“Isteri mudaku, Warga Indonesia, Menaggal Stokinku Setiap Hari”

Oleh Penyusakti

BERLAINAN isterinya seorang lagi yang dalam istilah orang kita ‘isteri tua’, isteri warga Indonesia itu sangat berbeza – seolah-olah bidadari yang dihadiahkan Tuhan untuk lelaki budiman; cukup sempurna dari segi layanan dan tertib seorang isteri.

Isterinya di Malaysia, sama dengan isteri kawan-kawan lain, suka mengkritik dan mengomel dirinya seolah-olah dirinya tidak sempurna, walhal sebelum kahwin sudah bersetuju untuk sama-sama rasai detik ‘bahagia dan derita’ bersama.

“Mulut isteriku tidak pernah tertutup walhal sebelum aku kenalinya seorang yang lemah lembut, peramah dan pendiam, tetapi apabila perkahwinan menjangkau 12 tahun, mulutnya dah bertukar suka membebel membabi buta,” kata seorang yang hanya mahu dikenali sebagai W.

Ramai berpendapat ini budaya Melayu sejak zaman berzaman yang tidak mungkin boleh berubah, seolah-olah tertulis di Lauh Mahfuz yang dakwahnya sudah kering, betapa wanita Melayu ini suka membebel.

“Sudah acap kali aku nyatakan tak usah bising-bising kerana lelaki tak suka dibebeli, tapi dia tetap dengan sikapnya. Dalam keadaan masa membebel itu tergambar sebagai seorang yang jiwanya kacau, psikotik.

“Jika nak dikatakan penyakit membebel dan mengkritik hanya datang ketika tidak boleh solat, pengalaman menunjukkan selepas solat sahaja mulutnya dah terbuka kembali,” cerita W ketika mengeteh di sebuah kedai mamak di pinggir Kuala Lumpur.

Perkahwinan yang mengjangkau 13 tahun ini berbeza dengan keadaan baru berkahwin, kerana dari segi kilogram sahaja sudah jauh berubah.

“Masa kahwin dulu isteri saya hanyalah 45-50 kilogram sahaja tetapi sekarang sudah mencecah 70 kilogram. Alasannya, dah beranak 3 orang, mana boleh mengekalkan berat badan. Makannya tak pernah tak berselera…,” kata W lagi.

W bukanlah orang yang tidak kukuh kewangan kerana dia sudah lama bekerja dan kerjayanya sudah sampai di peringkat mempunyai tidak kurang 20 orang kakitangan di bawahnya.

Hasil pergaulan luasnya dengan pelbagai lapisan masyarakat, ada yang menceritakan kepada W ada suatu tempat di Indonesia yang membolehkannya merasai berada dalam sebuah syurga yang syahdu, indah dan damai.
bandung
W pun ingin keluar daripada kehidupan bebelan isterinya kepada satu kehidupan yang lebih syahdu dan khusyuk, maka dia membuat keputusan untuk mengambil cuti dua minggu untuk ke suatu tempat di Indonesia, berhampiran Bandung.

‘Tuhan mencipta kawasan itu ketika Dirinya sedang gembira’.

Persekitaran sejuk di bandung dengan sejarah kelahiran ramai ulama sufi di kawasan sekitarnya, mewujudkan suatu suasana yang seolah-olah seperti kata seorang penulis, ‘Tuhan mencipta kawasan itu ketika Dirinya sedang gembira’.

Bersama dengan dua orang lagi kawannya, W berlepas ke Indonesia dan sampai di Bandung pada sebelah petang, dan dari Bandung dia terus di bawa ke suatu perkampungan yang belum dicemari ‘kupu-kupu kertas’ (meminjam istilah dalam lagu Ebiet G. Ade).

Selepas berkenalan dengan Pak Lurah (di Malaysia ini seperti Ketua Kampung) dan memberitahu maksud untuk mencari seorang isteri, Pak Lurah teah mencadangkan beberapa orang kepadanya.

Berlainan dengan keadaan di Malaysia yang memerlukan kursus bagai dan perbelanjaan minimum RM30,000 termasuk hantaran, di Indonesia sangat mudah, asalkan ada persetujuan dua pihak dan orang tua mengizinkan, maka perkahwinan itu boleh dilangsungkan.

“Masuk hari ketiga saya di Indonesia, saya sudah mempunyai seorang isteri lagi. Kali ini usianya 15 tahun lebih muda daripada saya, tetapi cukup matang cara dan tertib bersama saya.

“Isteri saya, sama juga dengan banyak gadis Indonesia lain, melazimi makan beberapa jamu dan herba.

“Memang dari segi layanannya sangat ketara berbeza dengan isteri di Malaysia, walaupun pada mula-mula berkahwin dulu. Kita seolah-olah maharaja – indah dan permai kehidupan.

“Setiap kali saya keluar dan balik semula ke rumah, beliau menunggu dan tolong membuka sepatu dan stokin….oh indahnya!,” kata W.

Berlainan dengan Malaysia, dari segi wajah orang Indonesia yang berhampiran Bandung itu bukan sahaja cerah kulitnya tetapi wajahnya mengalahkan celebriti di Malaysia.

KUALA LUMPUR 26 April 2015. Pelakon, Nora Mohd Danish Hanif atau dikenali sebagai Nora Danish di Promosi Filem Suami Aku Ustaz di PWTC. NSTP/Salhani Ibrahim

“Jika Nora Danish, Neelofa atau Fasha Sandha menjadi idaman banyak lelaki dan selalunya akan dimiliki oleh bangsawan Malaysia, di Indonesia wajah secantik itu boleh dijumpai sebagai kedi di padang golf sahaja,” kata W.
Neelofa
W hanya sempat berada bersama hanya untuk 9 malam penuh bersama isteri barunya, dan beliau terpaksa balik ke Malaysia untuk meneruskan kerja pejabatnya.
kedi1

kedi2
Dua tiga bulan sekali dia akan mencari helah untuk ke Indonesia untuk bertemu dengan isterinya kerana sudah rasaan ‘Selimut Tetangga’ seperti diungkapkan dalam lagu Republik.

Dan tentunya untuk rasai syurga mini.

“Janganlah kita di dunia ini pun dah macam neraka, balik ke sana besok belum tentu lagi boleh menikmati syurga yang dijanjikan,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Indonesia.

Isteri tuanya tidak tahu menahu akan hal ini.

Cara hidup W ini bukan seorang dua di Malaysia ini, ada juga sesekali beliau menceritakan terserempak dengan pegawai tinggi kerajaan, profesor di universiti dan atau juga ketua-ketua eksekutif.

Semuanya senasib untuk lari dari neraka bersama isteri lama dan ke Indonesia: “Untuk merasai betapa indah kasut dan stokin ditanggalkan oleh isteri.”

End.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s