59 Ekor Penyu Hijau Mati Tahun Lalu

JABATAN Perikanan Terengganu merekodkan sebanyak 59 ekor penyu hijau mati di negeri itu sepanjang tahun lepas yang mencatatkan peningkatan berbanding 47 ekor tahun sebelumnya, kata Pengarahnya Abdul Khalil Abdul Karim.

Beliau berkata, kadar kematian itu amat membimbangkan memandangkan populasi penyu hijau yang mendarat di negeri ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

“Berdasarkan rekod, kematian itu melibatkan 54 ekor penyu betina/juvenil dan lima ekor penyu jantan,” katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Abdul Khalil berkata, kebanyakan kematian penyu hijau itu direkodkan antara Januari hingga April di Kerteh, Kemaman, Paka, Kuala Terengganu dan Dungun.
penyu fakta
“Angka kematian paling tinggi ialah pada bulan Februari sebanyak 45 ekor diikuti April (tujuh), Mei dan Disember masing-masing (dua) dan Jun, Ogos serta November masing-masing (satu),” katanya.

Beliau berkata terdapat satu kes kematian penyu hijau yang bertelur di Paka, Kerteh berdasarkan nombor tag “MY TEGG” direkodkan mati di Pulau Banyan Tree Resort di Kepulauan Riau, Indonesia pada tahun lepas.

Abdul Khalil berkata, Pulau Redang masih lagi menjadi pendaratan utama penyu hijau di negeri ini diikuti Pantai Geliga dan Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, beliau juga berkata pada tahun lepas tiada pendaratan penyu belimbing dilaporkan di Terengganu – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.