Najib Marah Pelajar Sekolah Termakan Kaca Dalam Mi Goreng DI Sekolah

termknkaca (1)

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi perasaan marah dan kecewa bersama ibu bapa pelajar yang dilaporkan termakan kaca dalam mi goreng di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor, baru-baru ini.

Sambil berharap dan berdoa pelajar-pelajar yang terlibat berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan,

Perdana Menteri mahu siasatan rapi dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam prosedur operasi standard agar peristiwa sama tidak berulang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab mendatangkan bahaya dan mengakibatkan kecederaan terhadap murid-murid ini.

“Pada masa sama, Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan memberikan penjelasan yang memuaskan kepada ibu bapa berkenaan kejadian ini,” katanya menerusi entri terbaharu di blognya NajibRazak.com pada Selasa.
najib
Perdana Menteri berkata program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah program yang baik untuk membantu pelajar yang memerlukan tetapi jika timbul masalah dalam pelaksanaannya, ia akan menjejaskan imej dan hasrat program murni itu.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan tujuh murid sekolah tersebut dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas, selepas termakan sarapan yang didakwa mengandungi serpihan kaca halus.

Serpihan kaca halus itu didakwa ditemui dalam makanan program RMT yang disediakan untuk murid sekolah berkenaan.

Berita Bernama, Gambar Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s