Penjawat Awam Bertanggungjawab Pada Siapa? – Nordin Kardi

“Ada juga saya jumpa pegawai tinggi yang mempunyai pendapat berlainan dengan saya dalam memahami konsep ini. Dia kata neutrality bermakna dia bertanggungjawab terus kepada rakyat. Hei! You are not appointed by the masses, you are appointed by the government and it is the government that is appointed by the people…”

oleh Nordin Kardi

Anda hendak berdiri di mana sebagai rakyat. Selepas anda telah menggunakan hak anda memilih secara bebas dalam pilihan raya, sebagai seorang patriotik dia mesti menyokong Kerajaan yang telah terpilih. Dia tiada pilihan apabila Kerajaan sudah terpilih. Secara demokrasi jadi dia mesti menyokong Kerajaan untuk menjayakan segala rancangan Kerajaan itu. Adalah tidak betul apabila, misalnya, ada pegawai Kerajaan mengatakan bahawa dia bertanggungjawab kepada rakyat.

Yang bertanggungjawab kepada rakyat ialah pemimpin yang dipilih dan anda (kakitangan awam) bukan dipilih oleh rakyat sebaliknya dilantik oleh kerajaan yang dipilih rakyat. Sebagai pegawai Kerajaan anda seharusnya melaksanakan perintah Kerajaan. Anda bertanggungjawab kepada siapa stake holder iaitu Kerajaan yang dipilih oleh rakyat setiap lima tahun sekali itu.

(pandangan ini ialah sedutan wawancara beliau dengan Buletin Malaysia – 2003)

Sekiranya saya ada my fancy taste sendiri, saya mesti tetap setia kepada Kerajaan yang melantik saya. Tetapi dalam konteks seperti ini pun ada orang kata kita mesti neutral. Apa maknanya neutral? Neutrality of government servant kepada saya ialah beliau mesti setia kepada Kerajaan yang ada, kuasa Kerajaan yang ada itu melantik beliau. Beliau boleh ada fancy taste dan fancy idea tetapi tidak boleh menterjemahkannya sendiri kepada realiti kerana dia tidak diberi mandat oleh rakyat.

Jika dia hendak juga maka dia kena berhenti dan bertanding pilihan raya. Kalau partinya menang dan memerintah, maka bolehlah dia menjadikan fancy idea itu suatu realiti dengan mengarahkan kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaannya melaksanakan ideanya itu.

Ada juga saya berjumpa pegawai tinggi yang mempunyai pendapat yang berlainan dengan saya dalam memahami konsep ini. Ada ketikanya (minta maaf nanti tersinggung pegawai tinggi) dia kata neutrality bermakna dia bertanggungjawab terus kepada rakyat. Hei! You are not appointed by the masses, you are appointed by the government and it is the government that is appointed by the people. Kita menjawab atau accountable kepada yang melantik kita.

Berbalik kepada soalan tadi memang betul ada projek-projek yang semacam tidak disukai oleh rakyat atau bahkan dicemuh. Cuma, adakah kita telah menyelami apakah di sebalik projek-projek itu. Sebagai contoh rakyat tidak faham mengapa projek-projek itu dilancarkan…apa background’nya. Misalnya, pada tahun 1981, YAB Perdana Menteri mengumumkan rancangan Kerajaan untuk mengeluarkan kereta sendiri, pelbagai reaksi yang diterima dari ahli-ahli akademik ekonomi yang berpendapat ia projek mega yang akan membazir, alasannya sangat logical dengan mengatakan to embark on automobil industry we must wave a sufficient number of population to enable us to have enough buying power to make the project viable.

Mereka kata dari segi ekonomi, setelah dikaji macam-macam, penduduk kita kecil, tidak mencukupi untuk suatu projek automobil nasional yang viable, mengapa hendak buat juga? Ini projek gila! kata orang ramai bila diumumkan . Kebetulan masa itu saya di usia remajalah. Saya berpeluang berjumpa dengan YAB Perdana Menteri kita sekarang. Masa itu sebagai orang muda, saya tertarik dengan saranan-saranan profesor ekonomi, sosiologi dan sebagainya.

Semasa muda saya lebih gemar challenge berseorangan atau dua tiga orang sahaja bersama saya. Saya juga student leader masa itu, cuma style saya tidak membawa orang beribu-ribu untuk challenge berdailog dengan pemimpin kita. Saya berani pergi berseorangan pun. Saya masih ingat lagi di Bilik Gerakan Jabatan Perdana Menteri yang kemudian menempatkan Kementerian Dalam Negeri di Jalan Dato’ Onn saya sendiri menanya kepada YAB Perdana Menteri (pada masa itu) dengan mengatakan segala macam orang ahli ekonomi telah memberi pendapat dan pandangan, telah membuat kajian dan membuat ¬†forcasting bahawa projek mega automobil akan merugikan negara kenapa hendak teruskan juga projek itu.

