Kuasa Orang Muda

WACANA Sinar Harian siri ke-36 berjudul Kuasa Politik Baharu: Apa Anak Muda Mahu? yang diadakan di Auditorium Sultan Muhammad ke V Ogos Tahun lalu, menampilkan panel Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin; Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Daud; Exco Komunikasi Pemuda Harapan Baru, Faiz Fadhil dan Presiden Ikram, Marwan Abdullah. Wacana dikendalikan moderator Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

mudasinar

Adakah anak muda punya ruang yang cukup untuk menyuarakan pandangan?

Dyana: Bagi saya dalam DAP, suara anak muda memang didengari dan boleh dilihat dua ahli parlimen termuda daripada DAP. Dalam konteks nasional, kita ada mengendalikan banyak program public engagement di mana kita turun ke bawah jumpa dengan anak muda dan tanya apa yang mereka mahu supaya kita dapat maklum balas dan cuba drafkan dasar atau polisi yang sesuai.

Rahman: Formulasi sebuah program dan juga pendekatan mahu dilakukan oleh kerajaan dan seterusnya parti Umno itu sendiri. Saya percaya ruang itu ada cuma perlukan kerjasama daripada rakan-rakan untuk baiki diri dan tambah nilai kepada proses ini.

Faiz: Kami Harapan Baru, beri ruang untuk anak muda suarakan pandangan dan komposisikan anak muda dalam jawatan dalam Harapan Baru. Realitinya negara, ruang memang amat terhad yang diberikan kerajaan. Walaupun Kementerian Belia dan Sukan tubuhkan Parlimen Belia tetapi saya dapati penglibatan dan pandangan belia amat terhad.

Marwan: Kalau dari perspektif mahasiswa, memang tidak cukup ruang diberikan kepada anak muda. Buktinya apa yang berlaku terhadap Hanif Mahpa, Presiden Persatuan Perwakilan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang digantung dua semester hanya semata-mata membawa masuk Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. Itu sudah menggambarkan tiada ruang diberikan.

Adakah kalian memerlukan ruang atau perlu memanfaatkan sahaja ruang yang ada?

Rahman: Saya tidak pernah kata ruang itu cukup. Saya cuma menyatakan setiap orang mempunyai definisi berbeza terhadap ruang itu. Ada orang berpendapat sekiranya saya jadi ahli parlimen ini lah ruang. Ada yang berpendapat kalau saya terlibat dalam proses konsultasi buat sesuatu dasar itu platform kepada saya memberikan idea dan boleh ditafsirkan sebagai penglibatan orang muda dalam bidang politik. Saya juga tidak menyangkal saudara Marwan sebentar tadi, kenapa tindakan begitu keras dikenakan terhadap pemimpin mahasiswa muda yang ingin membuka lembaran baharu mengenai diskusi polisi secara ilmiah.

Faiz, tadi Rahman menyebut ruang itu mungkin ada tetapi tidak cukup. Adakah Faiz bersetuju?

Faiz: Saya tidak bersetuju, sebab memang  tidak ada ruang yang luas di peringkat nasional oleh kerajaan.

Ruang seperti mana Faiz harapkan?

Faiz: Ruang yang lebih luas, penglibatan dalam Parlimen, bukan setakat Parlimen Belia yang hanya keputusan di peringkat Kabinet tetapi kita tahu apa tindakan lanjut. Sebenarnya ruang perlu diberikan di peringkat nasional, Parlimen dan kebebasan untuk bersuara dan memberikan pandangan tidak sepatutnya disekat. Mahasiswa seorang yang cerdik dan tidak boleh diambil tindakan sebegitu rupa.

dyana dap

Ruang yang diberikan kepada Faiz ketika ini di media perdana dimanfaatkan. Dyana?

Dyana: Pada saya, memang ruang itu tidak cukup. Tetapi kita cuba beri seluas-luasnya dari konteks parti. Mana yang kami boleh bantu, kami beri. Tetapi mahasiswa ya, seperti yang berlaku di UIA mereka panggil ahli parlimen bukannya penjenayah untuk bincang isu semasa tetapi mereka digantung. Perkara sebegini bukan baru. Ada juga universiti yang jemput pemimpin pembangkang tiba-tiba jemputan dibatalkan. Cara ini seperti mahu menakutkan mahasiswa.

