Paderi Mati Disambar Petir Ketika Sedang Ceramah Di Gereja

SEORANG paderi berusia 41 tahun meninggal dunia selepas disambar petir ketika berceramah di Gereja Apostolic di kampung Mazana di Wilayah Timur Kavango , lapor Namibia Press Agency (Nampa).

Memetik laporan beberapa media, jurucakap Pasukan Polis Namibia (NamPol), Ketua Inspektor Kauna Shikwambi berkata, kejadian itu berlaku di hadapan jemaahnya.

Seorang paderi yang dikenali sebagai Kavanga John Karora, meninggal dunia serta-merta dan perkara ini berlaku baru-baru ini.

Beliau adalah seorang penduduk Rundu, ibu negara Kavango-East Region, di utara Namibia.

Namibia merupakan sebuah negara yang terletak di barat daya Afrika dan Windhoek merupakan ibu negara dan bandar terbesar negara itu.

Namibia terdiri daripada 87.5 peratus penduduk kulit hitam, 6 peratus orang putih serta 6.5 peratus kaum berdarah campuran.

Sekitar tahun 1800, rakyat Namibia semakin tertarik untuk mendalami agama Kristian.
Walaupun kebanyakan Namibia terdiri dari Kristian Lutheran, terdapat juga pecahan lain iaitu Roman Katolik, Methodist, Anglican, dan Methodist Episcopal.

Sementara itu, pengikut agama Islam dan kepercayaan lain seperti Judism, Buddha dan Bahai membentuk peratusan kecil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s