Mengapa Sehelei Songket Terengganu Boleh Berharga RM10,000 Sehelai

KEHADIRAN Habibah Zikri ke Terengganu pada tahun 1982 telah mengubah salah satu warisan konvensional negeri tersebut. Selepas mengutip pengalaman selama sedekad sebagai pereka bahagian tekstil bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Habibah yakin untuk memilih haluannya sendiri.

Kampung Rhu Renggeh, Marang menjadi permulaan kepada kerjaya solo Habibah. Kecintaannya terhadap songket Terengganu mendorong ibu kepada tiga anak itu untuk membangunkan sebuah bengkel menenun songket. Habibah mahu membawa pembaharuan dalam industri songket negara.

Menukar songket tradisional kepada konsep lebih moden mungkin kedengaran gila pada ketika itu. Sebagai orang luar, Habibah dibentak kerana cuba merosakkan tradisi zaman-berzaman milik Terengganu.

Songket Terengganu tradisional lebih banyak memaparkan motif pucuk rebung. Habibah pula memperkenalkan songket dengan corak baharu berteraskan flora dan geometri.

Gabungan motif klasik dan moden dalam setiap helaian songket Habibah dikaji terperinci berdasarkan kesesuaian warna, jalinan dan nilai eksklusif.

“Memang pada awal penubuhan, saya lalui pelbagai dugaan. Namun itu semua cerita lama. Pahit untuk dikenang,” begitu pendirian Habibah, 66, individu di sebalik Bibah Songket yang menerima bantuan daripada Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Tahun-tahun pertama Bibah Songket, kediaman peribadi usahawan dari Sungai Petani, Kedah itu dijadikan bengkel menenun. Hasrat mahu mengubah trend konvensional songket Terengganu dimulakan Habibah dengan memberi penekanan kepada perubahan motif.
songkek
Bakat melukis miliknya banyak mengilhamkan karya songket di luar imaginasi. Corak bunga menjadi eksperimen awal Habibah. Tumpuan terhadap songket berciri eksklusif meletakkan Bibah Songket dalam kelas yang tersendiri.

Tidak seperti kebanyakan songket tradisional, Habibah mengutamakan kehalusan perincian dan berani mengambil risiko dengan mencipta songket bermotif rumit.

Inovasi berterusan bagi mengenal pasti trend semasa yang mengambil kira cita rasa masyarakat terhadap warna dan corak membolehkan Bibah Songket sering tampil bersama rekaan moden.

Anak kedua Habibah, Sabrena Shamsul Baharin, 34, yang juga memegang posisi dalam bahagian pemasaran strategik bagi Bibah Songket menjelaskan, prosedur lengkap untuk menghasilkan songket asas memakan masa hampir dua bulan.

“Setiap songket mempunyai jangka masa yang berbeza-beza, bergantung kepada tahap kesukaran rekaan,” ujar Sabrena.

Penggunaan alat menenun yang dipanggil kek atau kei dalam kalangan masyarakat Kelantan juga memastikan pemeliharaan mutu songket Terengganu ciptaan Bibah Songket. Begitupun, jika songket itu menggunakan kain broked, ia perlu dihasilkan dengan mesin.

Benang-benang yang diwarna juga disesuaikan mengikut reka corak dan permintaan pelanggan. Selain benang metalik, bagi menambah nilai eksklusif, songket akan dihasilkan menggunakan benang emas atau sutera yang diimport dari China.

Penetapan harganya pula satu perkara yang subjektif. Ramai tertanya-tanya mengapakah songket Terengganu asli boleh dijual mencecah ribuan ringgit? Menurut Sabrena, setiap songket mempunyai harga berbeza, bergantung kepada kepayahan penghasilan dan tempoh yang diambil bagi menyiapkannya.

Difahamkan, songket yang halus buatannya boleh memakan masa hampir lima bulan untuk disiapkan. Justeru, harganya juga mahal, setimpal dengan kos keseluruhan yang mengambil kira kerumitan motif, material, kos pekerja dan masa. Anggaran harga bagi songket eksklusif biasanya antara RM5,000 hingga RM10,000 sehelai.

Tambah Sabrena, Bibah Songket pernah cuba mengeluarkan songket berkos rendah. Bagaimanapun ia kurang mendapat sambutan memandangkan terlalu banyak songket ‘mampu milik’ dijual di pasaran.

Justeru, Bibah Songket lebih selesa memfokuskan perusahaan mereka terhadap songket eksklusif. Biarpun harganya agak mahal, ia masih menerima tempahan memberangsangkan khususnya daripada individu yang tahu nilai sebenar sehelai songket.

Selepas berjaya membina tapak dengan menjadikan rumahnya sebagai bengkel, Habibah kemudiannya mewujudkan ruangan khusus di luar rumahnya menjadi bengkel kedua Bibah Songket.

Sumber Kosmo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s