SUKMA Ke-16 di Sarawak: Terengganu Tak Akan Mengalah

Kontinjen Terengganu sedang melakukan persiapan rapi bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 yang akan berlangsung di Sarawak Julai depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amir Busu berkata kontenjen Terengganu mengatur pelbagai program bagi memastikan kejuaraan kembali menjadi milik kontinjen berkenaan.

“Sekarang ini kita dalam fasa akhir untuk SUKMA di Sarawak dan kita menekankan kualiti latihan dari segala aspek termasuk fizikal dan mental atlet,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Kita juga sedang mengenal pasti atlet yang disasarkan dapat menyumbang pingat dan kita juga mengadakan Kem Sasaran Pingat Emas bagi atlet yang berpotensi menyumbang pingat terutama pingat emas.

Ibni Amir berkata pihaknya mengambil iktibar dan menjadikan pengalaman SUKMA Perlis sebagai panduan apabila kontinjen tersebut meraih 51 pingat emas, 55 perak dan 31 gangsa.

Ketika ditanya berapa sasaran pingat yang Terengganu sasarkan, Ibni Amir berkata ia akan ditentukan kemudian melalui kem sasaran emas tersebut.

“Kita sedang melakukan penilaian secara menyeluruh daripada segala aspek termasuk acara, jumlah pingat dan Mei ini kita akan ketahui jumlah atlet yang akan dibawa…kita juga dalam proses memilih perunding untuk mengendalikan kem sasaran emas,” katanya.

— BERNAMA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s