AHMAD BAHSHAH DIJANGKA MB KEDAH BARU

MATEMATIK politik tidaklah sukar.

14/15 ketua bahagian tidak mahukan Menteri Besar, maka kehidupan sebagai Menteri Besar menjadi sukar.
mukhriz
Bertambah sukar kerana Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak begitu mesra dengan no1. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menukar Menteri Besar, walaupun secara pentadbirannya mesti merujuk kepada Sultan.

Perjumpaan UMNO Kedah dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dijangka akan berlaku petang ini, tidak sukar diramalkan walaupun dari segi masa pertukaran MB ini boleh berlaku kemudian.

Pilihan tidak banyak kepada Mukhriz sama ada beliau pergi bersujud kepada Dato’ Seri Najib atau ayahandanya perlu bersemuka dan berikrar untuk bertaubat nasuha, tidak akan melakukan kritikan atau desakan untuk berhenti.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah disebut-sebut bakal menggantikan beliau.

bashah

Utusan Melayu yang meryupakan suara UMNO dengan berani menyatakan Ahmad Bashah akan menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

Ahmad Bashah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata dikatakan mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan sebahagian besar wakil rakyat negeri itu untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

“Setakat ini boleh dikatakan sah, Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz tetapi segala-galanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti. Tetapi apa yang pasti pemilihan Ahmad Bashah mendapat sokongan hampir seluruh pemimpin UMNO Kedah.

‘‘Tambahan pula, difahamkan beberapa pemimpin meletakkan syarat, kalau Mukhriz mahu ‘diturunkan’, beliau harus digantikan oleh Ahmad Bashah bukan calon lain,’’ kata satu sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Dikatakan juga pelantikan Ahmad Bashah dijangka dilakukan selewat-lewatnya akhir bulan ini dalam usaha pucuk pimpinan menyelesaikan segera kemelut politik UMNO Kedah yang tercetus berikutan tindakan pemimpin UMNO negeri itu semalam yang menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.

Sumber itu juga menjelaskan, Ahmad Bashah dilihat calon paling layak untuk menggantikan Mukhriz berikutan kedudukannya sebagai pemimpin paling kanan dan pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah sebelum ia diambil alih oleh Mukhriz.

‘‘Memang ada calon-calon lain disebut untuk menggantikan Mukhriz tetapi dari segi kelayakan, pengalaman dan hubungan di peringkat akar umbi, Ahmad Bashah dilihat ada kelebihan,’’ kata sumber itu.

Di ALOR SETAR, selain Ahmad Bashah, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar turut dilaporkan antara tiga ‘Ahmad’ yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar baharu.

Ahmad Bashah yang juga Pengarah Pilihan Raya Umum Barisan Nasional Kedah pada 2013 ketika dihubungi memberitahu, masih terlalu awal untuk beliau memberi reaksi berhubung perkara tersebut.

One thought on “AHMAD BAHSHAH DIJANGKA MB KEDAH BARU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.