Mahasiswa, Universiti dan Eksperimen Cinta


Sepatah kata ucapan si Majnun – yang mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan, secara pakej dengan katanya, “Aku menyintai Laila termasuk selipar buruk dan anjing-anjing yang ada di rumahnya.”


group discussion
KEHIDUPAN universiti dikatakan berteraskan saintifik dalam segala hal – kecuali cinta. Universiti akan terasa sepi tanpa cinta. Begitulah kata mahasiswa.

Sesetengah mereka berpandangan bahawa cinta di universiti bukanlah sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasillah suatu keadaan yangmemperkecilkan cinta, kata mereka.

Timbul juga persoalan, bolehkah ujud cinta sejati dalam kesibukan kehidupan di universiti, atau sekadar cinta suka-suka?

Jika ditanyakan kepada siswa, kebanyakannya berkata cinta sejati bukanlah sesuatu ungkapan manipulasi yang diciptakan untuk mencari seorang lagi kekasih – sekalipun nisbah siswi amat melebihi siswa di kesemua IPT kini. Istilah mereka – mereka anti amalan poligami dalam bercinta.

Pandangan berhubung cinta sejati lebih ditujukan kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati dan mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka. Kalau nak dipanjangkan lagi, pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapkan.

Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya telah bertemu pasangan yang sehati sejiwa?
Sedangkan pada hakikatnya, itu adalah cinta pertama kali mereka, yang seringkali disebut ‘cinta pandang pertama’.


Sepatah kata ucapan si Majnun – yang mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan, secara pakej.


Hakikatnya adalah orang yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.

Misalnya, seorang pelajar lelaki yang mempunyai sikap rendah diri, kesanggupan seseorang gadis untuk menemuinya, lantas ditafsirkannya sebagai cinta pertama baginya.

Keadaan ini boleh menyebabkan pelajar/siswa menjadi angau dan sasau. Lalu beliau mengambil satu keputusan, tanpa berfikir dengan panjang lebar lagi bahawa inilah cinta pertama dan terakhir bagiku.

Kalau jodohnya baik, mungkin akan membawa ke jinjang pelamin misalnya apabila kedua-dua pelajar itu tamat pengajian di universiti dan mendapat pekerjaan yang boleh menjamin hidup.

Hakikatnya ialah, dalam kes-kes seperti ini, si jejaka tadi tidak pernah mencuba pilihan-pilihan yang lain dalam pencarian cinta sejatinya.

Beliau tidak pernah meneroka kemungkinan-kemungkinan lain, kerana penerokaan itu sendiri dianggap sudah mengkhianati cinta pertama itu.

Hal ini samalah juga keadaannya dengan pihak siswi. Jadi, disyorkan lah kepada mahasiswa dan mahasiswi, janganlah terlalu terikat dengan cinta yang pertama, kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi.

Namanya lagi cinta pandang pertama. Pandangan pertama boleh sahaja berlaku di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar malam mahu pun akibat sesuatu perlanggaran ataupun kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan yang berlangsung secara tidak sengaja.

Cinta pertama bukan tulin dan tidak bersandarkan asas yang kukuh dan rasional dalam pembinaan sesebuah hubungan yang matang dan mantap.

Hubungan yang mantap mungkin boleh berlangsung daripada hasil risikan dan tilikan serta kajian terhadap seseorang yang ingin dijadikan pasangan dalam masa yang berlangsung secara relatifnya lebih lama, berbanding dengan cinta pandang pertama yang mungkin berlangsung dalam satu saat.

Oleh itu, jangan sesekali diremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap sebagai kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita.

Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi kita, tanpa perlukan campurtangan pihak ketiga.

Orang tua menyusun aturan-aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada proses risik, tilik dan bermacam lagi langkahnya sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.

Cinta pertamalah yang menyebabkan seseorang gadis berkahwin dengan seorang penagih dadah walaupun perangai dan amalan buruk itu telah diketahui sebelum mereka berkahwin. Dengan itu adalah disarankan konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama.

Cinta yang sejati adalah cinta agung. Cinta agung pada dalam konteks ini hanya boleh dicapai melalui pencarian. Namanya lagi pencarian, yang membawa maksud menyelidik, dan tidak ditipu oleh perasaan cinta yang buta sepertimana cinta pandang pertama.

Melalui kaedah cuba jaya, mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, kita akhirnya akan bertemu dengan cinta yang sejati ini. Dalam budaya percintaan Asia, orang yang mahu bercinta banyak kali seperti ini dianggap amat negatif. Mereka diberikan pelbagai gelaran buruk, sehingga dianggap pisau cukur bagi wanita,atau pun jika lelaki digelar buaya darat.

Selain daripada yang benar-benar berniat dan bersifat ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’ pada nawaitunya sejak awal, terdapat lebih ramai yang bertukar pasangan kerana mencari kesesuaian.

Sekiranya kesemua pasangan kekasih dapat menerima konsep cinta ‘cuba jaya’ seperti ini, maka tidak akan muncul lagi istilah-istilah seperti putus cinta, kecewa lara dan sebagainya, kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.

Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana pernah putus cinta. Para gadis akan berkata-nasib baiklah aku putus cinta dengan si A, atau si B, kalau tidak sudah pasti aku tak akan senang lenang macam sekarang ini.

Ini kerana, kalau dia kahwin dengan si A yang bekerja kerajaan, mungkin beliau tak akan menikmati taraf kemewahan berbanding dengan peniaga atau kontraktor.

Akhirnya, kepada mereka yang pernah putus cinta, harapannya biarlah mereka menganggap peristiwa tersebut sebagai peristiwa yang biasa-biasa saja. Bercintalah lagi, dan lagi dan lagi, teruskan mencari sehinggalah kita menemui cinta sejati seperti kisah Laila Majnun.

Sepatah kata ucapan si Majnun – yang mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan, secara pakej dengan katanya, “Aku menyintai Laila termasuk selipar buruk dan anjing-anjing yang ada di rumahnya.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.