Muhyiddin ‘Gulung Tikar’, Jika Semua Ketua Bahagian berkumpul Tolak Timbalan Presiden UMNO

muhyiddin
DATUK Seri Mukhriz Mahathir yang menerajui Kedah, boleh terdampar sebagai orang biasa kerana lebih 2/3 bahagian UMNO menolaknya sebagai Menteri Besar, maka jika strategi sama digunakan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Persidangan Agung Khas, besar kemungkinan beliau akan ‘gulung tikar’.

Kekuatan Muhyiddin pun semakin lemah apabila tidak lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, serta jentera beliau juga semakin lama semakin mengecil.

Jentera beliau juga tidak sekuat ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila setiap patah perkataannya hatta beliau batuk sekalipun akan dirakamkan oleh media cetak, media elektronik dan media sosial.

Kini media beliau pun bergantung atas kebersamaan tujuan dengan pembangkang yang sememangnya kuat dari segi jentera di media social khususnya twitter dan facebook.

Datuk Seri Syafie Apdal yang menjadi antara orang kanannya juga tidak mempunyai kekuatan menguasai Sabah, berbanding dengan Ketua Menteri sekarang yang telah mencaturkan kawasan-kawasan dengan kebanyakan orang kuatnya.
mukhriz
Mukhriz di Kedah juga tidak kuat dari segi politik atau belum lagi ada kekuatan dari segi politik menyebabkan banyak ketua bahagian boleh berpaling tadah kepada Menteri Besar Sekarang, Datuk Seri Ahmad Bashah.

Apa pilihan yang ada pada Muhyiddin?

“Jika tidak mahu sokong Presiden (Umno), maka berhentilah jadi Timbalan Presiden.’ kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz apabila bekas Timbalan Muhyiddin berterusan mengkritik kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Mohamed Nazri yang acap kali menjadi ayam jantang membantu Perdana Menteri sejak zaman Paklah lagi berpendapat, sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin sepatutnya membantu tugas-tugas presiden.
nazri
“Kami sokong dan pilih Muhyiddin (dahulu), bukan suruh dia lawan presiden, tetapi beliau dipilih kerana kita lihat beliau boleh bantu presiden. Tetapi jika hari ini, beliau tidak mahu menyokong presiden, jalan terbaik adalah berhenti sahajalah,” katanya.

Pilihan lain yang ada pada Muhyiddin ialah hanya menunggu beberapa tahun lagi sehingga adanya pemilihan dalam UMNO, dan ini tidak berlaku dalam masa terdekat kerana Majlis Tertinggidan membuat keputusan penagguhan.

Dari segi usia, umurnya akan menjangkau lebih 70 tahun apabila pemilihan baru itu akan diadakan dan kekuatan Perdana Menteri apabila menguasai hampir keseluruhan ketua-ketua bahagian UMNO, maka pilihan ini juga tidak akan ke mana.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s