Kejayaan Najib Dekatkan UMNO Dengan PAS

RAMAI tak menyedari betapa kekuatan Datuk Seri  Najib Tun Razak adalah mendekatkan dua parti utama orang Melayu iaitu UMNO dan PAS, sedangkan selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah hubungan berkenaan semakin menjauh, sehingga suatu ketika kelihatan tidak mungkin berlaku persaudaraan antara dua ‘kabilah’ ini.

Tidak jauh dengan pendekatan Tun Razak yang tidak banyak bercakap, Najib pun melakukan usaha ini dengan cara yang halus  tetapi parti pembangkang seperti DAP dan PKR begitu memahami betapa hubungan yang erat bakal meruntuhkan momentum kekuatan Pakatan Rakyat.

jamil

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang menjaga portfolio agama membantu Najib dari segi membina jambatan dengan PAS.

Inilah  perkara yang sangat dimarahi oleh DAP.

Inilah juga sebab Najib dan Jamil Khir diserang bertubi-tubi supaya Barisan Nasional hancur, tetapi ternyata PAS  matang dan kini semakin melunakkan perbezaan dalam mengolah persetujuan ideologi, yang ternyata ideologi DAP tersangat jauh dengan roh PAS dulu, kini dan selamanya.

hadi awang

Jawapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai hala tuju UMNO-PAS, berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada UMNO.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Hadi juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah parti yang kemaruk kuasa kerana agenda sebenar mereka ialah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.

“Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa.

“Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta benar-benar ikhlas kerana Allah.

“Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan,” katanya.

Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.

Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. – 29 Februari, 2016.

2 thoughts on “Kejayaan Najib Dekatkan UMNO Dengan PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.