BTN Masih Relevan Bangunkan Pemikiran Bangsa, Majukan Negara

PERANAN Biro Tatanegara (BTN) masih diperlukan dan kekal relevan dalam membangunkan pemikiran bangsa dan memajukan negara.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peranan BTN penting dalam memberi pencerahan serta makna dan tafsiran sebenar apa yang kerajaan ingin sampaikan kepada rakyat.
fb_img_1458391180899.jpg
“Tanpa pencerahan, tanpa tafsiran yang benar dan tepat, rakyat tidak mungkin dapat menyelami isi hati dan apa yang kerajaan mahu sampaikan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama anggota BTN di sini, Sabtu.
fb_img_1458391140643.jpg
Seramai 200 anggota BTN hadir di majlis berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah BTN Datuk Ibrahim Saad.

“Inilah sebenarnya peranan BTN. Cuma pendekatan dan kaedah kegunaannya (kalau) diperbetulkan, boleh disesuaikan dan masih lagi relevan maklumatnya,” kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata dalam membangunkan pemikiran bangsa, BTN sangat diperlukan kerana badan itu dapat menjayakan hasrat kerajaan dengan menyampaikan maklumat dengan baik.

“Misalnya di Johor, usaha kita, perancangan kita dan cabaran yang kita sedang hadapi dan bagaimana rakyat boleh disiapkan untuk memainkan peranan tertentu (dalam menjayakan sesuatu program),” kata beliau.

Gambar – ehsan KP BTN
Story Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s