STPM 2015 : Terengganu Kekal Kedudukan Terbaik Kebangsaan – MB Bangga

MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di negeri ini atas kejayaan cemerlang mereka hingga Terengganu muncul sebagai negeri terbaik dalam STPM 2015 peringkat kebangsaan.

Beliau berkata kejayaan Terengganu dalam bidang pendidikan amat membanggakan hingga mampu mengekalkan momentum kecemerlangan dua tahun berturut-turut
imagesmb
“Pencapaian tahun ini sangat hebat kerana untuk mempertahan sesuatu kecemerlangan bukan perkara yang mudah, melainkan kesanggupan bekerja secara luar biasa sahaja yang mampu memagari kecemerlangan sedia ada agar tidak terlepas dan rebah.

“Saya dan seluruh pasukan kepimpinan negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang ini dan ribuan terima kasih juga buat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan tenaga pengajar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus meletakkan pembangunan pendidikan anak-anak Terengganu sebagai keutamaan.

“Pembangunan dan pendidikan anak-anak Terengganu akan tetap menjadi keutamaan dan kita akan terus pertahankan jolokan nama ‘Terengganu Negeri Anjung Ilmu’,” kata Ahmad Razif. – Bernama.

Sementara Itu, Suriati Ali dari Teganukita melaporkan:

 

STPM GANU

 

TERENGGANU mengekalkan kedudukan pertama peringkat kebangsaaan dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2015 yang diumumkan hari ini.

Kejayaan yang diumumkan itu adalah untuk dua kali berturut-turut dengan beberapa pencapaian luar biasa yang dicatatkan pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata keputusan STPM 2015 amat membanggakan apabila sebanyak 31 sekolah berjaya mencapai minima (min) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) lebih daripada 2.80 ke atas berbanding 22 sekolah pada tahun sebelumnya.

Katanya, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Jertih yang memperoleh min PNGK 3.18; Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin (3.15); SMK Bukit Payong, Besut (3.12); SMK Durian Mas, Dungun (3.11); SMK Padang Midin, Kuala Terengganu (3.10); SMA Maarif , Besut (3.05) dan SMK Tengku Bariah dengan pencapaian PNGK 3.04.

“Selain itu, jumlah pelajar yang mendapat 4A juga meningkat daripada 12 pelajar tahun lalu kepada 15 orang tahun ini.

“Sebilangan mereka adalah, Nur Shuhada Shaari dari (SMK Tengku Mahmud), Siti Sarah Mat Salleh (SMK Tengku Mahmud), Wan Marian Wan Mahmud dan Siti Najihah Aziz masing-masing dari SMK Nasiruddin Shah serta Mohd Hafiq Hakim Zukiman dari SMK Putra,” katanya.

Beliau kepada demikian pada Majlis Pengumuman STPM 2015, di Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, prestasi pelajar tahun ini amat cemerlang kerana Terengganu berjaya mencapai Minima PNGK 2.86 bagi 2015 berbanding Min PNGK 2.65 yang ditetapkan di peringkat nasional.

“Ia bukan saja mengekalkan Terengganu pada kedudukan terbaik kebangsaan malah menjarakkan pencapaian Minima PNGK negeri lain,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s