YAB Perdana Menteri (Dr Mahathir) menjawab…”memanglah saya pun tahu juga”.¬†Saya terkejut…’habis apabila tahu rugi kenapa hendak teruskan juga?’ Beliau kata ahli-ahli ekonomi hanya lihat dari segi ekonomi, itu sahaja. Proton sebagai Proton, kereta sebagai kereta. “Anda tidak lihat yang mungkin rugi di sini tetapi menguntungkan ekonomi yang lain. Sebagai contoh, bolehkah kita terus memilih hidup dengan ekonomi pertanian sedangkan negara kita kecil, penduduk kita semakin banyak. Sampai bila kita hendak bergantung kepada pertanian. Kita mesti, ingat seawal 80an PM sudah bercakap untuk menjadikan negara ini negara industri.

PM kata ‘bukankah pengalaman menunjukkan kebanyakan negara industri di dunia bermula dengan teknologi enjin? Nah! Projek automobil nasional ini agenda sebenarnya ialah kita hendak menguasai teknologi enjin. Beritahu juga saya katanya di mana yang orang di dunia ini rela memberi teknologi enjin kepada kita percuma. Tiada…jadi dengan joint venture projek dengan Jepun ini akan membolehkan kita untuk mengetahui, mempelajari dan kemudian pandai membuat enjin sendiri ke arah menjadi negara industri.

Mungkin Proton rugi dalam konteks Proton tetapi kita sebenarnya telah invest kepada projek yang lebih besar”. Ahli ekonomi di universiti tidak nampak ini semua walaupun dia profesor ekonomi kerana dia hanya fikir kes itu semata-mata sebagai satu kes. Sedangkan, Dr. Mahathir melihatnya dalam satu gambar yang lebih besar “a bigger picture” dalam sebuah negara yang mempunyai vision.

Kedua anda lihat sekarang ini rantaian outlet penjual kereta bumiputera. Banyak bukan? Sebelum ada Proton dan Eon yang ada masa itu Tan Chong Motor dan lain-lain. Bukan Bumiputera. Tidak salah tetapi masyarakat peniaga pun mesti disusun semula. Ini amanah DEB. Siapa yang hendak mengubah ini di kalangan rakyat kecuali ada satu projek konkrit yang memberi peluang kepada bumiputera terlibat di dalamnya. Ini tanggungjawab semua yang cintakan negara, tak kira dia Melayu, Cina atau India.

Ini bukan rahsia, tidak ada rahsia, kerana kita hidup dalam negara yang berperanan seperti mana yang disarankan DEB. Hanya dengan cara ini kita boleh mengubah keadaan. Dasar tidak memadai jika tidak ada projek yang melaksanakan dasar itu. Betul tidak? Dua puluh tahun kemudian, sekarang kita lihat ribuan outlet penjual kereta bumiputera. Ini by-product projek kereta nasional.

Pada tahun 1996 saya terdengar YAB Perdana Menteri (Dr Mahathir) merungut, beliau macam bersedih, beliau kata kita telah berbelas-belas tahun membuat kereta tapi masih tak pandai buat enjin sendiri! Masya Allah! Masa itu saya terngiang-ngiang jawapan PM kepada soalan saya berbelas-belas tahun yang silam.

YAB Perdana Menteri yang sama yang pernah saya jumpa dan menyebut tentang mission itu rupanya cita-citanya masih tidak berjaya. Kemungkinan orang yang melaksanakan itu terlupa tentang mission menguasai teknologi enjin sebaliknya buat dan jual kereta sahaja hingga sekali lagi YAB Perdana Menteri (ini hanya hendak menunjukkan rentetan dasar) dan juga dibantu oleh Allahyarham Tan Sri Yahya membeli Lotus pada 1996 atau 1997.

Saya benar-benar teringat incidence sama sebagai replika tahun 80an. Ahli ekonomi bising lagi, gila beli Lotus yang sudah hendak bankrap, kata mereka. Tapi saya faham bahawa dengan Mitshubishi adalah partner dan sebagai partner, Mitshubishi tidak terpaksa memberikan teknologi enjin kepada kita. They are not obliged to teach or show us as to how to develop engine. Tapi, apabila dibeli Lotus, semua pekerja Lotus termasuk engine designer, jurutera, juruteknik adalah employee to Malaysian company. If John is an engine designer. The owner of Lotus can easily call John by calling ‘John can you please come here and show me you engine design, he must come because he is an engine designer to us, Malaysian, He is our worker and he has no choice but to teach us.

Tapi yang orang kata bodoh beli Lotus. Itu orang yang tidak faham di sebalik ini semua.. Tahun lepas YAB Perdana Menteri telah mengumumkan yang kita sudah ada prototype enjin sendiri. Cuba tengok dalam tempoh 20 tahun yang telah dilalui oleh PM dengan sabar.

Adakah kita faham? Adakah rakyat faham? Adakah profesor di universiti faham? Adakah pegawai tinggi kerajaan faham? Saya mengikuti dasar Kerajaan dengan teliti meski pun saya tidak terlibat dalam membuat keputusan dasar itu. Saya cuba sedaya upaya memahaminya. Jika saya tidak faham saya bertanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s