Tokoh Politik Tua Tidak Releven?

Usia Tokoh 1TOKOH politik Malaysia yang berusia 70 tahun ke atas ialah Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din yang berusia 76 tahun dan tokoh seumur hidup DAP Lim Kit Siang berusia 75 tahun yang masih lagi aktif dalam percaturan politik negara.

Tokoh yang masih lagi berpolitik tetapi baru sahaja meninggal dunia ialah bekas Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat berusia kini 85 tahun, manakala Karpal Singh jika tidak terlibat dalamsatyu kemalangan ngeris yang mencabut nyawanya beliau berusia kini 76 tahun.

mahathir

Nama yang tak sepatutnya ditinggalkan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang lahir tahun 1925 yang kini berusia 91 tahun tetapi masih aktif mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak turun dari tahta Perdana Menteri, seperti mana yang beliau lakukan terhadap Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Pak Lah kini berusia 77 tahun (lahir 1939) tetapi beliau hanya mahu jadi negarawan yang tidak lagi menganggu politik negara secara terbuka (secara tertutup mungkin beliau aktif, sekurang-kurangnya membisikkan kepada Perdana Menteri agar mengekalkan menantunya!).

Tokoh politik yang menghampiri 70 tahun kerana lahir pada tahun 1947 ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara kerana kesalahan meliwat.

Dalam ketiga-tiga tokoh yang aktif itu hanya Hadi Awang sahaja yang masih memegang jawatan utama dalam parti berbanding dengan Muhyiddin yang baru sahaja digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO, manakala Anwar menyerahkan kepada isterinya sementara menunggu hariihari beliau dilepaskan dari penjara Sungai Buloh.

Setiap pemimpin berkenaan masih mempunyai penyokong dan pengikut yang kuat.

Bagaimanapun, jika pilihan raya umum diadakan dua tahun lagi bermakna mereka sudah berusia 71 tahun dan apakah masih berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Pemimpin yang menerajui negara kini Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja berusia 63 tahun, sama seperti timbalannya dan jika pilihan raya dua tahun lagi, mereka berdua baru berusia 65 tahun.

kj1

Yang sedang bersinar kini ialah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, kerana beliau mendapat tempat di hati banyak generasi muda.

Khairy kini baru berusia 40 tahun, cukup masa untuk beliau memahami dengan lebih mendalam politik akar umbi dan nadi orang Melayu, sementelahan mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang – graduan PPE (Philosophy, Politics and Economics) dari Universiti Oxford, kursus yang elit.

Ada berpendapat politik Malaysia ini perlu diserahkan kepada generasi muda kerana perkembangan marcapada yang generasi muda lebih tahu kehendak kumpulan generasi mereka, yang mewakili kumpulan terbesar dan produktif dalam negara.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s