Jangan Jadikan Internet Sebagai Guru Agama – Biro Agama Kuala Terengganu

ORANG Islam dinasihatkan tidak menjadikan internet sebagai ‘guru agama’ untuk merujuk sesuatu masalah atau kekeliruan berhubung agama Islam.

Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian Kuala Terengganu, Ahmad Roslin Jaafar berkata, sikap segelintir pihak yang mengambil mudah dalam mencari penyelesaian berhubung masalah agama boleh menyebabkan seseorang terjerumus dalam perkara yang boleh merosakkan akidah.

Tidak menolak ada maklumat dipaparkan menepati kehendak agama, beliau berharap maklumat diterima dirujuk kepada mereka yang pakar bagi memastikan ilmu diperoleh tidak terkeluar daripada ajaran Islam.

“Kita bimbang mereka menerima maklumat tidak benar. Ada yang benar dan salah. Jika mereka mengambil mudah dan percaya bulat-bulat dengan hanya satu sumber sahaja, kita takut mereka memperoleh maklumat salah yang boleh merosakkan akidah,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu liberalisme yang masih terkawal di Terengganu, beliau bersetuju dengan kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, namun menggesa pihak kerajaan melakukan penekanan menyeluruh dalam membanteras fahaman sedemikian.

Menurutnya, perkembangan semasa dunia yang lebih terbuka adalah faktor terpenting menggalakkan penyebaran fahaman terbabit dan perlu ditangani secara proaktif.

Katanya, fahaman sedemikian perlu dijelaskan kepada rakyat bagi mengekang penularannya dalam negara.

“Pihak kerajaan yang ada autoriti seperti Jabatan Mufti, pejabat agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan sebagainya perlu memainkan peranan memberi kefahaman kepada rakyat.

“Kefahaman terhadap isu itu boleh menyedarkan mereka mengenai perkembangan liberalisme ini. Keadaan ini boleh menjadi ancaman yang membimbangkan sekiranya kerajaan tidak pandang serius dan tidak ambil tindakan,” katanya.

Beliau memberitahu, guru agama di peringkat sekolah juga perlu memberi pendedahan mengenai perkara sedemikian supaya pelajar boleh memahami dengan baik mengenai ancaman agama yang berlaku di sekeliling.

“Di sekolah juga, ustaz boleh memberi pencerahan dan pendedahan terhadap perkara yang boleh merosakkan akidah memandangkan maklumat mengenai perkara ini boleh didapati dengan mudah,” katanya.

Sumber – Sinar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.