur seperti biasa hingga doktor terpaksa menempatkannya di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.