“SAYA NASIHATKAN HUSAM JANGAN JADI LIDAH DAP,” KATA NAIB PRESIDEN PAS

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa agar tidak menjadi jurucakap kepada DAP, kerana parti DAP yang menyebabkan pakatan pembangkang berpecah.

“Saya nasihatkan Husam jangan jadi lidah DAP dengan memanjangkan apa yang dikatakan parti itu sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian bagi mengulas isu serangan Husam terhadapnya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar memberitahu, perpecahan dalam pakatan pembangkang bukan disebabkan Pas sebaliknya berpunca daripada DAP.

Beliau berkata, sikap angkuh DAP selain mempunyai agenda politik sendiri adalah penyebab utama yang menyebabkan perpecahan gabungan tersebut.

“Tidak betul salahkan Pas, dan tidak adil juga salahkan agenda hudud kepada perpecahan ini.
Sekali lagi saya sebut, dakwaan tersebut tidak berasas dan bodoh,” katanya.
husam_musa_MUKTAMAR_PAS_60TH_190914_TMINAZIRSUFARI_22
Husam sebelum ini menerang dengan menyarankan dua individu penting dalam perlaksanaan hukum hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen iaitu Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut Husam, kedua-dua mereka perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan.

Walaupun Husam masih lagi Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, beliau lebih rapat dengan Parti Amanah, serpihan Pas.

Inilah sebabnya Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.

Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.

Dalam masa sama, pemimpin Pas terus mendesak agar mereka yang terbabit dengan Parti Amanah melepaskan kerusi yang dimenangi kerana kerusi itu dimenangi atas tiket Pas.

Mislanya, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad perlu meninggalkan kerusi yang diperoleh atas tiket Pas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.