Tujuh Pelajar SPM Terengganu Dapat 7A+, 360 Pelajar Semua A

KUALA TERENGGANU: Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata tujuh calon berjaya mendapat keputusan cemerlang A+ bagi semua mata pelajaran berbanding enam calon tahun pada SPM

Katanya, jumlah itu termasuk dua pelajar mendapat keputusan 11A+, manakala lima lagi 9A+.

Katanya, peratusan pelajar mendapat semua A (A+, A, A-) bagi semua mata pelajaran juga meningkat, iaitu seramai 360 calon tahun lalu berbanding 348 calon tahun sebelumnya.

“GPN tahun ini sedikit menurun, iaitu daripada 5.00 kepada 5.06 tahun ini, namun masih mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.15,” katanya.

Shafruddin berkata, tujuh sekolah dinobatkan sekolah terbaik negeri kerana berjaya mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) cemerlang, iaitu 2.5 ke bawah.

Sekolah itu ialah Sekolah Menengah Imtiaz (SM) Besut, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Batu Rakit, SM Imtiaz Kuala Berang, SM Sains Kuala Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud di Kuala Nerus, SM Sains Hulu Terengganu dan SM Sains Dungun.

Sumber: Berita Harian 3/3/15

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s