JERTEH: Lembu Curi Rentung Dalam Kereta Pencuri

lembu hangus
Cubaan dua lelaki mencuri seekor lembu bukan sahaja gagal kerana kereta mereka terbakar malah lembu terbabit rentung dalam kejadian di Kampung Bukit Kenak, dekat sini, awal pagi tadi.

Perbuatan dua pencuri itu disedari polis yang mengekori kereta Nissan Celfiro dinaiki mereka dari arah Kuala Terengganu ke Jertih, kira-kira jam 4 pagi.

Menyedari diekori, dua lelaki dalam lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri bagaimanapun kereta mereka berasap dan terbakar sebaik tiba di kampung berkenaan.

Suspek memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri meninggalkan lembu curi yang diletakkan di tempat duduk belakang, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meloloskan diri.

Kereta Nissan Cefiro dinaiki dua suspek musnah terbakar, manakala lembu curi itu rentung.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan. – BH, Gambar BH.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s