Sekretariat Khas Jaga Kepentingan Anak Terengganu DI Perantauan

Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin

KERAJAAN Terengganu akan mewujudkan sekretariat khas di beberapa kawasan bagi menjaga kepentingan anak-anak negeri itu di perantauan, selain memastikan mereka turut mendapat bantuan sewajarnya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia akan diwujudkan bagi kawasan Lembah Klang iaitu di Bangunan Yayasan Terengganu di Kampung Baru di sini, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bagi di selatan dan Universiti Utara Malaysia, Sintok bagi kawasan utara.
imagesmb
Katanya ia akan dimulakan di Lembah Klang dan terdapat pegawai khusus yang akan memainkan peranan membantu permasalahan anak perantau seperti urusan tabung sakit kronik dan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Selama ini anak-anak cemerlang yang tinggal di Terengganu sahaja yang dapat. Nanti anak perantau yang cemerlang dalam UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) juga dapat,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau hadiri program Bako Ikang Santai untuk anak Terengganu di perantauan dengan lebih 3,000 anak Terengganu di Parantauan turut hadir di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Katanya kerajaan negeri juga akan membantu program-program yang dilaksanakan oleh anak-anak Terengganu di perantauan.

“Kita wujudkan dulu di Lembah Klang. Kemudian sekretariat di utara dan selatan akan mengguna pakai model di Lembah Klang,” katanya.

Ahmad Razif berkata sekretariat itu juga akan bertindak membantu para usahawan dari Terengganu yang menjalankan perniagaan di luar negeri itu.

“Ada yang tak tahu, kerajaan negeri mempunyai peruntukan-peruntukan untuk membantu mereka. Saya akan perkenalkan perkhidmatan kerajaan negeri untuk anak-anak perantau,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s