Majikan Swasta Milik Cina Tidak Memilih Graduan Melayu Walaupun Sama Kelayakan

MAJIKAN di Malaysia kini dilihat lebih cenderung menggaji pekerja daripada kaum Cina berbanding Melayu, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan, demikian menurut hasil penyelidikan pensyarah kanan Universiti Malaya.

Pensyarah kanan dalam kajian pembangunan, Lee Hwok Aun berkata dalam hasil penyelidikan beliau dan seorang rakannya, mendapati peluang untuk graduan baru daripada kaum Cina lebih besar untuk dipanggil temuduga berdasarkan resume mereka.

“Penyelidikan kami menunjukkan majikan secara umumnya lebih cenderung kepada kaum Cina, di mana sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor keserasian dan kualiti tidak boleh dilihat yang tidak didedahkan dalam permohonan pekerjaan.

“Lebih selektif ke arah kaum Melayu sekali gus menyebabkan mereka kurang dipanggil, akan tetapi pemohon berkelayakan mendapat panggilan balas,” kata Lee ketika membentangkan kertas kerjanya di Universiti Of Nottingham, Semenyih hari ini.
kaum Cina
Menurut Lee, hasil kajian tersebut diperolehi selepas beliau bersama seorang lagi penyelidik menjalankan satu eksperimen dengan menghantar resume graduan baru Melayu dan Cina kepada iklan pekerjaan sebenar.

“Melalui hasil penyelidikan itu didapati walaupun kedua-dua graduan Melayu dan Cina menyenaraikan penguasaan bahasa Cina dan menyatakan mereka lulus dari universiti tertentu yang mungkin meningkatkan peluang mereka untuk dipanggil temuduga, namun majikan terutamanya syarikat yang dikuasai oleh orang Cina lebih cenderung memilih pemohon Cina,” kata Lee.

Justeru, Lee berpendapat bahawa diskriminasi kaum lebih tajam dalam sektor kejuruteraan daripada perakaunan.

Bagaimanapun, Lee berkata data tersebut tidak menunjukkan secara langsung motif diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja berdasarkan eksperimen yang dijalankan.

Sumber; Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.