Isu RM2.6 Bilion Dah Selesai – Menteri Komunikasi

Dakwaan Pengarang Kewangan Wall Street Journal (WSJ) Ken Brown bahawa derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya daripada keluarga Diraja Arab Saudi, merupakan satu tuduhan yang melulu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menyatakan dana itu sumbangan peribadi kerabat diraja Arab Saudi kepada Najib dan beliau tidak melakukan kesalahan jenayah berkaitan siasatan kes SRC International dan derma itu.

“Najib merupakan perdana menteri pertama yang menyerahkan dirinya ‘bulat-bulat’ untuk disiasat SPRM dengan memberi keterangan dan kerjasama sepenuhnya.

“Peguam Negara dengan jelas menyatakan bahawa perdana menteri tidak melakukan sebarang kesalahan. Maka, ini adalah jelas bahawa Najib adalah bebas daripada semua tuduhan.

“Kita mempunyai sistem kahakiman dan perundangan yang telus dan apabila sesuatu disiasat dan keputusan dibuat kita harus menghormati keputusan itu,” katanya.

Salleh ditemui pemberita pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang maklumat dan komunikasi.

Beliau diminta mengulas dakwaan Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia yang mendakwa sumbangan RM2.6 bilion itu bukannya daripada keluarga diraja Arab Saudi sebaliknya sumber itu daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Salleh berkata isu derma itu sudah selesai dan tidak harus dipolitikkan sebaliknya, semua pihak harus fokus ke hadapan membantu kerajaan menangani permasalahan ekonomi dan menentukan lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat.

“Perbezaan pandangan merupakan perkara biasa dalam masyarakat demokrasi tetapi ia tidak bermakna rakyat bebas dan boleh melebihi batasan sehingga menghina pemimpin dan institusi pentadbiran negara kerana ia salah di sisi undang-undang.

“Malaysia mempunyai badan penyiasat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bebas membuat penyiasatan dan memberi laporan kepada Peguam Negara dan menyatakan sumbangan itu dari (Arab) Saudi.

“Sudah tentu, kita rakyat Malaysia harus menerima keputusan yang dibuat. Saya pun tidak faham kenapa ada pihak membuat tuduhan sedemikian. Sudah tentu mereka mempunyai matlamat tertentu,” katanya.

Ditanya sama ada Najib akan menyaman WSJ, Salleh berkata : “Kita serah kepada perdana menteri untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.”

Sementara itu, Salleh berkata rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan dan merebut pekerjaan semasa kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga ia berpuas hati dengan keperluan sebenar tenaga kerja pihak industri.

“Pengumuman ini satu perkembangan yang baik. Dengan ini, rakyat Malayia seharusnya merebut peluang sedia ada dan bekerja dalam negara,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan mengenai penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Ahmad Zahid berkata langkah itu bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s