Cerita Benar Bagaimana Cara Pekerja Nepal Melepaskan Nafsunya

Oleh Penyusakti

SEORANG pengawal keselamatan berasal dari Nepal acap kali menceritakan pengalaman beliau bagaimana setiap bulan dia melepaskan nafsunya di Chow Kit atau Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Saya rasa release,” kata bekas tentera Nepal kepada media Penyusakti.

Gambar: hiasan

Gambar: hiasan


Setiap bulan pengawal keselamatan yang sudah empat tahun di Malaysia sebagai pengawal keselamatan di sebuah agensi swasta di Kuala Lumpur, akan menghantar kira-kira RM400 kepada isteri dan anak-anaknya di Nepal, Kathamandu manakala satu pertiga gajinya untuk penginapan serta makan dan minumnya.

“Saya sediakan sekitar RM150 untuk membayar gadis yang berusia sekitar 18 hingga 25 tahun yang kebanyakannya berasal dari China, Filipina dan sebahagian gadis-gadis di rantau ini seperti Thai. Dalam satu jam atay dua jam, roh saya kembali pulih.

“Mana boleh tahan untuk menunggu isteri yang jumpa dua tahun sekali, sedangkan tangki kita penuh dan mahu mencari sasarannya,” katanya Si Nepal ini yang sudah mencecah usia 50 tahun dan beliau sudah fasih berbahasa Melayu, walaupun tidak beragama Islam.

Pengawal Keselamatan itu sudah tahu beberapa tempat di sekitar ibu negara bagi membolehkan beliau melampiaskan nafsunya, sekali gus mengurangkan tangki airnya yang sentiasa penuh.

Beliau yang bukan beragama Islam tidak menganggap perbuatannya salah kerana tindakannya itu boleh mengembalikan semula kesihatan dan mindanya.

“Jika tiada duit dalam bulan itu, dan tidak dapat saya bertemu dengan gadis dari Filipina atau dari China yang kecil molek itu, minda saya akan terganggu dan ia menjejaskan kecekapan bekerja sekalipun sebagai seorang pengawal keselamatan,” katanya.

Penyusakti membawa cerita ini bertepatan dengan waktu kini kerajaan sedang mempertimbangkan semula sama ada meneruskan pengambilan 1.5 juta warga Bangladesh dan pekerja asing lain, dalam keadaan lambakan pekerja asing sama ada secara halal atau tidak sah membanjiri bumi Malaysia kini.

Mana boleh tahan untuk menunggu isteri yang jumpa dua tahun sekali, sedangkan tangki kita penuh dan mahu mencari sasarannya

Syarikat pembawa pekerja asing tidak akan memikirkan perkara ini kerana kebanyakan mereka memikirkan dari segi ringgit dan sen, apa lagi paling minimum perdagangan ini boleh membawa sekurang-kurangnya RM1,000 untung bersih bagi seorang pekerja. Jika 1.5 bilion buruh Bangladesh di bawa masuk, maka untung bersihnya RM1.5 bilion.

Saintis sosial perlu memikirkan perkara ini dan memberikan cadangan bagi mengatasinya, bukan lagi hanya berada d pentas kuliah di menara gading.

Agamawan juga perlu menyemak balik data-data bagaimana Saidina Omar Al-Khatab menghantar tentera Islam selama empat bulan sahaja ke sesuatu tempat, untuk membolehkan tentera itu sentiasa pulih zahir batin.

Dan, dalam agama Islam, pernah membenarkan mutaah (perkahwinan kontrak) kepada tentera Islam dalam keadaan darurat. Mungkinkah fatwa baru dijtihadkan dengan mengambil kira pelbagai sudut dan pandangan?

Atau, mungkinkah diwajibkan pekerja asing itu berpuasa pada hari cuti atau pada Isnin dan Khamis demi mengurangkan pertambahan tangki air pekerja asing ini?

Dalam berita-berita semasa, seperti timbulnya air batu dipermukaan, boleh dijadikan titik asas bahawa perkara ini realiti. Misalnya, minggu lalu seorang pekerja Bangladesh merogol seorang OKU yang di Pualu Pinang.

Dua hari lepas, seorang lagi pekerja Bangladesh merogol kanak-kanak berusia 13 tahun dan bukankah ini petanda betapa tangki air mereka penuh dan tidak terurus cara pengalirannya?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s