Ucapan Terakhir Nordin Kardi Sebagai KP BTN

BELAJAR TERUS BELAJAR

Rakan-rakan saya di BTN yang dikasihi,
Tan Sri 2
Terima kasih kerana telah menyumbang dengan berkesan pada tahun lalu dan bersedia pula untuk sama-sama bersusah dan bersenang menghadapi cabaran 2005. Tahniah kepada yang dinaikkan pangkat atau dinaikkan peranan. Selamat datang kepada yang sudi menjadi anggota baru keluarga besar BTN.

Kita dapat dengar dan lihat banyak keresahan masyarakat seperti cerita kekacauan keluarga, isu moral, politik tidak sihat dalam negara dan di tempat mencari makan. Ini semua petanda yang alam keliling kemasyarakatan sentiasa berada dalam keadaan tidak stabil. Tidak stabil tidak bermaksud negatif. Tidak stabil bermaksud, alam keliling termasuk kemasyarakatan sentiasa bergerak ke arah perubahan atau transformation.

Kita nampaknya tidak boleh mengkhayalkan keadaan stabil mengikut kehendak dan keselesaan yang kita nikmati pada sesuatu masa akan terus demikian sepanjang hayat kita. Keadaan pasti berubah. Kita tidak dapat mengawal semua perkara.

Reaksi kepada keadaan tidak stabil itu kita belajar, mencari panduan, cuba mempengaruhi dan dapat mengurus perubahan ini. Individu yang ingin mempengaruhi wajah perubahan, meningkatkan kapasiti atau keupayaannya bagi mengurus perubahan ini. Dari kanak-kanak yang lemah menjadi orang muda yang kuat – ini adalah perubahan.
IMG_0044aaa

IMG_0051aaa
Jika individu itu gagal memanfaatkan aset kekuatannya, maka aset itu akan dibazirkan. Rugilah apabila proses penurunan kapasiti inidividu mulai berlaku melalui proses penuaan, baharu individu itu ingin berubah dan menggunakan kekuatannya yang hakikatnya kekuatan itu telah pun disejat oleh perubahan masa di sekelilingnya.

Misalnya, kalau ada individu di BTN yang hendak merubah kemajuan kerjayanya, dia sepatutnya berusaha serta merta semasa kekuatan masih ada. Dia mesti melaburkan apa jua sumber yang ada padanya. Rugilah mereka yang inginkan kemajuan kerjaya yang hanya berharap kepada penilaian prestasi tahunan yang dibuat oleh penyelia masing-masing sedangkah dia boleh melonjakkan diri dengan berusaha sendiri meningkatkan kelayakannya.

Bandingkan seorang yang mengharapkan penilaian prestasi tahunan yang mungkin boleh meningkat pendapatan, katakan RM100 kerana menerima anjakan gaji berbanding dengan seorang yang meningkatkan qualificationnya boleh meningkat gred daripada gred D atau C kepada Gred A dan sebagainya.

Yang pertama mengharap penyelianya memberikan apa yang dihajatnya dan kaedah yang kedua pula dia beroperasi di luar sistem anjakan gaji dan di luar hubungan penyelia dengan yang diselia. Dalam keadaan tertentu, beroperasi di luar hubungan itu mempunyai impak positif terhadap persepsi dan penerimaan penyelia terhadap yang diselianya.

Amat elok bagi kita sentiasa meletakkan diri kita dalam keadaan yang memaksa diri kita belajar. Dengan cara itu kita akan merubah atau transform diri kita dan badan organisasi itu secara serentak. Jika kita belajar, organisasi juga akan mendapat faedah dengan perkara baru yang dipelajari oleh ahlinya. Percakapan individu yang mendapat pelajaran baru akan berubah. Organisasi atau institusi, dengan itu, akan mengalami perubahan berterusan atau continuing transformation. Ada penulis yang mengatakan:

Productivity and competitiveness are, by and large, a function of knowledge generation and information processing.

Ada ahli kita yang telah keluar dari BTN. Sebelum dia keluar dia berjumpa saya. Katanya, ‘Terima kasih, saya telah banyak belajar dari BTN’. Ini menggembirakan saya. Maksudnya BTN mempunyai suasana yang membolehkan ahli-ahlinya sentiasa mempelajari sesuatu kerana berada di BTN.

Pelajaran itu boleh dibawanya ke mana sahaja – ke dalam alam pekerjaan selanjutnya atau untuk kegunaan hariannya. Kita seronok jika betul BTN adalah sebuah ‘learning organization’. Kita mahu suburkan lagi suasana ini – suatu suasana yang:

• BTN sentiasa menyediakan peluang untuk setiap individu ahlinya belajar

• Setiap ahli keluarga BTN mempelajari sesuatu setiap hari dalam melaksanakan tugasnya seperti setiap hari belajar bagaimana membuat kerja-kerja dengan lebih cepat (speed), lebih tepat (accurate) dan tidak membazir wang (not costly).

• BTN mesti mengaitkan penilaian prestasi kerja ahlinya dengan sumbangannya ke arah menggerakkan keseluruhan organisasi turut belajar.

• BTN menggalakkan rasa ingin tahu dan suka berdialog di kalangan ahlinya supaya perkongsian pengetahuan terjadi secara meluas.

• BTN percaya bahawa, pada tahap tertentu, tekanan adalah sesuatu yang baik untuk mencipta kaedah-kaedah kreatif menyelesaikan masalah dan memperbaharui tenaga. Di dalam dunia botani, dikatakan bahawa pohon akan berbuah apabila pohon itu menerima ‘stress’.

Enam tahun sudah saya di BTN. Jika ada sesiapa setakat tempoh ini yang ingin memberi kenangan baik saya di BTN, saya tidak minta di kenang sebagai orang yang paling pandai mengajar rakan-rakan di BTN, saya tidak ingin dikenang sebagai pentadbir yang paling cekap dan banyak idea atau paling bagus berceramah, saya tidak ingin dikenang sebagai orang yang paling banyak menyumbang untuk Negara – saya akan seronok jika saya dapat dikatakan sebagai ‘orang yang sangat suka menggalakkan rakan-rakannya di BTN untuk terus belajar – belajar dan terus belajar.

Marilah kita bersama-sama sanggup mencuba sesuatu yang baru walaupun kita mungkin perlu menanggung risiko daripada usaha mencuba itu. Kita akan bertanggungjawab menanggung risiko itu dan akibatnya sendiri. Saya ingin bacakan syair Bob Proctor mengenai risiko:

To laugh is to risk appearing the fool.
To weep is to risk appearing sentimental.
To reach out for another is to risk involvement.
To expose feelings is to risk exposing your true self.
To place your ideas, your dreams, before a crowd is to risk their loss.
To love is to risk not being loved in return.
To live is to risk dying.
To hope is to risk despair.
To try is to risk failure.
You may avoid suffering and sorrow if you don’t risk, but you simply cannot learn, feel, change, grow, love or live. The greatest hazard in life is to risk nothing. The person who risks nothing, does nothing and has nothing. Only a person who risks is free.

Sekian. Berkhidmat untuk Negara.

Nordin Kardi
Ketua Pengarah BTN
Ucapan Perhimpunan Bulanan 8.30 pagi 26 Januari 2005 di Perkarangan Aras 1 Blok 3 Komplek JPM

(Tan Sri Nordin Kardi kini Rektor Kolej Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.