Slogan Korporat YaPEIM Kini: MEMACU KEJAYAAN BERSAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom melancarkan slogan korporat (tagline) baru Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM): Memacu Kejayaan Bersama.

Sebelum ini, tag line YaPEIM ialah Institusi Amal Jariah Anda.

Beliau berkata, penukaran ini selaras dengan perubahan YaPEIM yang kini bergerak dalam pelbagai bidang untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada ummah.
slogankorporat yapeim1
“YaPEIM tidak lagi terhad kepada sekadar menerima daripada masyarakat dan memanfaatkan dana Amal Jariah kepada usaha yang membangun kumpulan sasar yang ditentukan, sebaliknya YaPEIM telah melalui fasa transformasinya bermula 1996 lagi.

“Tag line baru ini sesungguhnya lebih menggambarkan peranan sebenar yang dimainkan oleh YaPEIM selama ini,” katanya ketika majlis Perhimpunan Warga YaPEIM 2016 di Pusat Islam, Isnin lalu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato Abd Malek Awang Kechil; Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Hj Samsudin; Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah bersama-sama dengan 2,000 kakitangan YaPEIM.

Jamil Khir turut memaklumkan antara kejayaan YaPEIM 2015:

• Program Ar Rahnu – berjalan seperti biasa dan ditawarkan melalui 202 cawangan di seluruh negara. Malah terus meningkat dari segi jumlah transaksi meningkat 34% kepada 542,000 dan pembiayaan sebanyak 44% kepada RM1.03 billion pada tahun 2015.

• Jumlah Pendapatan juga terus meningkat sebanyak 14% menjadi RM83.1 juta pada tahun 2015. Perkhidmatan ini juga diperluaskan melalui inovasi terbaharu ia itu melalui Perkhidmatan Bas Bergerak.

• Di peringkat antarabangsa pula YaPEIM telah mencapai kesepakatan dengan pihak Islamic Development Bank dalam mengembangkan Ar Rahnu ke Negara-negara Islam terpilih.

• Tahun 2014 menyaksikan Laporan Audit Sijil Tanpa Teguran oleh Ketua Audit Negara dan terus mendapat pengiktirafan Persijilan ISO 9001:2008 oleh pihak SIRIM bagi tempoh 2015-2018.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s