UMNO Selesa Dengan Blok Ketiga PAS

Oleh: Penyusakti (Utara)

images-12.jpeg

Pihak yang bakal mendapat faedah maksima daripada percaturan terbaru PAS membentuk kuasa ketiga adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Faedah ini diperoleh daripada kuasa pemecahan undi yang terhasil daripada strategi berkenaan, menurut bekas AJK UMNO Bahagian Pasir Puteh  sewaktu dihubungi penyusakti baru-baru ini.

“Keyakinan tersebut terhasil dengan melihat kepada trend pengundian yang bakal terjadi dalam PRU 14 dengan dibandingkan PRU 13 serta peristiwa susulan daripada keputusan tersebut” katanya yang tidak ingin namanya disiarkan.

Beliau yang terlibat aktif dalam politik UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan  pada penggal lalu menegaskan bahawa UMNO tetap pihak yang mendapat faedah terbesar di samping parti PAS sendiri. Beliau dalam masa sama bersetuju dengan pandangan Prof Atory Hussein dalam sebuah portal yang menyatakan PAS mungkin pihak yang mengaut faedah melalui strategi terbaru parti berkenaan.

Baru-baru ini, PAS melalui Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan satu blok pembangkang baru bakal diwujudkan dengan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini, lapor portal berita Malaysiakini.com.

Menurut laporan tersebut strategi PAS mewujudkan pakatan politik ‘kuasa ketiga’ dilihat bakal menarik pengundi yang berada di antara kemarahan kepada Umno dan sangsi kepada Pakatan Harapan, sekaligus menjejaskan peluang gabungan pemangkang itu mencabar dominasi BN, kata penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussein.

Pada masa sama menurut beliau, blok pembangkang yang bakal ditubuhkan parti itu antara lain bertujuan cuba memujuk kembali sekumpulan penyokong PAS yang kini berpihak kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Namun menurut bekas AJK Bahagian berkenaan, faedah tersebut perlu lah disertai usaha keras UMNO dan Barisan Nasional menyusun program-program penerangan dengan mengambil kesempatan daripada perpecahan pembangkang.

Dalam masa sama katanya, strategi terbaru PAS membentuk blok ketiga pembangkang membuktikan bahawa perpecahan antara PAS DAP dan PKR sesuatu yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

“Mereka (pembangkang) selepas ini sudah tidak boleh mendakwa mereka pakatan yang terbaik untuk menggantikan Barisan NAsional lagi kerana ini sudah kali ketiga pembangkang gagal membina coalition”, katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s