Kita boleh fokus kepada satu kes tetapi kita juga boleh melihat dari big picture, banyak lagi ruang lain. Melihat kepada posting oleh Dyana, kelihatan Dyana kurang merasa resah dengan ruang kerana mungkin mendapat liputan media alternatif yang banyak barangkali?

Dyana: Saya rasa itu tidak adil untuk berkata begitu. Pada saya, ia bukan mengenai saya tetapi semua anak muda.

Apa anak muda mahu dalam konteks politik, Marwan?

Marwan: Saya boleh sebut lima benda yang anak muda mahukan iaitu 5K. Pertama, keadilan. Ia bukan hanya pelaksanaannya tetapi juga diperlihatkan. Contoh paling mudah pentas bagi pemain politik mesti adil kepada pembangkang dan pemerintah dan tanpa sebarang diskriminasi agama dan bangsa.

K kedua iaitu kebebasan bersuara. Sebelum ini ada peristiwa Hafiz Zainol di Universiti Malaya yang mahu membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus itu. Ini bukan seolah-olah nak mempertahankan pembangkang. Bukan. Tapi mahasiswa perlu diberi ruang menyatakan kebebasan tanpa rasa takut dan tanpa dimomok-momokkan kononnya kita masih belajar, perlu habiskan degree dahulu. Tidak, sepatutnya kebebasan itu benda yang dijamin.

K ketiga, kebajikan. Parti politik perlu simpati dan empati terhadap rakyat. Maksudnya pemain politik, janganlah keadaan rakyat tengah susah, kos sara hidup tengah susah, boleh pula terdedah dengan cerita kepimpinan politik hidup dengan kemewahan. Kalau ya pun hidup mewah, pandailah tutup cerita itu.

K keempat, kematangan. Kita mahu politik matang iaitu lawan jantan sama jantan, idea sama idea. Kita tidak mahu politik pembunuhan karakter. Kita ingin pilih idea bagus dan terbaik. Anak muda bukan bodoh, bukan tidak pandai, kita boleh tengokkan. Kita galakkan dialog.

K yang kelima, ketelusan. Kita mahu mana-mana pihak telus dalam setiap tindakan dan keputusannya.

Dyana ada nak menambah K yang lain?

Dyana: Saya setuju dengan 5K yang Marwan bentangkan dan saya percaya anak muda memang mahukan kebebasan untuk berfikir dan meluahkan pendapat. Contohnya mereka pergi jalan raya buat demonstrasi. Itu adalah cara mereka menyuarakan bantahan tetapi nampaknya sekarang nak suarakan bantahan pun tak boleh. Sepatutnya bantahan ini diaddress dan bukannya disenyapkan. Jadi ini antara perkara yang anak muda nak sangat. Mereka juga tak suka disuruh. Ada juga yang nak bersuara tapi tak ada platform. Jadi inilah platform yang mereka terpaksa guna.

Rahman?

Rahman: Di bawah seliaan Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) telah ditubuhkan Parlimen Belia. Saya ingin menyanggah pendapat bahawa Parlimen Belia tidak mengambil kira fahaman politik. Sesiapa sahaja bebas menawarkan diri untuk bertanding. Mengenai isu bahawa sebarang dasar sekadar dibawa ke Kabinet, saya percaya ini pandangan yang kurang tepat. Ini kerana kami telah memperjuangkan beberapa usul. Seperti contoh pada persidangan yang lepas, kami telah luluskan dasar supaya TPP  tidak diluluskan tanpa pandangan anak muda.

Sekretariat kementerian dan agensi berkaitan ambil perkara ini secara serius. Berbalik kepada soalan moderator apa yang dimahukan oleh orang muda? Saya melihat dalam konteks formal politik, iaitu kerajaan bukan sekadar parti politik tetapi sebagai sebuah kerajaan. Pada PRU13 lalu, 34 peratus pengundi adalah anak muda, namun berapa ramai ahli parlimen yang betul-betul mewakili suara dan isu anak muda.

Berapa orang anak muda kita bawah 35 tahun, menjadi menteri. Kita lihat menteri kesihatan di Sweden berumur 31 tahun. Kita harus melihat perkara ini dalam konteks formal politik. Setiap parti politik ada ruangnya, tetapi yang paling penting adalah hala tuju ditentukan oleh kerajaan dan kerajaan ini dipilih melalui proses pilihan raya. Berbalik kepada soalan kita tadi, keterlibatan orang muda dalam ruang lingkup politik yang formal. Dan 5K yang disebutkan oleh rakan saya sebentar tadi. Saya bersetuju.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s