EKONOMI MALAYSIA JATUH KEPADA 5 PERATUS

EKONOMI Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku akhir (Suku 4) 2015, menjadikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh sebanyak 5.0 peratus berbanding 6.0 peratus pada 2014. Negara mencatatkan pertumbuhan KDNK 5.6 peratus pada suku pertama (Suku 1) 2015 sebelum berkurangan kepada 4.9 peratus pada Suku 2 dan 4.7 peratus pada Suku 3.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan berkata ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus tahun lepas dengan tokokan nilai RM1,062.6 bilion pada harga malar dan RM1,156.9 bilion pada harga semasa.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berkata pertumbuhan Suku 4 disokong kebanyakannya oleh permintaan sektor swasta, manakala bagi bahagian penawaran, ia disokong oleh sektor ekonomi utama. Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, ekonomi berkembang 1.5 peratus berbanding 0.7 peratus dalam suku sebelumnya. Meskipun persekitaran ekonomi mencabar pada suku keempat, Bank Negara berkata, sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.
Masjid-Putrajaya
Penggunaan swasta berkembang 4.9 peratus pada Suku 4 berbanding 4.1 peratus pada Suku 3, disokong oleh pertumbuhan upah dan keadaan pasaran pekerja yang stabil.

Pelaburan swasta berkembang 5.0 peratus berbanding 5.5 peratus dalam Suku 3, didorong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, pelaburan awam mencatatkan pertumbuhan sederhana 0.4 peratus daripada 1.8 peratus pada Suku 3, berikutan pertumbuhan perbelanjaan yang lebih rendah untuk harta tetap oleh Kerajaan Persekutuan.

Penggunaan awam mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 3.3 peratus daripada 3.5 peratus pada Suku 3 apabila pertumbuhan yang lebih kukuh dalam emolumen diimbangi oleh peningkatan lebih perlahan dalam perbelanjaan untuk bekalan dan perkhidmatan.

Dari segi penawaran, pertumbuhan sektor perkhidmatan pada Suku 4 tinggi sedikit disokong oleh aktiviti berkaitan penggunaan dan perdagangan, terutamanya oleh industri berorientasikan dalam negeri manakala pembinaan pula disokong oleh subsektor kejuruteraan awam dan kediaman.

Sementara itu, pertumbuhan sederhana dicatatkan dalam sektor pertanian pada Suku 4 berikutan pengeluaran minyak sawit yang lebih rendah manakala sektor perlombongan mencatatkan penguncupan disebabkan oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih rendah.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s