Azizulhasni Raih Pingat Gangsa Keirin Kejohanan Dunia

PELUMBA elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat gangsa acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London, semalam.

Pingat emas acara itu dimenangi pelumba Jerman, Joachim Eiler dan pingat perak milik pelumba dari New Zealand, Eddie Dawkins.

Terdahulu, dalam saringan pusingan pertama, pelumba berusia 28 tahun itu sekadar menduduki tempat ketiga dan memaksa beliau melalui pusingan “repechage” untuk meraih tempat di separuh akhir.
azizul3
Beliau menewaskan pelumba Andre Vinokourov (Ukraine), Jacob Schmid (Australia) dan Hersony Canelon (Venezuela) dalam pusingan repechage itu.

Pelumba ranking nombor satu dunia keirin itu, kemudian berjaya meraih tempat ke peringkat akhir selepas berada di kedudukan kedua dalam saringan kedua separuh akhir kedua.

Mohd Azizulhasni telahpun melayakkan diri dalam acara keirin ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro selepas berada di kedudukan teratas Asia.- Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s