Sultan Mizan hadir majlis perkahwinan anak MB Terengganu

sultan anak mb

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah berangkat menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan menteri besar di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini, malam tadi.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah turut menepung tawar pasangan pengantin Nur Aziati Ahmad Razif dan Jamal Rafaie Jakiran, yang memakai busana berwarna kelabu.

Nur Aziati, 24, dan Jamal Rafaie, 27, dinikahkan pada 25 Disember tahun lepas.

Jamal Rafaie merupakan anak kepada Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kira-kira 1,000 orang termasuk menteri kabinet, menteri besar, anggota exco kerajaan negeri dan dif kehormat lain menghadiri majlis resepsi tersebut. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s