MAIK Fokus Bidang Pendidikan Untuk Program Wang Ihsan

maik

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dan infrastruktur dalam pelaksanaan Program Wang Ihsan di Kelantan.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Nik Mohd Azlan Abd Hadi, berkata dalam bidang pendidikan, pihaknya akan menggunakan dana tersebut untuk membaik pulih 10 buah sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan yang rosak teruk akibat banjir pada 2014.

“Selain itu, MAIK akan membiayai pelbagai program pendidikan di samping memberikan bantuan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU),” katanya di Kota Bharu, semalam.

Nik Mohd Azlan berkata bagi bidang infrasruktur, pihaknya akan menggunakan dana wang ihsan tersebut untuk membina dan membaik pulih sistem saliran bagi mengelakkan banjir selain membaiki jalan dan jambatan yang rosak di negeri itu.

Beliau berkata MAIK mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Persekutuan kerana memperuntukan dana wang ihsan untuk faedah rakyat di negeri itu.

Kelmarin, kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan MAIK memeterai perjanjian bagi melantik majlis itu sebagai agensi pelaksanaan Program Wang Ihsan di Kelantan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya  menjelaskan MAIK akan berkongsi dana berkenaan pada nisbah 50:50 bersama Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan bagi pelaksanaan program tersebut iaitu tertakluk kepada siling RM25 juta setahun bagi setiap agensi.

— BERNAMA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s