Pinda Akta Profesion Undang-Undang Untuk Jadikan Majlis Peguam Lebih Profesional

Akta Profesion Undang-undang 1976 dikaji, diperhalusi dan dipinda bagi memastikan Majlis Peguam lebih beretika, berintegriti tinggi dan profesional, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

“Saya mencadangkan kepada kerajaan agar akta tersebut dikaji semula dan diperhalusi bagi memastikan peranan Majlis Peguam lebih relevan termasuk melihat kepada ketelusan dalam pemilihan kepimpinan mereka.

“Saya berharap keahlian kepimpinan Majlis Peguam diberikan penekanan agar keanggotaannya benar-benar menghormati undang-undang serta memahami konsep pengasingan kuasa di antara kehakiman dan pendakwaan,” kata beliau yang pernah bertugas sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebelum memasuki politik.
irmohizam
Majlis Peguam dalam AGM yang diadakan kelmarin bertindak membincang dan meluluskan usul mendesak Peguam Negara Mohamed Apandi melepaskan jawatan walaupun sedar jawatan beliau adalah dilantik dan diberi kuasa melalui Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Majlis Peguam juga menuntut Peguam Cara Negara mengambil alih peranan pendakwa raya dalam kes-kes yang mungkin melibatkan Perdana Menteri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Irmohizam Ibrahim berkata, usul yang dibawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu tidak menggambarkan suara sebenar mereka kerana hanya 4.45 peratus daripada 16,535 ahli Badan Peguam Malaysia menyokong usul tersebut.

Katanya, sebagai golongan profesional, Majlis Peguam seharusnya lebih teliti dan fokus dalam menegakkan undang-undang serta tidak boleh dilihat seakan-akan berpolemik terhadap isu semasa sehingga menjejaskan kredibiliti profesion guaman di negara ini.

“Membuat usul peletakan jawatan Peguam Negara adalah satu tindakan yang tidak profesional malahan boleh ditafsirkan sebagai satu pertikaian kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong. Kuasa budi bicara Peguam Negara adalah tertakluk di bawa fasal tiga, Perkara 145 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berharap agar usul ini tidak dibuat atas desakan politik pihak tentu. Saya juga melahirkan kebimbangan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap nama baik Malaysia apabila usul ini dibentangkan Majlis Peguam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini seperti dila[porkan Utusan Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s