RM1 Tukar Minyak Hitam Anjuran UMNO Langkawi

UMNO Bahagian Langkawi hari ini mengadakan program khidmat menukar minyak pelincir motosikal dengan bayaran hanya RM1 sebagai usaha mengurangkan beban penduduk berpendapatan rendah di sini.

Ketua bahagian yang juga Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata program itu merupakan antara usaha berterusan bahagian berkenaan untuk menyokong usaha kerajaan membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Kita tahu pengguna motosikal ini sebahagian besarnya daripada golongan berpendapatan rendah dan kita harap program ini dapat mengurangkan sedikit beban mereka,” katanya ketika ditemui semasa program itu yang diadakan di perkarangan Wisma UMNO Langkawi.

Menurutnya ini merupakan kali pertama program seumpama itu dianjurkan dan ia mendapat sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 300 motosikal mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Bayaran RM1 itu pun hanyalah sebagai komitmen kepada pemilik motosikal untuk hadir ke program ini yang turut memberikan peluang kepada mekanik tempatan di sini memperoleh pendapatan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 50 kereta mengambil bahagian dalam pertandingan kereta menarik dan cantik yang diadakan serentak dengan program khidmat menukar minyak pelincir motosikal itu
2016-03-19-19-23-24-1421878042.jpeg
Nawawi berkata pertandingan itu dianjurkan bagi menggalakkan semangat kreativiti dan inovasi dalam kalangan peminat kereta di Langkawi selain sebagai langkah percubaan ke arah menganjurkan pertandingan yang lebih besar.

“Kita merancang mengadakan pertandingan ‘autoshow’ peringkat nasional di Langkawi untuk disertai peminat dari seluruh Malaysia.

“Jika ada persetujuan dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, mungkin kita akan adakan hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya.

Nawawi berkata UMNO Bahagian Langkawi juga akan mengadakan program menaiki helikopter persiaran pada kadar RM50 seorang untuk memberi peluang kepada penduduk di sini menikmati keindahan pulau ini dari udara pada 25 Mac ini.

Katanya program yang akan diadakan di Helioutpost Langkawi itu merupakan lanjutan program komuniti bahagian tersebut untuk merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s