Dari Tok Pawang ke Tok Guru

i
Dalam setiap kelompok hidup manusia – ada tradisi. Ada yang membina dan ada yang tidak. Dulu-dulu dalam masyarakat Melayu seorang tok pawang dianggap sangat penting dalam urusan kehidupan. Dia lah tempat untuk merujuk penyakit, dia lah juga tempat mengadu nasib. Tok pawang dipandang sebagai keramat, malah pihak istana turut membela tok-tok pawang yang dianggap handal.

Hari ini tradisi tok pawang telah semakin terhakis sebagai tempat merujuk. Tradisi mereka telah diganti oleh orang yang digelar ‘orang agama’. Panggilan manjanya berbunyi tok guru, tuan guru, al-ustaz dan sebagainya.

Bentuk interaksinya sama macam dalam prosedur tok pawang. Pendengar tak boleh bantah, sebab bila dah pakai gelaran tok guru, semua pendapatnya dikira betul. Bila dalam sesi ceramah, otak pendengar jadi tergendala sekejap.

Oh ya, satu lagi kebanyakan tangan golongan ‘orang agama’ ini dah jadi haus, jadi semakin nipis. Sebab apa, sebab selalu kena cium.

ii
‘Orang agama’ ialah suatu jenama. Ia dibalut dengan karektor tertentu, dan karektor ini sangat mudah dikenal pasti. Pelajar sekolah seawal tahun 2, 3, 4 pun sudah kenal, cuma mereka mungkin belum tahu yang jenama ini tidak wujud dalam kamus Islam. Dalam Islam tidak ada ‘orang agama’ sepertimana rahib dan paderi misalnya. Watak ‘orang agama’ hanyalah produk budaya yang di belakangnya ada terselindung sesuatu.

iii
Ilmuan dan ‘orang agama’ adalah dua katanama yang berbeza. Seorang ilmuan akan berpegang pada suatu kebenaran selagi tidak ada kebenaran lain yang boleh mengganti (menafi) kebenaran tadi. Manakala ‘orang agama’ pula selalunya terus mempertahankan kebenaran pendapatnya walaupun terdapat banyak lagi pendapat lain yang lebih luas/kuat berbanding pendapatnya.

Orang agama ini ada pengikut. Jadi mungkin kerana takut kehilangan pengikut yang menjadi sumber rezekinya, sumber mengekal kuasa politik dan status suci yang dianggap ke atas dirinya – maka kumpulan ‘orang agama’ ini akan ding dong ding dong itu, ding dong ding dong ini, untuk mengelabui mata orang supaya lakonan hidupnya jadi sukar dikesan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s