JIKA NORA DANISH KAHWIN DENGAN NEDIM, FASHA SANDHA?

DUNIA artis Malaysia tidaklah kompleks.

Pelokon jelita Polis Evo Nora Danish pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib atau Jejai, pada 20 Jun 2006 tetapi telah berpisah pada Julai 2008.

nora danish kahwin
Ketika itu, Nora yang merupakan anak Terengganu sedang hamil dua bulan. Pelakon jelita ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram pada 7 Januari 2009.

Jejai,40 kemudiannya ditakdirkan berkahwin pula dengan pelakon tidak kurang jelitanya Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 32.

Begitupun, semalam, perkawinan mereka juga tidak kekal hanya sempat selama empat tahun.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Muhammad Abdul Karim bin Wahab.
fasha kahwin
Pasangan itu bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma yang berusia dua tahun.

Pedih kerana terpaksa berpisah dirasai kedua-dua pihak, dan tiada siapa berhak memberikan tafsiran atau kritikan kerana mereka sahaja yang tahu.

Ketika Fasha Sandha sedang bersedih kini, Nora Danish, seorang pelakon wanita Malaysia yang terkenal kerana memegang watak utama Puteri dalam siri komedi tempatan Puteri, pula dikatakan sedang dalam dunianya.

Nora Danish baru-baru ini dilihat dihantar teman lelaki, Nedim Nazri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Nora dan beberapa pelakon lain seperti Syarul Ridzwan, Juliana Evans dan Fathia Latiff berangkat ke New York, Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima di kota kosmopolitan itu.

Dalam satu gambar dikongsi Nedim melalui akaun Instagram, tercatat:

“Semoga perjalanan kamu ke New York akan selamat tiba. Selalu ingat, bahawa saya akan sentiasa berada di sisi tak kira di mana kamu berada. Berhati-hati, solat dan jangan lupa betapa kita dirahmati kerana Dia.

“Saya sanggup menyeberangi lautan dan apa saja halangan demi kamu. Saya tak akan berjalan di atas lautan api dengan kamu kerana saya mahu bersama kamu mengejar hingga ke Jannah. “Jaga diri. Insya-Allah, saya akan bertemu kamu nanti,” kata Nedim.

Ke manakah pula Fasha Sandha selepas ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s