Sedih….Harimau Dilanggar di Terengganu Bunting Anak Kembar

rimau5
GAMBAR bedah siasat harimau belang yang dilanggar sebuah kereta MPV di Le¬buh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam didapati bunting dengan dua anak kembar.

Menurut Mingguan Malaysia, gambar berkenaan mulai tersebar di laman-laman sosial sejak tengah hari semalam.
rimau 6 baby
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, harimau belang itu mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex di Kilometer 321.2, LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh, Kemaman.

Dipercayai haiwan berkenaan cuba melintas jalan sebelum dilanggar kereta yang dipandu oleh Sharin Abdul Aziz, 43, bersama tiga lagi ahli keluarganya yang terselamat dalam kejadian itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Bercakap kepada Sinar Online hari ini, Mohd Syahrin berkata kejadian berlaku terlalu pantas, dan dia hanya menyedari harimau itu ketika mana haiwan itu berada terlalu hampir dengan keretanya.
rimau1
“Laluan itu memang gelap, memang tiada kenderaan lain selain saya…tiba-tiba dalam jarak lima meter baru saya nampak harimau itu, saya hanya sempat menjerit ‘harimau’ tetapi apakan daya saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak daripada harimau itu dilanggar,” katanya.

Katanya lagi, selepas pelanggaran itu, dia memberhentikan keretanya untuk melihat keadaan harimau itu.

“Saya berhenti agak jauh dari tempat kejadian, sebab takut-takut ada harimau lain yang datang…selang lima minit kemudian ada kereta berhenti dekat saya, tanya apa berlaku, lepas itu dia mintak dekat saya hendak ambil harimau itu saya cakap tidak boleh
rimau2
“Selepas itu, dalam 20 minit kemudian ada Peronda LPT datang lalu ambil harimau itu. Kemudian polis pula datang selepas itu saya maklumkan bahawa harimau itu telah diambil oleh Peronda LPT,” katanya.

Ujarnya, selepas semua selesai dia telah membuat satu laporan di Balai Polis Kemaman pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu tidak menolak kemungkinan pagar bocor di LPT2 sebagai antara punca menyebabkan harimau belang yang mati dilanggar hari ini memasuki laluan berkenaan.

Pengarahnya, Mohd. Hasdi Husin bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan laporan mengenainya termasuk hal berkaitan bedah siasat hanya akan diketahui dua hari lagi.

Beliau menarik perhatian kema¬langan membabitkan harimau belang melintas di lebuh raya itu merupakan yang pertama dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

“Berdasarkan kes lalu, kita dapati haiwan-haiwan seperti tapir dan beruang dari Hutan Simpan Rasau masuk ke LPT2 apabila terdapat pagar yang dipotong, jadi ada kemungkinan situasi sama terjadi kepada harimau tersebut.

“Siasatan awal mendapati harimau betina itu mengalami kecederaan parah di bahagian muka. Kita percaya haiwan ini adalah ibu muda yang usianya antara 10 hingga 15 tahun dengan panjang dua meter dan berat melebihi 100 kilogram,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.
rimau4
Menurut Mohd. Hasdi, Terengganu memiliki sejumlah 50 ke 100 ekor harimau belang atau nama saintifiknya Panthera Tigris, tetapi tidak mengulas secara terperinci bilangan yang terdapat di Hutan Simpan Rasau.

Katanya, selain Terengganu, spe¬sis kucing terbesar dunia yang hanya ditemui di Asia itu turut terdapat di Perak, Pahang, Kelantan dan Johor.

Gambar: Bernama, babab.net, oh my tranung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.